Segulung ijazah….. seribu usaha, seribu makna…

Semalam majlis graduation. Sejuk, letih, but mostly happy. Paling gembira tengok mak dan abah proud. Tapi memang sejuk semalam. Tu lah kalau graduation masa winter, apa nak buat.. Ingatkan mula2 nak pakai baju kurung, baju kebangsaan melayu, tapi sejuk punya pasal, syukur jugaklah tak pakai.

Insya-Allah nanti masa PhD punya graduation lah pakai baju kurung.. he he. Hopefully masa tuh graduate masa summer la pulak.

Majlis dibuat kat Philharmonic Hall Liverpool. Masa nak dekat turn tuh, rasa seram sebab takut mana tahu masa jalan ambik scroll tuh terjatuh ke, kaki tersangkut ke, terpeleot ke.. Tapi alhamdulillah ok je.

Nampak orang2 yg ambik PhD punya scroll pakai robe merah, berangan insya-Allah time saya akan tiba.

Semasa chancellor berucap, seribu macam flashback bermain di fikiran. Teringat drive pagi2 before 7 am long drive ke liverpool (skang masih lagi anyway). Teringat weekends yg tension bila tak dpt buat apa2 mengejar dateline utk assignments and presentations. Teringat debaran utk exam, teringat masa baca buku adam dn adela yg berkejaran di sekeliling, lala panjat belakang, bad masak, itik tolong jaga budak dan rumah etc. Kesian diorang.

So sebenarnya, saya rasa yg paling layak menerima ijazah ini sebenarnya adalah mereka. Terfikir juga, adakah masa yg saya tumpukan pada pelajaran berbaloi bilamana saya rasa teramat rindu dgn anak2 yg sedang membesar dan memerlukan ibu mereka sepenuh masa dan perhatian kpd mereka? Kadang2 terfikir juga, mana satu yg perlu diutamakan. Alhadulillah Bad dan anak2 memahami dan bukan sahaja faham malah menolong.

    Semoga Allah mmbantuku untuk menjadi seorang ibu dan isteri yg solehah, dan semoga Allah menerima usahaku ini sebagai ibadah.

    Proud to have this loving and very supportive family. Love them all.

    7 Replies to “graduation”

    1. congrats k elies.. congrats jugak pada bad, adam, adilah n itik.. bubu kna minta liverpool u siapkn 4lagi scroll. Baru adil. semuga scroll yg ada menjadi pembantu & semangat kepada perjuangan, insya Allah.. miss all of u..

    2. Tahniah dan syabas kak Anna. Saya gembira punya sahabat seperti kak Anna yg punya semangat jati diri yg tinggi tuk berjaya. ๐Ÿ™‚

    3. TAHNIAH KANDI
      akak gembira dan bangga dgn kandi,
      wpun dlm kesibukkan tp kdg2 masih dapat bersembang dgn akak kat YM huhu
      ….usaha seterusnye,semuga berjaya dunia dan akhirat,AMINN!!!….

    4. k.ellies,
      TAHNIAH!! Even saya pun rasa benda yg k.Ellies rasa masa time konvo tu.. Harap2 usaha kita ni dpt keberkatan dr Allah swt jua.. ๐Ÿ˜‰

    5. askum…

      CONGRATE!!

      somebody said ”kalau takut berjuang jgn sebut pasal perjuangan”

      so inilah hasilanya…
      teruskan perjuangan anda…

      takbiiiiiiiiiiiiir!!!
      ALLAHUAKBAR!!!

    6. salam kak ellis,

      inshaAllah, PhD graduation akan tiba tidak lama lagi. Lagi brp tahun ye kak. wat research psl apa? Tahniah sekali lg.:)

    7. terima kasih buat semua yg mengucapkan. Tak tahulah bila habis. Doakan semoga cepat habis. Research saya pasal age-related macular degeneration; nak cari penawar utk penyakit buta disebabkan tua.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.