helping handsLagu yg sedang dimainkan ini (sila klik pada tajuk kehadiranmu), adalah lagu ciptaan kawan2 kami semasa kami di cardiff, sempena kelahiran Syahidah Sofea, yg semasa itu sedang berjuang dengan hidupnya.

Buat yg mengenali kami, dan yang telah banyak menolong kami, samada semasa kami senang atau susah, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atasa jasa2 kalian. Semoga Allah SWT membalas sebanyak2nya kebaikan dan doa kalian.

Ada saya teringat semasa tu, (semasa hidup kami sangat susah) ada kawan2 yg memberi semua wang duit dari jualan komputer peribadinya, walaupun dia sendiri memerlukan wang. Ada sahabat yg melawat kami di hospital dan memberikan kami derma, walaupun mereka sahabat dari London yg saya personally tahu tidak mempunyai perbelanjaan yg cukup walaupun unutk makan-minum seharian. Ada sahabat yg berkorban dan memberikan banyak bantuan kepada kami, tanpa memikrikan kepentingan diri sendiri. Tiada ucapan yg mampu kami berikan melainkan ucapan terima kasih.

Dan orang-orang yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang

Surah Al Hasyr (59) : 9-10

ps: tq bro razi, atas kiriman lagu ini, yg sudah lama kami cari.

6 Replies to “Kehadiranmu”

  1. a’kum wbt! nih orang ‘lama’ dari london (K7)… 🙂 — alah.. geng ketuk kompang dedulu masa program… sape yek? 😉 — nak email kak xxxxx.. tak nampak lak apa-apa email address tertera… 🙂 — nak tulih pepjg kat message box.. maleh la pulak nak cari glamer tulih nama kat sini.. hehe.. so how do i contact you? 🙂

  2. err.. sapa nih yea? nih org ex-7 yg kat msia sekarang ke atau kat msia? bagi hint sikit.. saya tak berani bagi my email add kat sini….my batch or junior? Nama start huruf apa? ehhehehe…..

  3. teehee.. 😀 — hint? kita orang ucl dulu.. junior 1 year.. orang melaka gak.. — i have actually created an annonymous email a/c especially for this jejak kasih-ing activity.. — enjin_person@yahoo.com.. 😉 *and that email username should be another hint in itself.. :)*

  4. askm…teringat kisah2 kat London dulu sesama muslimat…ceria nampaknya anak2 akak penyejuk mata.alhamdulillah….agaknya sebaya dengan Sumayyah.dah lama nak tulis,sempat mencelah sblm pegi keje….keep in touch.I will always treasure the moments semasa di London dulu.

  5. sophia, saya berasa sangat bersyukur diketemukan sahabat2 yg soleh/ah. Hidup susah pun terasa bahagia, alhamdulillah. Insya-Allah we’re going back to msia 5 dec, insya-Allah we’ll meet i hope.

Leave a Reply

Your email address will not be published.