Mimpi… jarang kita bercakap tentang mimpi. Kata orang tua2 mimpi hanyalah permainan tidur. Tapi mimpi yg benar adalah 1/46 daripada kenabian (hadith nabi, ini disebabkan kerana nabi bermimpi benar selama 6 bulan berterusan sebelum baginda di lantik menjadi nabi, so 6 bulan over 23 tahun is 1/46). Kenapa saya bercakap tentang mimpi? sebab malam tadi saya bermimpi sesuatu yg sangat ganjil. Saya terpaksa menulisnya di sini kerana saya harus berpesan kepada seseorang yg saya tidak tahu siapa.

Malam tadi, saya bermimpi menjadi seekor burung kecil berwarna hijau dan berdada kuning (mirip seperti di dlm gambar). tetapi saya ada seorang sahabat (yg tak saya ingat siapa) yg sakit dan diganggu syaitan. So, saya terbang, jauh2… dan tinggi.. melepasi awan.. kerana saya ingin menemui Rasulullah saw. saya bertemu baginda dan menceritakan tentang sahabat saya yg diganggu syaitan tersebut. Baginda Rasulullah saw, meminta saya berpesan kepada sahabat saya tersebut, “beritahu kepadanya, sekiranya dia mengingati Allah,maka Allah dekat dengannya.” kemudian, di dalam mimpi tersebut saya melihat wajah rasulullah saw. Janggut baginda panjang, dan yg paling saya ingat sekali ialah mata baginda yg redup di bawah bayang2.. baginda sedang berdoa dlm keadaan duduk (seperti antara 2 sujud) dan kedua2 sikunya menyentuhi lantai.

Bila bangun pagi saya beritahu badrul. Katanya apabila seseorang bermimpi bertemu rasulullah, maka mmg benar bertemu rasullah sebab syaitan tidak boleh menyerupai rasulullah saw. Saya ingin menyampaikan pesan tersebut kepada sahabat yg tidak saya ingati itu, tetapi sekiranya sahabat tersebut membaca ini, maka telah saya sampaikan.

Saya tidak tahu mentadbir mimpi, tetapi mimpi ada maksudnya. Puas saya selak buku ibnu sirin yg ada dlm simpanan saya tetapi tidak ada mengenai burung hijau kecil. Yg saya ingat kalau ada di dlm quran mengenai burung2 hijau kecil ini ialah tentang orang2 yg syahid yg menjadi burung2 hijau yg terbang di syurga. Saya tidak faham mengapa saya menjadi burung, yg saya tahu saya tidak layak, saya insan kerdil dan hina, bergelumang dgn dosa2. Ya Allah, ampuni daku.

9 Replies to “Mimpi”

  1. Burung kecil hijau itu juga adalah La ilaha illa Allah!

    Dirasuk syaitan ini ada beberapa jenis. Ada yang meracau (histeria), ada yang berubah pemikirannya, dan ada yang berubah nafsunya. Yang berubah nafsunya ada beberapa jenis. Ada yang berubag pada nafsu makan, pada nafsu beribadah, dan pada nafsu syahwatnya. Yang nafsu syahwatnya ini ada beberapa jenis. Ada pada peningkatan atau pada penurunannya, dan ada juga pada berpaling dari kaum yang berlainan jenis. Semua tersebut pada kalam junjungan s.a.w.

    Minta Allah lindung dari semuanya.

    Madad ya Rasulullah…

  2. assalamualaikum?

    apa khabar kak? thanks for the wish, dah tua dah saya nih..makin tak cun ler gamaknyer..hihihihi, tgh diet sakan (workout 4 hours a day)but turun ciput jer.. :o(

    eeeee seram sejuk saya baca cerita akak nih, meremang bulu roma,bestnyer dpt mimpi jumpa kekasih Allah, juga kekasih saya,hik hik hik,

    Teringat saya akan mimpi saya sewaktu buat umrah dulu (1995). happened in madinah, masa tu saya sedih sbb mutawif kata org pompuan tak boley tgk mkm nabi, sampai menangis saya tak moh mkn sarapan sbb kecewa yg amat,sbb ramai sgt yg suruh sampaikan salam kat nabi, terus masuk bilik tido, masa tu saya telah bermimpi jumpa seseorg yg tidak dpt saya lihat muka kerana cahaya yg menyilau, cuma aper yg saya dgr akan bisikan org tu supaya saya bersabar dan insyallah akan dpt lawat makam nabi, bangun jer dari tido, mutawif ketuk pintu rumah suruh bersiap utk melawat mkm nabi, and alhamdulillah akhirnya saya dpt solat dan berdoa didepan mkm nabi.. Sampai hari ini saya masih tertanya2 sapakah yg berbisik kapada saya.. hanya tuhan yg tahu…

    abg saya buat lawak: kata dia, org yg saya mimpi tu mutawif kot! hahahahahah… saya kata: muka dia silau tak nampak, muka mutawif tu saya nampak sbb gelap, org melayu..hahahahah

    nauzubillah…

  3. salam,

    just hopping from k.fahimah’s fpages. saya suka baca entries kt sini. and, kisah mimpi tu saya rasa akak sgt bertuah sekali dpt jumpa Rasulullah.

    suka tgk gelagat anak2 akak dlm gambar2 attached here. comel2lah diaorang tu.

    anyway, moga kita boleh bersahabat hendaknya.. 😉

  4. Assalamuaikum seri..
    Baik sungguh mimpi yang Allah beri pada awak..sememangnya itu petanda khabar gembira, baik pada seri sendiri juga pada kawan seri itu.
    wassalam

  5. Sy baru brmimpi an burung hijau kecil nie mlm td..msuh segar dlm ingatan sy ape yg trjadi..sy mimpi bnyk brung hijau di awan sperti berlawan dgn sesuatu..slepas itu bnyak brung hijau jatuh dri langit n terbakar..smua rumah yg berada dibawah trbkar brsama brung hijau itu..mnusia bertempiaran lari mnyelamatkn brg brharga masing2..sy xtaw ape mksud mimpi nie..tp mcm ade sesuatu ptunjuk

Leave a Reply

Your email address will not be published.