Baru2 ini, saya ada mengajar adam satu lagu yg selalu saya nyanyikan semasa saya kecil dahulu. “Satu-satu, saya sayang bubu, dua-dua… etc…”
Bila masa sampai bab adam cakap saya sayang kakak, saya teringat tentang akak Adam. Ya, Adam pernah ada seorang kakak yg bernama, Syahidah Sofea. Kakak adam meninggal dunia exactly 7 years ago (October 1998). Dia cuma sempat hidup di dalam incubator (sebab tidak cukup bulan) selama 4 bulan. Dia merupakan anak pertama kami, dan sudah setentunya kami merasa sungguh sedih dgn pemergiannya. Lately, saya merasa sungguh rindu kepadanya…semasa dia hidup saya tidak dapat mencium atau membelainya kerana tiub2 perubatan yg penuh disekeliling dia. Seingat2 saya, saya betul2 memeluk dan mencium syahidah apabila dia sedang nazak, dan doktor mengarahkan semua nurse beredar dan memberikan kami peluang utk bersama2 dgnnya.
Kami membrikan dia nama sedemikain kerana menurut doktor, dia tidak akan dapat hidup atau bertahan lama, kalau hidup pun akan banyak masalah (kerana dia terlalu kecil semasa lahir; 510 gram). So nama Syahidah bermaksud, yg berjuang, sekiranya dia meninggal pon dia akan tetap hidup dgn kemenangan.
Walaupun merasa sangat sedih, kami yakin, sekiranya kami redhla dgn ketentuan Allah, Syahidah menunggu kami di syurga, kerinduan pasti akan terubat di akhirat kelak. Walaupun hati kami terubat sedikit dgn kehadiran Adam dan Adela, namun hati masih merasa rindu dan sayang kepada syahidah. Yang kami ada barang peninggalannya hanyalah sehelai bonnet (topi kecil baby) yang selalu saya cium.
Kami berdoa semoga Syahidah berbahagia bermain2 disamping sahabat2nya, dan semoga Syahidah menjadi tiket kami ke syurga,…. amiiinnn….
la tahzan innallahama’ana…menangislah jika dengan tangisan itu akan terungkai segala simpulan pilu di dalam hatimu sayang..doa ku utk mu agar kamu lulus ujian ilahi ini sehingga ke akhir hayatmu
luv u
kak ina
Thanks kak ina,…setiap org dgn setiap ujiannya, saya ingat lagi cakap kak ina masa saya ‘kecik2’ dulu, lagi besar iman seseorang lagi besar ujiannya. Semoga Allh SWT tidak menguji kita dgn apa yg tidak sanggup kita pikul.
assalamualaikum,
reading the story about Syahidah Sofea reminds me of the days in Cardiff. Both you and your husband were great mentors. We dedicated a song, kehadiranmu , as a remembrance of the spirit of brotherhood. Semoga kehadirannya membawa rahmat dan pemergiannya meninggalkan hikmah.
TQ Razi, dah lama akak cari lagu nih, setelah kaset yg kami ada hilang. Dont be too humble, manader kitorang mentor razi, razi yg banyak ajar kitorang. Anyway, prob, akak lupa atau tak sempat nak ucapkan jazakallah khairan kathiran atas semua pertolongan yg both of you, and all our friends berikan, semoga Allah membalas jasa2 kalian, amiin..