Siang tadi, sewaktu berjalan menuju ke lab yg terletak di atas hospital research centre, saya telah melalui di hadapan seorang mamat kulit hitam, umurnya agak2 dlm middle age. Semasa itu waktu hujan, saya berjalan perlahan2 dan berhati2 kerana tidak mahu skirt labuh yg saya pakai basah. Pada waktu yg sama saya sentiasa menunduk melihat kelopak2 air hujan melayan perasaan seperti selalunya. So nampak macam ayu kot.
Tiba2 terdengar di telinga saya dia berkata,”Bless you’all Muslim woman.”Hanya saya seorang di situ im sure, tapi saya tak pula melihat ke belakang utk check.. kenalah control ayu ketika itu, tapi perasaan saya happy. Mungkin juga kerana ketika itu di hadapan saya ada beberapa orang wanita omputeh melompat2 lari kerana hujan, dan dilihatnya saya bertudung melambangkan wanita Islam yg berjalan dgn sopan santunnya.. (he he… kalaulah dia tahu keadaan saya sebenar..).

 

Inilah yg dikatakan kemana saja saya pergi, saya ‘terpaksa’ berperangai baik, kerana pakaian saya melambangkan pakaian wanita Islam. Saya tidak mahu sekiranya disebabkan saya, orang akan membuat generalisation yg tidak baik keatas pegangan hidup yg saya julang (Islam). Begitu juga sewaktu memandu, walaupun saya jenis org yg kurang sabar ketika memandu (lebih2 lagi kalau orang berbuat kurang sopan seperti memotong dr sebelah kiri atau tidak memberi signal utk membelok), saya memaksa jua diri saya utk sentiasa berhemah di jalan raya, beri laluan kpd kereta yg ingin keluar, .. pendek kata sentiasa bersopan.. hanya kerana saya tidak mahu org mengatakan, “orang Islam tidak bersopan”. Begitu juga di universiti, saya memaksa diri saya memberikan yg terbaik, sebab saya mahu perasaan yg sama ketika mengambil scroll bila graduation nanti, Insya-Allah amiin.

 

Mungkin, inilah yg disebut, pakaian ‘mengontrol’ tingkah laku kita. Apakah yg kita mahu orang nampak drp pakaian kita? Bila orang goth (yg memakai gincu hitam dan pakaian serba gelap seperti matrix) mahu org fikirkan pasal diri mereka? Bagaimana pula dgn wanita2 yg berpakain seksi berserta make-up yg tebal beserta dgn fesyen semasa mahu orang fikirkan tentang diri mereka? Mengapakah pula negara2 seperti Turki dan France menghalang (ban) pakaian keugamaan di sekolah2 atau jabatan2 kerajaan.

 

(Sisters di Turki ketika mereka diharamkan mengenakan tudung di sekolah dan universiti. Mereka terpaksa memilih samada tudung atau pendidikan mereka)

Apakah nilai sehelai kain tudung jika dibandingkan dgn pegangan yg dibawa dgn pakaian tersebut. Adakah pemakai tudung mengancam keselamatan negara?

Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَاللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماًنَ ا

Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab:59)

 

Bagaimanakah pula dgn wanita2 yg mengatakan hati mereka sebenarnya baik, tetapi dlm waktu yg sama tidak bertudung. Bukankah anggota badan mereka mengingkari perintah Allah? Satu masa dahulu saya juga seperti ini, hanya menantikan “seruan” utk menjadi baik, sedangkan saya tak tahu bagaimanakah bentuk seruan itu. Bagaimanakah pula dgn wanita2 yg bertudung tetapi dalam waktu yg sama melakukan perkara2 yg dilarang Allah? Jelas sungguh mereka mengikuti satu perintah tetapi melanggar perintah yg lain dlm waktu yg sama menodai kesucian pakaian lambing keperibadian muslimah ini.

Wahai muslimah sekalian, kadang2 kita lupa, bukan hanya kepala yg perlu kita tutup dalam menutup aurat. Kadang2 kita lupa perangai dan pembawaan kita juga aurat yg terlebih penting lagi. Janganlah kita lupa ketika kepala kita bertutup tetapi kita ketawa terbahak2 dan mengilai seperti unta. Ketika kita bercerita, kita menceritakan tentang aurat (bagaiman rupa dan kecantikan kita), atau apa yg kita perbuat pada perkara2 yg tidak perlu orang (lelaki) ketahui (contoh yg pernah saya lihat, ada seorang menceritakan kpd org lain tentang pakaian tidurnya etc).

