Catatan semasa kami ke Cyprus (April 2019). Lambat sangat tulis, ada beberapa benda dah terlupa. Saya kena lepas ni tulis selalu laa.. sorry ye?

—————

Bila kerja-kerja seharian menjadi rutin yang memenatkan, rasanya memang tibalah masa untuk berjalan melihat dunia. Lagipun Adam balik cuti dari university dan dah lama tak berkumpul ramai. Disebabkan tokleh cuti lama (dan budget tokleh banyak), jadi jarak yang kami boleh pilih tokleh lah jauh sangat.

Cyprus adalah merupakan antara tempat yang kami selalu teringin nak pergi. Ia merupakan sebuah pulau yang terletak di sebelah selatan Turki, utara Mesir, belah kiri Syria dan Lubnan, dan sebelah tenggara Greece. Yang paling kitorang teruja nak tahu adalah macam mana pulau kecil tu terbahagi dua; utara bawah penjajahan Turki dan Selatan di bawah penjajahan Greek.

Kebanyakan penerbangan dari UK adalah ke sebelah selatan Cyprus sebab ianya merupakan lebih kepada tarikan pelancong. Jadi kami plan, boleh sahaja nanti ke utara, tengok lah camner.. camtu la kami selalu plan mengikut keadaan. Spontaneous bak kata omputeh. Banyak orang-orang UK kat Cyprus kami dapat tahu rupanya sebab ada beberapa base UK (Sovereign Base Area) di situ.

 

Day 1 (Arrival)

Penerbangan dari Manchester ke Cyprus mengambil masa 4 jam. Setelah mengambil kereta sewa di airport Paphos, kami bertolak ke rumah villa yang kami sewa terletak di Peiya, lebih kurang 10 batu ke utara Paphos (bandar besar terdekat). Kami memamg selalu lebih gemar duduk di villa atau rumah berbanding hotel sebab di ‘rumah’ terasa lebih rapat dengan anak2.. kalau duduk bilik hotel nanti bilik lain2 susah sikit nak bonding dengan anak2. Lagipun, banyak rumah di Cyprus yang ada private swimming pool, so senang saya dan Lala berenang dan berjemur  takyah pakai tudung (omputeh la katakan.. hehe). Kalau ikutkan, hotel lagi senang bab makan atau kemas sebab orang buatkan kita, tapi dari segi privasi lagi best duduk tempat sendiri. Harga sewa kat Cyprus juga tidak terlalu mahal.

 

Kami sampai ke villa yang terletak bebetul depan sebuah kapal karam (shipwreck) yang popular di Cyprus. Bersebelahan dengan villa tersebut hanya ada beberapa villa lain yang agak berjauhan, dan di sebelah kiri dan kanannya terdapat ‘meadows’ yang sarat dengan bunga kuning, cantik..

copyright www.serikandiku.com
Bersebelahan dengan villa terdapat meadows dan sebuah shipwreck

Kitorang agak jakun lah jugak dengan swimming pool dan tennis court tapi tau lah dalam banyak2 benda yang saya paling takut dalam dunia ni ada apa kat situ?

Ada CICAK!!!! Rupanya Cyprus mmg ada cicak, dan meadows bunga kuning kiri kanan tersebut banyak ‘mengkarong’ (skink kata omputeh). Budak2 keluarkan seekor cicak yg telah mati dari kolam renang. Dan sebab tu lah jugak membuatkan saya lansung tak masuk kolam air tu sepanjang kat Cyprus!!

 

copyright www.serikandiku.com
Villa kami untuk seminggu di sini

 

copyright www.serikandiku.com
Ada cicak dalam ni masa hari pertama? uwekkk

 

Hari pertama, kami sampai hari pun dah nak maghrib, jadi pada malam tersebut kami masak ala kadar dan cuma berehat, bersedia untuk hari esoknya.

