Adam dan Adela mengucapkan eid mubarak pada semua.

 

Adam puasa penuh lagi tahun ni, alhamdulillah, and Lala cakap dia puasa.. well actually, dia memang kurang sikit makan, so hilang sikit tembam pipi dia. Tahun ni, baju raya kitorang kaler biru.. he he. Bercakap tentang baju (libas) saya teringat nak kena sambung libas bahagian 2. Baca libas bahagian 1 di sini.

 

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka
(Albaqarah: 187)

 

Dalam ayat ini, suami atau isteri kita diibaratkan sebagai pakaian. Sebagai orang pompan sure kita tahu banyak tentang fungsi pakaian. Untuk melindungi kita daripada panas atau sejuk. Untuk menutup aurat dan malu kita. Sebagai identity kita, contoh, pakaian bersukan utk semasa sukan, baju memasak supaya baju tuh je bau tumis dan bawang, etc. Untuk merubah penampilan kita; orang yg gemuk boleh nampak kurus dgn certain corak, begitu juga org yg rendah kalau guna pakaian yg jalur panjang atau motif kecil boleh nampak tinggi, etc.

Basically, pakaian selain melindungi kita dari segi fizikal, dia juga ada fungsi mental. Orang yg berpakaian selekeh tidak dipandang/layan di kedai2 jenama, manakala orang yg berpakaian jenama dipandang tinggi walaupun poket kosong. Orang yg berpakain seperti tok lebai sudah tentu ditolak utk menjadi imam di masjid, manakala perempuan yg bertudung labuh dianggap sebagai ‘orang dakwah’ oleh makcik2 kampung.

Itulah tugas suami atau isteri kita. Dia berupaya membuat kita dipandang mulia atau hina di mata masyarakat. Dia boleh melindungi kita drp dunia luar, atau sebaliknya. Cara penampilan suami atau isteri membawa nama pasangan mereka.  Itu ayat yang disebut di dalam al Quran. Kalau kita sayangkan pasangan kita, berhati-hati dalam memilih pakaian kita.

Bad banyak merubah sikap saya kepada yg lebih baik. Contohnya, sebab saya orang Melaka, saya selalu ada kata2 seolah2 kesat (seolah-olah; sebab pada orang Melaka tu gurauan manja 🙂 ) utk dilemparkan, terutama sekali bila saya sedang marah. Tapi Bad buat saya tinggalkan sikap itu Insya-Allah untuk selama2nya. Tapi, tu laa.. sekarang nih ada lagi satu saya buat bila saya berang… Kalau orang drive kurang ajar dgn saya… saya pantang sikit la… iysh, kena byk sabar nih. Nasib baik saya ke sekolah bawak kereta kodok, kalau saya bawak kereta power, habis la semua orang makan asap kereta.. he he. (Anyway, belakang saya dah mula sakit balik sebab driving jauh setiap hari, nanti ada appointment dgn physiotherapist… atau saya ckp dgn bad, bagi saya kereta power.. he he.)

So, conclusionnya, saya nih kena jadi bini yg baik. Sebab nak jadi baik, maka saya kena banyak belajar. At the moment saya sedang mendengar siri kuliah tentang, “Women inspired by the beloved” by Dr. Hesyam al Awadi (orang yg sama yg mengupas best-seller cd series- children around the prophet saw). Beloved dlm cd tu ialah Rasulullah saw, dan menceritakan tentang kisah2 great women in Islam.

Terasa betapa kerdilnya diri ini. Minda saya mula terbuka. Saya selama ini fikir wanita2 Islam zaman rasulullah saw, zaman sahabat, tabien, tabiet tabien, hanya tinggal di dalam rumah tak buat apa. padahal mereka telah contribute so much kat muslim world yg banyak ahli sejarah lupakan. ‘Aisyah r.a menguasai banyak sangat ilmu pada zamannya. Zaman yg banyak lelaki tidak tahu menulis, Aisyah menguasai pelbagai ilmu sastera, ilmu hadith (menghafal 20,000 hadits) dan pelbagai ilmu perubatan. Maksudnya, dia tahu yg dia boleh masuk syurga dgn hanya menjadi ummul mukminin, tetapi ini tidak membuatkan beliau passive. Ketika Rasullullah saw wafat, usia Aisyah hanyalah 18 tahun, tetapi mengajar banyak ummat.

 

Seluruh para ilmuan Islam bersetuju yg mereka tidak pernah melihat seorang yg terlebih fasih dan eloquent lebih drp Aisyah. Fine, dia pandai hadith sebab tinggal dgn Rasullah saw, pandai sastera sebab bapanya AbuBakar terkenal dgn ilmu sastera, tetapi ilmu perubatan? Ketika beliau ditanya tentang hal ini, Aisyah berkata, ketika menjadi isteri Rasulullah saw, baginda selalu sakit, dan banyak pakar2 drp seantero penjuru tanah arab dtg dan memberikan ubat/cara buat ubat pada nabi. Aisyah mendengar dan menghafal ini, tidak hanya membiarkan orang lain menyediakan ubat, tetapi beliaulah membuat sendiri.
Banyak lagi cerita2 wanita2 Islam yg tidak saya ketahui selama ini, insya-Allah akan saya tulis sini, contoh zamurud (kakak kepada salahuddin al ayyubi), ibu2 kepada iman hambali, bukhari, syafie etc dan banyak lagi. Terjawab sudah soalan2 yg bermain di kepala, bagaimana sebagai wanita muslimah yg inginkan jannah, boleh juga contribute utk mengubah dunia.
Bagus jugak masa 2 jam saya drive pi-balik skolah, sebab time tu la saya takder kerja lain selain drp khusyuk mendengar ceramah. Saya pasti setiap perkara mesti ada hikmah disebaliknya.

One Reply to “Libas (bahagian 2)”

Leave a Reply

Your email address will not be published.