Masa balik msia hari tuh ada banyak perkara yg menggembirakan hati, contohnya, mak bapak, adik bradik, sedara mara, makanan, panas, shopping tudung, ehehe…

Tapi ada beberapa perkara juga yg menyakitkan hati, traffic jam (kl kot) dan paling saya rasa tak puas hati sekali ialah media. Yes, media. Saya tak rasa media malaysia melambangkan cara hidup atau pendirian kebanyakan rakyat malaysia. Bila saya buka tv je, banyak sangat bebenda hiburan. Balik2 nyanyi, balik2 nyanyi. Bebenda barat yg tak elok cepat sangat diikuti (e.g. AF, malaysia idol, etc) rancangan documentary yg bagus2 tak pulak… Lagi satu (tolong jgn salah faham, saya juga rakyat malaysia yg cintakan negara 🙂 Berita TV. Punya lah saya rasa berat sebelah. Media sepatutnya pihak yg neural, tidak berpihak kemana2. Yg salah tetap salah, yg benar tetap benar. Ini tidak, asyiklah kerajaan dah buat itu ini (of course yg baik2) complaint rakyat tiada, mulut ditutup, kebijaksanaan rakyat tidak diperakui. Ambik contoh senang sahaja, di Britain, siaran di parlimen di tunjukkan sepenuhnya di dalam tv, komentar pihak academician diambil pusing, government dikritik terang bederang dlam tv, rakyat diberikan pandangan yg meluas dari semua pihak,.. barulah jelas utk membuat pilihan. uh… politik pulak saya hari nih. Tapi inilah yg menjadi keluhan dihati saya, sampai bilakah kita akan maju sekiranya kita berpolitik seperti kanak2.

Saya kira mungkin kita dihidangkan dgn banyak hiburan supaya kita tidak endah dgn kenyataan yg sebenar, di dunia nyata. Supaya kita malas berfikir hal2 yg berat. Para artis dijulang, diberikan penghormatan yg sangat hebat. Para cendekiawan diikat mindanya. Para alim ulama’ diperlekehkan. Orang alim tidak layak bercakap tentang politik katanya. Rakyat digalakkan berbelanja lebih drp kemampuan, berkhayal tentang kesenangan, mengingatkan saya tentang taktik penjajah dgn cerita angan2 mat jenin.

Apa pendapat korang? Silakan kita berbincang, as i am an open person.

One Reply to “Hmmm….”

  1. salam…

    saya setuju dengan pandangan ikhlas kakak…saya juga sudah kurang minat utk menonton siaran di malaysia ni…tak habis2 dgn hiburan…bile rakyat mula bersuara,mulalah disekat sana sini…kata demokrasi…hujah di parlimen juga ade sekatan waktunya…ade hujah bernas yg tidak disiarkanpun…demokrasi kah itu??…semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah buat kita semua…

    salam…

Leave a Reply

Your email address will not be published.