Hari ini ada dua berita, satu berita gembira yang saya sampaikan kepada orang lain, dan lagi satu berita sedih yg saya terima. Berita gembira itu, alhamdulillah, membuatkan hidup somebody sangat bahagia hari ini, kerana sudah lama dia ternanti2.. dan alhamdulillah untuk dia. Berita sedih yg saya terima pagi tadi agak memeranjatkan bagi saya. OK lah saya mengaku, lately saya jarang mengupdate blog ini kerana saya tak sihat… muntah2 kerana mengandung,.. alhamdulillah. Apabila Badrul menemani saya melihat scan, yg paling saya risaukan ialah jika sekiranya saya tidak pregnant. Saya melihat mulut Badrul melopong (saya tak nampak screen) dan apabila saya bertanya dia tidak menjawab, saya rasa ada sesuatu yg tak kena. Nurse memberitahu saya,”Im sorry, its not good news im afraid, there’s no heart heart beat with the baby…” Luruh jantung saya ketika itu, dan saya tak dapat membendung kesedihan saya lagi. Saya sangat menanti2kan pagi itu utk melihat baby dlm kandungan saya, tetapi sebaliknya, saya diberitahu bahawa baby telah meninggal dlm kandungan.

Innalillahi wainna ilaihi rajiouun…

Ini semua kekuasaan Allah. Waalau pada mulanya saya asyik menyalahkan diri saya, tertanya2 apakah sesuatu yg saya buat silap.. ataupun sesuatu yg saya salah makan, Badrul dan pengalamannya sebagai seorang doktor menerangkan kpd saya dlm setiap satu drp empat kandungan diakhiri dgn keguguran, dan berbagai2 sebab lagi. Alhamdulillah, Badrul ada disisi utk menenangkan perasaaan saya. Bau hospital dan berita sedih itu mengimbaskan saya kembali tentang pengalaman saya bersama syahidah, anak sulung kami.

Ya Allah, seperti firmanMu di dalam alquran,

إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِى الاٌّرْحَامِ وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ بِأَىِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلَيمٌ خَبِيرٌ

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pegetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yg ada di dalam rahim. dan tiada seorangpun yg dapat mengetahui (dgn pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorangpun mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Surah Luqman yg saya baca setiap hari semasa mengandung dgn kesemua anak2 saya, kini benar2 terpahat dlm hati saya, (dan aku terima Ya Allah ketentuanMu).

Innalillahi wa inna ilahi rajiouun…Daripada Allah dia datang dan kepada Allahlah kembali segala sesuatu. Semoga Allah memberikan kami ganti sesuatu yg lebih baik, amiin…


Gambar scan, menunjukkan, baby dlm kandungan tanpa degupan jantung.

6 Replies to “Innalillah”

  1. oh adeq..sayunya hati akak dengar..Innalillah…mesti ada sesuatu menantimu..sedang dalam gawat ini adeq, byk2 berdoa ..mesti makbul ok? akak paham…tp akak kalu ingat Tuhan lah pd saat mcm ni (rasa mcm dunia nak kiamat kan dan perasaan buruk sangka pada Tuhan meresap sikit2…normallah tuh)…cepat2 akak motivasi diri akak..doa..doa banayaka2 sbb masa sedan sabar tahan sakit nih mesti doa makbul…love u adeq LOTS! and i know ALLAH loves u tooooooooo..cup cup muah muah!

  2. Assalamualaikum wbt. Kak elis yg senantiasa dirindui….lama tak dengar berita…Hari ni, terdetik tuk lawat laman blog akak….InnaliLlah, im sorry to hear that, rupanya, sepinya akak bersebab…sy tak tau pluk….huhu sedihnya. Hope to see u, so much. Wassalam

  3. askum? akak, smlm terbaca email from dr rosli, terkejut coz ade dedication takziah buat akak, so mmg tertanya? why?buka blog akak, terus speechlessss but anyway dah 2 org anak akak duk lambai2 akak kat pintu syurga… bersabar le ye kak.. insyaallah ader rezeki lagi nanti? Allah sayangkan hamba dia sbb tu dia uji nak tgk how much kita sayang dia balik.. tul tak?semuga cekal n terus cekal.. wassalam- wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published.