(Susah senang kita bersama)

“Adam, our life from now on will be different,” kataku pada Adam semasa membawanya ke sekolah. “now Adam, we wont have mak usu to help us looking after Lala and you, and so, as a big brother, Adam, you will help bubu and baba looking after lala, tidying up after her, help her with lots of things ok?” tambahku lagi. “Bubu, are we working as a team?” Pandai sungguh Adam, mmg itulah perkataan yg sgt sesuai utk kami guna-pakai ketika ini. Itik balik msia sebab kesian dia, lama sungguh dia menolong kami. Tiba2 rancangan Allah mengatasi rancangan kami, replacement itik ada problem terpaksa pulang ke Malaysia. Terpanik2 lah kami mencari cara utk menguruskan lala dan adam semasa both of us bekerja.

Setelah lama berbincang dgn Bad, akhirnya kami mengambil satu jalan. Bad akan mengubah-suai masa kliniknya supaya start sessi petang lewat sedikit, so dia boleh ambil anak2 dari sekolah. Saya pula, alhamdulillah supervisor saya sgt memahami dan katanya boleh pulang sedikit awal, dia tak kisah asalkan kerja2 research tidak terganggu, so sementara menanti kepulangan saya dari uni, bad akan tinggalkan anak2 kat satu bilik kosong di dalam kliniknya utk saya ambil kemudian. Masalah yg timbul ialah siapakah yg boleh menjaga Lala dari tgh sampai time ambil Adam? Setelah byk panic, Tanya situ dan sini, Insya-Allah akan ada sorang childminder jaga lala selama 4 jam sehari, itu pun mak salah sorang rakan sekelas Adam. Kami akan lawati rumahnya minggu depan utk melihat2 bagaimana keadaannya dan berbincang.

Saya, nearly merasa putus asa semasa mencari penjaga. Hendak saja saya meninggalkan PhD research yg baru berputik, report pertama baru saja hantar pada kompeni yg sponsor.

“lepas nih kita makan lebih kurang sajalah, kalau elies penat, abg masak. Kerja2 rumah pulak kita buat sama2. Tak kisah sgtlah semua tuh, yg penting, jgn lupakan cita2 elies. Lepas PhD nanti kita settlekan perkara2 lain,” begitu kata bad kepadaku.

Agaknya inilah salah satu ujian kata janji kami, “susah senang kita bersama..”

Saya teringat semasa Bad merupakan seorang pelajar perubatan tahun akhir, setiap hari, waktu pagi dan petang saya keluar bekerja dgn menaiki basikal. Paginya saya mencuci restorant dan sebelah petangnya saya bekerja membersihkan pejabat dan tandas. Kesian saya waktu itu, bawa buku masuk bekerja secara curi2, ada masa berlebihan saya curi2 belajar sebab masa itupun saya pelajar sambilan. Bila saya balik rumah, Bad selalunya menunggu saya kat bawah tiang lampu depan rumah ataupun kalau dia busy sgt, dia cuma buka pintu sambil tersenyum. Hilang penat.

Teringat pula masa Bad mula2 bekerja sebagai doctor houseman. Selalu benar oncall, sebab sunyi dan tak mahu berenggang dgn adam yg baru lahir ketika itu, kami mengikut bad tumpang tinggal dlm bilik kecil yg disediakan utk doctor oncall. Sebab takder tempat tidur utk adam, kami keluarkan sebuah laci hospital yg usang, Alaskan dgn kain dan bantal, dan laci itulah yg menjadi tempat tidur Adam. Selamat, Adam bergolek tak jatuh sebab laci tuh dalam. Anyway, tuh salah satu cara kami jaga anak, tak pernah bagi dia tidur bersama kecuali jika dia demam, so senang sedari kecil tidur di bilik sendiri. Nanti lah cerita bab jaga anak kemudian. Satu jek formula, kalau takmo anak leceh2, dari kecik jgn ajar bebenda yg melecehkan.
Bercampur lagi perasaan saya dgn kenangan2 lama. Susah senang yg kami alami bersama. Susah ketika menumpang tinggal di atap orang, susah ketika syahidah sakit dan kemudian meninggal, banyak lagi… Semoga Allah merahmati rumahtangga kami, semoga tujuan asal perkahwinan ini sebagai jalan ke syurga kami ingati selalu,…amin.

One Reply to “For better, for worse”

  1. sedihnya baca amik laci usang letak adam tuh..baru jerk dgr citer how a fren pun mengalami masalah maid yg dirancang tetiba tidak manjadi..ellies pun yerk..ermm..sometimes apa yg kita rancang mmg tak sepertinya, i guess GOD knows his way better kan..and probably semuanya ada HIKMAH..u have a good family, bad pun mmg bagus – mmg for better or worse 😉 take care lis!

Leave a Reply

Your email address will not be published.