 

Day 2

 

Masa kat airport Manchester sebelum bertolak aritu, tangan saya ada gatal ambik sebijik drone. Sebabnya, Badrul dia mmg giler camera, tapi saya rasa drone ambik gambar ariel yang cun. Rasa rugi takde drone paling sangat masa kat Iceland dulu. Jadi hari ke 2, kami plan nak explore surrounding area, apa ada kat pekan dan bagi Bad, Adam dan Adnan godek2 dengan drone tersebut.

copyright www.serikandiku.com
Air biru jernih di teluk Peyia.

Kat pekan kecil Peyia, ramai tourist dari UK, jadinya senanglah kami nak beli barang2 yang kami biasa dan senang berbincang dengan sesapa yang kami jumpa kat pekan.. Selalunya kami kalau takde makanan halal, senang je.. samada pilih makanan laut atau vegetarian (make sure bagitau takmo alcohol). Dan sebab Cyprus ni pulau,  dia ada banyak restoren makanan laut. Style orang2 kedai dia serupa dengan banyak negara mediterranean lain yakni, ‘tangkap’ customers yang lalu lintas depan restoren. Salah satu kedai yang kami try di tangkap tersebut, Bad sengaja bertanya kepadanya sekiranya dia ada daging halal. Cara dia jawab sangat bagus yakni, “buat masa ni, kami belum ada banyak permintaan, dan kami masih belajar, kalau ada ramai yang mintak kami akan usahakan.” Memang betul pun, rata2 pelancong situ omputeh je. Jadi kami makan kat situ makanan laut.. sedap….

copyright www.serikandiku.com
Makanan laut yang sangat segar dan sedap

Petangnya, budak2 main drone kat luar rumah dan kami berjalan2 tengok pekan Peyia.

 

Day 3

 

Rupanya dari semalam Bad dah berkomunikasi dengan satu kompeni yang boleh bawak kita naik boat jalan2 kat laut. Jadi awal pagi kami semua bersiap dan bertolak ke Akamas (utara dari Pegia) ke sebuah pelabuhan bernama Latsi  (Latchi) untuk mengambil boat trip. Kami melalui kawasan pergunungan dan hutan. Latsi penuh dengan kapal2 dan boat kecil. Angin agak kuat pada hari tersebut dan seperti mana-mana negara europe dan mediterranean kami sepatutnya tahu, bulan April masih lagi sejuk bila takda matahari, tak seperti musim panas. Silapnya kebanyakan yang kami baca online adalah time orang melancong musim panas. Jadi kami sekeluarga agak kesejukanlah atas boat tersebut. Mujur kami bawa towel untuk bungkus badan.

copyright www.serikandiku.com
Latchi Harbour, Akamas.

Boat membawa kami melintasi Aphrodite’s Rock. Kata lagenda Greek, sesiapa yang berenang di situ akan menjadi cantik sepanjang hayat.

copyright www.serikandiku.com
Blue Lagoon, air laut yang paling biru yang pernah saya nampak. Tapi sayang angin kuat tak boleh flykan drone.

Dari situ, kami dibawa ke Blue Lagoon, air laut yang paling biru yang kami pernah nampak. Tapi sayang tak berani flykan drone sebab angin yang kuat. Kalau tak sure nampak macam boat terapung di atas air biru yang jernih.

copyright www.serikandiku.com
Jangan tertipu, nampak je macam best tapi sejuk ya amat!

Kebanyakan pelancong atas boat kami merupakan Germans, mereka takmo terjun berenang. Kami yang semenjak awalnya mmg teruja berenang dengan jakunnya terjun sahaja. Lagi pun, bukan selalu dapat pergi Cyprus, dah alang2 ada kat situ, apa lagi. Dan lagi satu family yang turut memberanikan diri dalam air sejuk tersebut juga dari UK (kami dua family je lah yang dari UK). Jadi berborak2lah kami dalam air sambil org2 German ambik gambar kami berenang dari atas boat sambil minum kopi panas!

copyright www.serikandiku.com
Kitorang dan satu lagi family dari UK je yang berani terjun ke dalam air sejuk. Jakun la katakan..

