Adam bersama adela (adam baru bersunnat)
Baru pulang beberapa hari dari hospital, membuang apa2 yg perlu dibuang, alhamdulillah rasa ok walaupaun masih berasa lemah dan letih. Sekadar nak mengucapkan terima kasih, jazakallah kpd semua yg mengucapkan takziah, mendoakan, dan yang memberikan berbagai bentuk pertolongan samada yg dapat dilihat atau tidak, hanya Allah SWT yg dapat membalasnya. Terima kasih juga yg memberikan bunga, sedap mata melihat.
Mak saya pesan,” orang gugur mesti berpantang macam orang baru beranak tau! Makan ubat, jaga diri etc..” Bestnya kalau ada orang yg menjaga saya setiap masa, sudah tentunya saya akan berpantang. Tapi disini saya keseorangan, suami perlu pergi bekerja dan saya harus menguruskan hal2 seharian anak2 dan menghantar mereka ke sekolah.
Beberapa kali saya ke hospital, telah banyak pengalaman perasaan setiap kali pulang drp hospital, samada sedih atau gembira. Pastinya gembira apabila pulang drp hospital membawa pulang bayi yg harum terbungkus di dlm pelukan. Pastinya merasa sedih apabila pulang dgn tangan yg kosong (dan perut yg kosong) dan perasaan yg bercambur baur di dlm hati.
Orang yg tidak pernah mengalami sesuatu susah utk memahami apa yg saya rasai. Walaupun baby hanya beberapa bulan, perasaan attachment seorang ibu dgn baby dlm kandungannya amat payah utk saya terangkan. Bayangkan, seseorang yg hidupnya sentiasa bergantung kepada seseorang (ibunya) dan ibunya sentiasa bercakap dgnnya tentang segala kehidupannya di dunia, dan sanggup berkorban payah muntah letih dan lelah kerananya. Saya akur tentang ini, sebab masa saya bujang dahulu pun saya tidak paham kenapa akak itu sangat sedih keguguran, bukannya sudah berkenalan dgn baby dlm perut pun. Actually banyak perkara yg saya tidak paham tentang perasaan seorang ibu yg saya mulai paham sekarang.
Walaupun seorang ibu baru akan merasa sangat letih dan penat dgn tangisan baby baru di mlm hari untuk menyusu dll, tentunya hati patut rasa bersyukur sebab tangisan baby itu lebih membahgiakan telinga daripada kesunyian mlm. Semoga saya ingat ini apabila Insya-Allah sekiranya Allah mengurniakan saya baby sekali lagi amiin. Dan saya tujukan pesanan ini utk semua ibu2 baru di luar sana. Enjoy..
assalamualaikum?
akak, since saya takde kerja aper2 ni, boley saya tolong aper2 utk akak? kesian kat akak, sedih pulak saya baca.. saya pernah terbaca “barangsiap mengembirakan hati saudara yg duka, ganjarannya pahalanya umpama ia akan diselimuti sutera bertatahkan permata dari syurga….” kalau dizinkan tuhan nak gak saya merasa spt yg saya pernah baca nih.. wassalam..
Assalamualaikum Elies & Bad,
I’m sorry to hear the recent news. Semoga Allah tabahkan hati Elies & Bad dan beroleh ganjaran yg setimpal.
Leen & Hisham
Scarborough
thanks leen & hisham… tahniah on your good news, and so we’ll probably still be here for the next couple of years?
sister,,
ukht sabarlah moga Allahkurniaka yang lebih baik..pasti banyak hikmahnya
kak..
do u know ust ishaq n his family..they used to study there..in leeds uk>.
oh ye one more kak..
pinjam gamabar anak akak yng tersangatlah comey ni…nak letak kat my blog boley..just miss my brothers and sisters so much…
thanks kak..link ur blog sekali..
nailofar, thanks, yes you can link my blog. Nailofar kat mana sekarang ye? saya tak kenal ustaz ishak yg nailofar katakan itu, sorry. Terima kasih lagi.
saya dulu kat timur tengah sekarang kat mesia..doakan sy kuat belajar sampai akhir nyawa sy
Assalamualaikum,
Just to share, actually saya pun baru lepas keguguran sama seperti ukhti. 22 june yg lepas. search bab pantang slps keguguran i got your blog….
Alhamdulillah