Tension betul last week. Semua cells yg saya bela kena infections, habis beberapa weeks punya kerja, begitu jugak dgn experiment yg baru je saya design. Tak cukup dgn tu, houseplant yg saya tanam kat office pon nak termati kering, walhal hari2 saya siram. Tak cukup lagi dgn tuh, Adam pulak demam, seminggu off school. Kata org tangan jinx, tapi takder konsep jinx dlm kehidupan, semuanya berlaku atas ketentuan dan pasti ada hikmahnya.
So, cool off with a nice break ke Lake District, walaupun hujan lebat, tapi pemandangan indah yg Allah jadikan, cukup utk membuang segala kegusaran hati, Masya-Allah. Dah berpuluh kali ke Lake District pon, masih tak jemu2, dan setiap musim ada kecantikannya sendiri. Sekarang ni autumn so pokok botak dan tersangat sejuklah tapi..
<<-----Lala kat Windermere Lake
So started this week, saya grow semula new batch of fresh cells, letak pokok saya tuh bawah sinaran lampu halogen selama beberapa jam utk revive dia kembali, dan alhamdulillah Adam dah sihat. Be patient, be strong. I will always have to be strong and stay focused. Itu je lah kata2 yg saya selalu ckp kat diri sendiri dlm semua keadaan. Dan itulah juga perkataan yg sering saya ucapkan pada both Adam dan Lala kalau, for example diorang terjatuh, sedih, takut, rasa menyerah kalah atau give up. Saya akan ckp lagi practice, practice, practice sampai dapat, dont you ever give up. Kesian Adam, time demam pon kena paksa hafal times table.
Pokok saya yg strunggling nak hidup—–>>
Anyway, saya terfikir recently (sebab rasa semakin tua), masa kita muda, kita selalu terfikir tentang cita2 kita, tentang harapan dan kerjaya yg kita kejari. Tetapi apabila semakin tua, saya terfikir sempatkah saya menggoncang dunia dgn perubahan? Sempatkah meninggalkan legacy? Macam kata hadith nabi, ” sebaik2 manusia adalah yg memberi manfaat kepada yang lain“. Lagu saloma dgn p ramlee pon sebut, “Hancur badan, kandung tanah, budi baik dikenang jua…”
Mungkin, sudah tiba masanya much effort should be focused on producing anak yg menggoncang dunia. Kalau kita fakir kita tak sempat… saya inginkan anak yg excellent, yg excellent dlm bidang dia. Macam yang ibu imam hanafi, ibu imam maliki fikir. Mereka tak mahu anak meraka hanya jadi manusia yg baik sahaja, tapi yg excel dlm kebaikannya, yg membawa byk manfaat kpd manusia lainnya. So, back to my drawing board, camner nak bentuk Adam dgn lala eh?
<<---Windermere lake again. Mak dan Abah kesejukan on the way to Ullswater -------->>
Kekobar jek saya bercakap, tapi usaha tak kemana pun buat apa ye? so.. pesan kat diri sendiri, be strong! dont give up, stay focused!