 

copyright www.serikandiku.com
Makanan laut yang banyak sepanjang di Cyprus

 

Setelah kami kembali ke pelabuhan Latchi, kami makan di sebuah restoren makanan laut. Hari masih belum terlalu petang. Disebabkan kami berada dekat dengan utara Cyprus, kami bercadang untuk pergi ke utara Cyprus bawah jajahan Turki. Kami sehelai sepinggang sahaja kesemuanya, dan tidak membawa baju sejuk tapi keseronokkan meredah membuatkan kami teruja.

Berbekalkan peta di tangan saya, dan Badrul memandu kami bertolak ke utara Cyprus dengan seribu tanda tanya…

copyright www.serikandiku.com
Berbekalkan peta yang kami dapat percuma dari Lidl, kami mengembara ke utara. Tak pakai roaming sebab utara Cyprus bukan part of Europe, jadi talifon kami yang dari UK kena charge. Kat Cyprus selatan free je guna roaming.

 

Cyprus Turkish side

copyright www.serikandiku.com
UN buffer zone di sempadan antara Cyprus Turkey dan Cyprus Greek

Sebelum sampai ke Turkish side, kami melalui banyak kawasan pergunungan, sehinggalah ternampak kawasan ‘UN buffer zone’. Sedikit latar belakang sejarah, terbahaginya Cyprus kepada  jajahan Turki dan Greek adalah kerana peperangan saudara antara Turkish dan Greek Cypriot yang terjadi pada tahun 1963-64. Hanya negara Turki sahaja yang mengiktiraf  Turkish Cypriot state of the north. Peperangan tersebut telah menyebabkan 150 000 Greek cypriot dan 50 000 Turkish cypriot terhalau dari kampung mereka dan tinggal berpecah utara selatan pada 1980an, jadi ianya masih baharu dan masih nampak banyak kesan peperangan kepada beberapa rumah tinggal yang kami lalui.

copyright www.serikandiku.com
Imigresen untuk masuk ke sempadan Cyprus Turkey

Kami sampai ke imigresen Turki, bendera Turkish Cypriot sama bentuk dengan negara Turki yang telah beberapa kali kami lawati cuma berbeza dari segi warna. Pada awalnya pegawai imigresen tidak memandang lansung kepada kami, tetapi Badrul berhenti juga dan bercakap dengan polis tersebut. Di sebabkan kereta kami dari Greek Cypriot, kami perlu membayar tambahan insurance untuk masuk ke utara. Badrul bertanya kepada polis tersebut tentang masjid, polis tersebut dengan mesranya berkata “oh mmg banyak masjid di sini, kamu nampak sahaja menara masjid dari jauh..” Tambahnya lagi, “kamu ni memang pelik, asal Malaysia, tinggal Manchester, muka cina, tapi Muslim?” Dan dia masih merasa pelik sehinggalah kami beredar dari tempat imigrasi yang kosong tersebut.

copyright www.serikandiku.com
Dari kejauhan nampak menara masjid. Jadi senang untuk tahu ke mana nak dituju.

Masuk sahaja kawasan jajahan Turki kami terasa sangat kelainannya. Semuanya kelihatan lebih tenang, kampung yang banyak tempat bercucuk tanam, masjid2 yang kelihatan banyak di sana sini dan kami merasa ‘home’. Kami dah selalu ke Turki dan telah biasa dengan keadaan orang2nya. Tetapi kawasan kampung yang kami lalui ada banyak lagi kesan tinggalan perang, Adam menyamakan pemandangannya dengan kawasan perkampungan Turki dalam cerita Siccin, bertuah punya budak.. rasa seram lak nak berhenti.

copyright www.serikandiku.com
Ladang strawberry di tepi jalan.