 

Sahabat sekalian, pakaian yg paling baik adalah pakaian taqwa (libas-ut-Tawqa), seperti firman Allah:

 

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاساً يُوَارِي سَوْءَاتِكُمْ وَرِيشاً وَلِبَاسُ التَّقْوَىَ ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (kurnia) Allah supaya mereka beringat. (Al-A’raf:26)

Gambar lala mengenakan jubah pertamanya. Tajuk gambar: Amoi bertudung. (ps: susah nak buat lala duduk diam semasa mengambil gambar ini, dia sentiasa melompat2 setelah memakai jubah ini. Mana agaknya dia dapat idea pakai jubah sambil melompat)



Saya bukanlah contoh wanita Islam yg terbaik. Hati penuh dgn dosa dan noda, saya perlu selalu memaksa diri saya supaya mematuhi perintah Allah, tetapi diri ini amat degil dan selalu mendengar dan mengikut bisikan syaitan. Semoga Allah memberikan saya kekuatan utk menjadi wanita yg solehah, amin.

12 Replies to “Libas (bahagian 1)”

  1. Pengalaman yang menarik. Sedih melihat keadaan dibelahan dunia Islam yang mana masyarakatnya sendiri memperlekehkan Islam sedang dibelahan lain ada yang perlu memperjuangkan hanya untuk sehelai kain.

    Namun hati merasa sangat lega melihat anak-anak yang mendapat didikan agama yang baik, diusia yang sangat kecil telah memahami konsep aurat dan tudung.

    Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan salahkan anak tidak menutup aurat jika sejak kecil dia terbiasa membukanya…

  2. ass wrt wbt…

    alhamdulillah suka tgk ank serikandi memakai jubah ..adela is so adorable… :),membaca catatan serikandi buat sentiasa terfikir untuk mengislahkan diri,moga2 dgn catatan ini sentiasa jadi peringatan buat diri yg kadang mudah terpesona terbuai dgn dunia 🙂

    ~salam perkenalan buat serikandi~ 🙂

  3. Assalamualaikum,
    Kak, Happy anniversary to u n Bad. Congrats, dah 11 tahun. Semuga kita sama2 tabah dalam mengharungi ujian2 hidup terutama dalam melayari bahtera rumahtangga yang penuh pahit manis.. Salam sayang dari KB.

  4. Nikmah, happy anniversary to you and Seli too. Semoga kita semua diberkatiNya. Dgr dah good news nikmah tuh, bila due? Anyway, good luck jugak dgn business yg sedang dirancang 🙂

  5. Elies,
    Bercerita mengenai tudung dan pakaian wanita islam. Dibumi dimana muslim as minorit, pabila kita keluar dari rumah terasa bahawa kita ni sebagai ambassador kepada wanita-wanita Islam. Saya terasa orang bukan Islam memerhatikan keterampilan, tingkah laku serta akhlak kita.
    Dengan itu memang amat berhati2 dalam berpakaian supaya mereka don’t get the message wrongly. Saya dapat merasakan wanita2 yang bertudung di UK ini begitu jua. Memang terserlah indah dan cantiknya kepribadian wanita2 ini pabile berselisih di jalanan.
    Yang menyedihkan saya ialah perasaan tenang sebegini tidak saya rasakan apabile keluar dari rumah ketika pulang ke tanah air pada NOV-DEC 2010. Jiwa saya merasakan sangat terseksa dan tertekan. Majority wanita dijalanan bertudung tetapi hanyalah sekadar fashion semata-mata. Kepala bertutup lengan terjuih. Lengan tertutup punggung dan belakang terpampang. Punggung tertutup labuh namun kain terbelah dihadapan menampakkan kaki ke lutut.
    Sedih dan sangat kesal kenapa kita tidak merebut peluang menjadi ambassador wanita islam apabila dijalanan?

    Mas

    1. Thank you Kak Mas. Saya rasa, amat berbeza orang yg memakai tudung sebab kefahaman tentang tuntutan menutup aurat oleh Islam dan yg memamaki tudung sebab ‘semua org lain buat’. Org yg menutup aurat semata2 kerana trend dan ikutan semasa akan cepat juga berubah mengikut perubahan trend semasa. Amat menyedihkan juga apabila ada yg memakai tudung sebab ‘malas nak menyikat rambut and so mudah just sarung je kepala.’
      Tujuan saya membuka postings tentang fashion adalah supaya kita menyediakan maklumat/cadangan or just kongsi info bagaimana untuk look presentable but at the same time jaga betul2 aurat tersebut. And I know kak Mas ada byk ideas dlm bidang ni. Saya nak invite akak jadi salah sorang contributors dlm bidang ni, and if akak setuju saya akan emailkan serba sedikit tentang postings and moderating/passwords etc. Amacam?

      1. InsyaAllah kmas tak ada masalah selagi mana boleh berkongsi idea-idea especially bab-bab yang melibatkan creativiti minda.

        Kmas

Leave a Reply

Your email address will not be published.