Mengapa perkara yg selalu kita runsingkan adalah bagaimana persepsi kita pada pandangan orang? Cerita2 seperti cinta kolesterol (adapted from shallow hall) terpaksa di kempenkan di kalangan orang2 yg suka melihat luaran wanita berbanding kecantikan dr dalaman.
Recently, saya melihat trend yg sama dikalangan wanita2 Islam. Bagaimanakan cara utk menjadi cantik, atau wajah bagaimanakah yg menjadi idaman kalbu lelaki menjadi topik2 utama perbualan. Saya merasa kesal dan malu kerana selama ini saya menerangkan kepada non-muslim yang Islam tidak memandang kepada wajah luaran. “Benarkah?” Tanya mereka. “benar jawab saya. Sebab itulah Islam menyuruh wanita2 menutup aurat, selain drp mengangkat wanita ke darjat yg tinggi, yakni bukan seperti barang utk diperagakan, Islam mahu public atau masyarakat menilai seseorang wanita itu drp personality meraka, yakni menarik perhatian drp kecantikan mereka apabila tertutup dan focus kpd beauty from within”.
Kempen2 dinegara barat supaya masyarakat memandang kpd true beauty terpaksa ditingkatkan. Lebih2 lagi dgn terjadinya trend anak2 muda berlapar urk ke size zero (size 4 uk, size 0 us), kejadian anorexia dan eating disorders yg membimbangkan. Tetapi dlm masa yg sama, mass media tidak henti2 menyiarkan model2 yg ‘cantik’ yg kurus seperti rangka, dan iklan2 utk wanita mengubah kejadian meraka, liposuction, enhacement apa2 yg kurang etc.
Sahabat sekalian, marilah berbalik kpd ajaran islam yg sebenar, supaya setiap pagi apabila bangun dan melihat cermin, bukan jerawat di pipi yg menjadi kerisauan, tetapi bagaimanakah ‘jerawat’ di hati dapat dihilangkan. Dan supaya, cermin yg perlu kita lihat selalu ialah ‘cermin’ sebenar, yakni Rasulullah saw. Satu hadith yg saya tidaknya exact wordingnya “Seorang muslim adalah cermin kepada muslim yg lain, sekiranya ada sesuatu yg tidak diingini dilihatnya, hendaklah dia cuba membuangkannya”.
Dan dalam hal ini, Rasulullah saw adalah sebaik2 cermin yg dijadikan.
hmm. setelah banyak permintaan, lalu saya letak sini muka saya. Tapi tokleh nampak semua la.. hehe.. malu.
askum k ellies? kabare??waras?lama tak dgr citer. habis dah ker exam? kita org tgh homesick giller ni.. best balik ituhari, meriah sungguh… air mata tak henti2 lagi ngalir nih setiap kali teringat. hihihihi lawak pulaks..
mummy hamim, kita boleh nangis sesama now.. hehe.. takpe, be strong! kuatkan semangat… and tahniah 😉