 

copyright www.serikandiku.com
Buah strawberry yang besar2 dan jauh lebih murah berbanding dengan harga di UK

Kami tiba di sebuah kampung yang ada jualan strawberry di tepi jalan. Strawberrynya besar2 dan sangat manis (berbeza dengan yang biasa terdapat di UK) dan harganya sangat murah. Di tepi jalan tersebut juga terdapat kebun strawberry. Tetapi kami meneruskan perjalanan untuk mencari pekan yang agak besar sedikit (bukan kampung Siccin) untuk mencari masjid. Kami tiba di sebuah masjid dan kebetulan azan asar berkumandang, jadi kami sekeluarga sempat berjemaah menunaikan asar dan zohor (jama’ takhir) bersama jemaah di masjid tersebut.

copyright www.serikandiku.com
Banyak masjid merata-rata di Cyprus utara.

 

copyright www.serikandiku.com
Senibina di dalamnya rata-rata menyerupai senibina tanah besar Turki.

Kami bercadang untuk berjalan terus ke Nicosia (ibu negara untuk kedua2 jajahan Turki dan Greek) pada petang tersebut. Kata Badrul, “kita kena cari juga baju sejuk untuk semua, mungkin ada di Nicosia”.  Dan kalau ada rezeki, kita bermalam di Nicosia, sebab kalau nak balik ke Paphos, kita sudah terlalu jauh ke Timur-Laut”. Duduk sahaja dalam kereta dengan heater memang boleh lah tahan, tapi bila angin bertiup kat kuar kami terasa sejuknya. Lagipun kami tak bersedia untuk perjalanan ini.

Dalam perjalanan ke Nicosia, kami sampai ke pekan kecil yang bernama Malfau yang banyak mempunyai kedai2 pakaian kecik. Kami berhenti di situ, desperate mencari sweater. Kami masing2 dapat baju sweater murah buat mengalas tubuh, barulah jadi selesa untuk meneruskan perjalanan.

 

Orang turki mamang agak lemah bahasa inggeris tetapi banyaklah juga perkataan Turki yang kami biasa guna dari dulu, jadi boleh lah.. Lagi satu masalah yang kami hadapi adalah nama tempat yang dwibahasa. Kita beriya2 mencari Nicosia, tetapi orang Turki menyebutnya Leftkosia.. rupa2nya mereka dua adalah tempat yang sama.

 

Kami sampai ke Nicosia bila dan hampir senja. Main redah jalan je cari hotel. Sampai satu hotel, Badrul suruh kami tunggu dalam kereta manakala dia masuk. Setelah beberapa lama, Badrul keluar menemui kami, “jom.. kita dah dapat a very good deal. Diorang akan bagi kita bilik yang besar untuk kita sekeluarga, dan setiap kita dia akan make sure dia bagi bathrobe (bukan hanya utk couple) dan setiap sorang siap berus gigi semua. Kita dan bagitau dia yang kita musafir tak bawak apa2 lansung.. hahah”.

 

Kami masuk ke Golden Tulip Hotel tersebut, kepenatan tetapi lega. Bilik yang disediakan cantik, seperti honeymoon suit. Besar, dengan kawasan bilik tidur dan lounge yang disediakan 3 buah katil lipat untuk anak2, tapi masih ada kawasan berbaki yang besar. Bilik airnya juga sangat besar dengan shower dan juga jacuzzi. Setelah solat kami bercadang untuk menggunakan khidmat room service sahaja kerana kami semua telah kepenatan dan memandangkan harganya pun tidak terlalu mahal.

copyright www.serikandiku.com
Bila badan letih dan perut terasa lapar, dapat makanan sebegini terasa seperti di syurga.

 

Apabila makanan sampai, terasa seperti di syurga.

dan baklava dia antara yang paling sedap yang kami pernah rasa dalam dunia ni (melampau kan?)

“Semua dah kenyang kan? Rehat.. esok kita explore lagi” kata Badrul.

Saya merasa seronok melihat anak2, masing2 bercerita tentang pengalaman hari tersebut. Mereka juga gelihati melihat baju sweater murah saya yang tertulis ‘no way out’. Harap-harapnya ‘adventure’ kami tidak lah terjadi sedemikian.

