Ramadhan mubarak…

Alhamdulillah exam dah habis… lega otak…

Ada satu perkara, dah lama saya nak tulis tapi asyik tertangguh… iaitu berkenaan dgn honesty.

Honesty kengkadang menjadi satu perkara yg kita selalu pandang remeh. Salain daripada selalu berkelakuan atau bercakap benar dalam semua perkara, dalam sedar atau tidak sebenarnya seseorang yg tidak berlaku benar menipu diri sendiri.

Perkara pertama yg diajar oleh Islam ialah supaya sentisa bercakap benar (kecualilah time kalau cakap benar tu kita kena bunuh ke..:)

Nabi saw bersabda,”Orang yg berdusta itu ialah orang yang melaknati diri sendiri”.
Rasulullah saw juga pernah ditanya: Bolehkah seorang Mu’min itu bercakap bohong? Jawab baginda saw: tidak boleh. Hanyasanya orang2 yang bercakap bohong itu ialah orang2 yg tiada mempercayai keterangan2 Allah”.

Nyata dgn kedua2 dalil tersebut Allah sangat marah dengan orang2 yg bercakap menipu dan ianya bukan contoh akhlak seorang Islam yg sebenar.

Pembohongan kadang2nya sudah menjadi terbiasa dalam hidup kita sehinggakan kita tak perasan. Contohnya,…ada seseorang yg kita tak mahu bercakap dgnnya, tiba2 dia telefon. Kita sampaikan pesan pada yg angkat telefon tuh,”cakap saya takde.. atau saya keluar,”. Bukankah itu satu pembohongan? Saya terperasan beberapa orang yg disekeliling saya yg kadang tidak perasan perbuatan mereka. Contoh lagi ialah seorang ibu yg menjanjikan anak2 mereka sesuatu, tetapi tidak ditunaikan. My advise is NEVER tipu your children, and they will learn from you. Kalau tak ada cakap tak ada and terangkan kepada mereka. Seperti yg selalu saya katakan, anak2 sebenarnya cerdik dan sentiasa memerhatikan.. 🙂

Actually nya banyak sangat contoh2 yg boleh saya sebut kat sini, tapi.. takpe laa (tiada kena mengena dgn yg hidup atau yg dah mati.. he he he..): honesty nih berkait rapat dgn ethics. Contohnya apabila kita kat sesuatu tempat, kita dah ter’pecah’ kan satau barang contohnya, bila memandang kiri dan kana takda orang, kita pon lari. Seolah2 kita lupa dgn Allah yg sentisa melihat.

Saya teringat semasa saya 1st year di London dahulu. Saya letakkan basikal saya di luar rumah. Satu pagi ada satu kertas tertampal,” I’ve accidenttally hit your cycle when reversing my car. I dont know where you live, i’ve check thats there’s nothing wrong with you bike, but if you found anything, you can call me on this number ***. Otherwise Im so sorry.” Something yg sangat terpuji.

Saya tak tahu laa, tapi kalau ada sesapa yg saya selalu nampak tidak jujur, saya mmg susah nak respect atau percaya padanya, biar pun yg dia selalu tipu itu orang kafir. Tapi peringatan Allah supaya jgn tipu itu meliputi semua manusia (dan haiwan). Sure ingat tentang cerita imam ghazali mencari ilmu tu kan? (i.e. setelah jauh berjalan mencari perawi hadith, orang yg dicari dilihat menipu burung2, so dia tak jadi ambik ilmu drp org tu).

Panjang lak celoteh hari nih. takpe laa lengkali sambung lagi. wassalam.

4 Replies to “Honesty”

  1. Assalamualaikum warahmatullah..utk Serikandi,Suami dan putra-put3..
    selamat berpuasa dan selamat menjalankan ibadah..jika tidak lupa sebutlah nama saya dlm doa-doa…terima kasehh.
    Dari artikel@Honesty..begitu banyak perkara bernilai yg sepatutnya ada pada diri org Islam…hari ini..dan utk generasi dulu,amalan ini mmg sebati dgn mereka.Kasihan sungguh..
    Wahai Allah…aku memohon dgn kerahmatanMU yg meliputi segala sesuatu..agar Engkau memaafkan kami ..kerana Engkau Pemaaf..sangat suka memaafkan… ( saya gembira dgn untaian kata2 begini yg tidak saya temui di mana-mana..Terima kasih sekali lagi..)
    Sekian..

  2. selamat berpuasa pada anda juga, cappucinolake. Saya selalu merasa kita semua sangat kerdil dibandingkan dgn umat Islam zaman Rasulullah saw. Saya sangat malu dan sangat rindu untuk berjumpa dgn mereka semua 🙂

  3. assalamu’alaikum adeq

    the hardest thing is to be honest..and the teh most important thing is to be honest to ALLAH..sebab sebelum bertaubat..jujur dengan Tuhan kita melakukan dosa….semasa istiqamah ..jujur dengan Tuhan kita memang rasa nak rebah dalam istiqamah….nanti kejujran sebenar akan datang…bahawa jujur srjujurnya..kita ini hanya Hamba..laa hau la wa laa quwwa illa billah….

  4. terima kasih kak ina, masih seperti dahulu, kata2 akak selalu memberikan kesedaran kepada kami semua… thanks again.. rindu nak jumpa akak dan family.

Leave a Reply

Your email address will not be published.