 

Day 4

copyright www.serikandiku.com
Pemandangan bandar Nikosia (Turkish side) dari bilik hotel.

 

copyright www.serikandiku.com
Breakfast di hotel.. yumsss

 

copyright www.serikandiku.com
Freshly baked pastries..

 

Kami meninggalkan Nicosia utara (kawasan Turki) ke Nicosia selatan (kawasan Greek) dan memang ternampak banyak beza antara keduanya. Masuk sahaja kawasan Greek, hati saya menjadi sayu, tidak lagi kelihatan masjid2, hanya banyak kedai2 mahal seperti kebanyakan negara Eropah yang lain. Kami tak sempat melancing dan melihat2 Nicosia kerana bercadang untuk bertolak kembali ke Paphos melalui Lanarca.

copyright www.serikandiku.com
Bertolak ke Lanarca

Di Lanarca, kami melawat masjid Hala Sultan Tekke (ibu saudara Rasulullah saw) seperti yang saya tulis sebelum ini.

copyright www.serikandiku.com
Pantai Limassol yang sangat cantik.

Setelah solat di Lanarca, kami singgah untuk melihat bandar Limassol (antara banda terkenal tepi laut di Cyprus). Kami makan tengahari dan melihat kawasan pantai Limassol sebelum bertolak balik ke arah Paphos.

copyright www.serikandiku.com
Tempat teduhan di pantai Limassol.

Sebelum sampai ke Paphos, kami sempat singgah ke Aphrodite’s Rock, yang kami cerita sebelum ini.

copyright www.serikandiku.com
Aphrodites Rock. Katanya siapa mandi di sini awet muda (kalau percaya tahyul la).

 

Sampai ke villa, sudah masuk maghrib. Penat tetapi puas, kami bersedia untuk hari kemudiannya.

 

Day 5

copyright www.serikandiku.com
Bangun pagi, berjogging di tepi pantai. Tak puas melihat keindahan alam yang Tuhan ciptakan.

 

Bad mengajak kami mencari masjid di Paphos, dia dah google katanya. Pada mulanya kami ke Paphos old town market. Takde apa sangat yang menarik di situ. Kemudiannya menggunakan google kami mencari masjid yang tertera, Paphos Keto mosque. Cari punya cari, kami nampak satu bangunan kecil yang macam besar kontena sahaja. Betul ke masjid ni? Kebetulan masuk waktu zohor dan datang beberapa orang jemaah.

copyright www.serikandiku.com
Masjid Paphos

Bad sempat berkenalan dengan seorang brother dari Syria. Dia memberitahu tentang beberapa restoren halal dan membawa kami ke sebuah restoren halal milik sahabatnya yang dikenali sebagai Rose (Halal Syrian Restaurant). Bad mengajaknya makan sekali, tetapi katanya isterinya telah memasak di rumah. Bad mengajaknya membawa isteri dan anaknya datang makan bersama kami sekali di situ emandangkan rumahnya tidak jauh. Kami tunggu juga entah2 dia tak datang lagi, tak lama kemudian dia datang bersama isteri dan anak kecilnya. Kami makan daging bakar, dan banyak sayur-sayuran yang sedap stail masakan Syria. Kenyang perut alhamdulillah.

copyright www.serikandiku.com
anak orang Syria.. aisey saya lupa nama budak comel ni.. Latar belakang, anak siapalah sedang leka makan..

Sebelum pulang, kami singgah di Paphos Castle dan harbour. Duduk makan ice cream di tepi pantai sambil berborak-borak dengan anak-anak, bahagia.

copyright www.serikandiku.com
Vitamin Sea prescription Dr. Bad

 

copyright www.serikandiku.com
Paphos Harbour

 

Day 6

Sehari sebelum kami meninggalkan Cyprus, kami bercadang untuk lepak2 di sekitar Peyia dan di Villa sahaja. Bad bawak anak-anak ke Go Kart yang kata Adnan yang paling seronok sekali (sebab takde speed limit tak seperti di UK). Seronoklah budak2 dan bapak budak tu. Manakala saya menjadi isteri yang baik (checheche..) di rumah masak ikan bakar dan cuba menghabiskan bebenda di dalam peti ais dan almari.

copyright www.serikandiku.com
Operasi menghabiskan makanan dalam fridge. Dah termakan baru nak ambik gambau.. ciss. And ikan tu terhancur sebab pan dia non-stick daa..

 

 

Day 7

copyright www.serikandiku.com
Kapal terdampar ‘shipwreck’ ni memang ada disebelah villa, jadi mmg banyak gambar dia kami ambik. yang ni, ambik guna iPhone sahaja, tanpa filter, hanya cahaya waktu senja. My fav picture.

Hari ke 7, kami pulang ke UK meninggalkan Cyprus.. oh ya, saya lupa.. saya ada post sesuatu tentang penerbangan pulang dari Cyprus ke UK di facebook saya.. saya copy paste di bawah.

“Masa on the way balik dari Cyprus, dalam kapal terbang kecil kami, tiba-tiba turbulence yang sangat teruk, tanpa ada kata amaran dari pilot seperti biasa, tanda takyah pakai belt pun on. Kapal terbang bergoncang turun naik, dan tiba2 drop tinggi. Mengikut kata Bad, semua dalam kapal terbang menjerit, sayalah yang paling kuat menjerit sampai saya tak perasan bagaimana reaksi orang lain (saya mmg ada fobia of flying sikit dulu lagi teruk sampai kena makan ubat sebelum fly). Dalam plane tersebut rata2 pelancong dari Britain, families mostly dan mereka mmg generally yg cool pun menjerit semua.

Dalam masa tu lah, saya teringat macam2 dalam kepala saya.. bagaimana cerita plane Indonesia dan Ethiopia yang tertunggeng ke hadapan sebelum terhempas. Dan saya berkata dalam hati, “is this is how im gonna die?” Dan mulut saya tak habis2 mengucap. Tangan Badrul erat saya genggam. Terus saya teringat ayat yang saya baru sahaja tulis beberapa jam sebelum itu ke dalam instagram business saya,

“قُلۡ مَن يُنَجِّيكُم مِّن ظُلُمَـٰتِ ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ تَدۡعُونَهُ ۥ تَضَرُّعً۬ا وَخُفۡيَةً۬ لَّٮِٕنۡ أَنجَٮٰنَا مِنۡ هَـٰذِهِۦ لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلشَّـٰكِرِينَ (٦٣)”

“Katakanlah: Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di laut? Kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah diri dan secara bersembunyi: Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur. al Anam (63)”

Saya benar2 ingat yang saya seakan akan pengsan atau mati sebelum terhempas. Dalam 5 minit kot (saya tak perasan) kapal terbang stabilise semula, dan pilot meminta maaf dan katanya kita bertemu dengan angin lintang yang datang secara tiba2. (Baru nampak ada pakcik omputeh keluar toilet muka cool je selepas kejadian.. haha)

Ya Allah, saya bebetul takut. Dan itu merupakan peringatan/tazkirah yang paling bagus untuk saya. Dan dengan ini saya nak mintak maaf kepada semua sahabat handai, saudara mara atas semua salah saya. Takyah tunggu saya dah nak mati baru nak minta maaf sebab sesungguhnya, mati itu kalau datang boleh secara tiba2 yang kita pun tak sangka.”

Atas note yang terakhir tu, saya akhiri kisah percutian kami di Cyprus.

(Video di bawah adalah salah satu video iklan syarikat saya untuk Turban shawl dan gambarnya diambil di Cyprus, video edited by Adam)

2 Replies to “Cyprus, sebuah pulau, dua negara.”

  1. Alhamdulillah. Nukilan yang menarik. Saya tetap membaca walaupun tulisan kelabu. Tulisan Dr. sesuai dijadikan novel/travelog.

    Terima kasih Dr. berkongsi kisah di Cyprus.

Leave a Reply

Your email address will not be published.