Pernah tak kadang2 kita masuk satu masjid kita rasa biasa je, but satu masjid lain rasa kelainan, rasa khusyu’ walupun masjid tuh tak lah dihias lawa atau moden? Masjid Regents Park nih macam itulah, walaupun tak baru (dibina pada tahun 1940) tapi setiap kali saya masuk ke masjid ini hati saya merasa syahdu. Masjid ini selalu sibuk, didalamnya ada dewan besar jemaah lelaki, dewan jemaah perempuan diatas atau dibawah (sekiranya solat dgn baby yg kuat menangis), bilik conference yg besar, sebuah perpustakaan yg mengandungi lebih drp 20 000 buku, ofis pentadbiran, sebuah kedai buku dan sebuah dewan majlis. Hampir setiap masa ada kelas2 agama atau perbincangan didalamnya, kat sudut2 masjid selalu nampak group org2 belajar. Hampir setiap hari ada banyak orang2 masuk Islam dan majlis2 pengucapan syahadah didalamnya. Di Masjid inilah saya berkenalan dengan seorang perempuan tua berkulit hitam dari Yemen, yg kemudiannya menjadi ibu angkat saya; namanya Khadijah. Dia kurang fasih berbahasa Inggeris, campur dgn broken Arabic saya bolehlah kami berbicara.
Inside Regent’s Park Mosque
Dalam hidup kita ini, kadang kala iman naik turun, pada ramadhan 95 saya agak2lah, macam iman tgh naik, rasa khusyu’ sebab masa tuh baru masuk uni, banyak Islamic talks yg saya hadiri, kawan2 serumah alhamdulillah semuanya baik2 dan solehah, solat jemaah setiap waktu dan tidak pernah menyakitkan hati. Kawan2 di Londonlah yg selalu saya ingat sampai sekarang; Azhana, Jamilah, Sophia, Hafizah, Kak Ita, Kak Aini, Hazlina, Mazlina, Sarina, Nik Rozelin, tuh sahabat serumah dgn saya, terima kasih kalian, dan saya cinta kalian liLlahi ta’ala. Walaupun kehidupan kami susah (kurang duit sebab London mahal) namun tak pernah berkira dlm banyak hal, dan sentiasa mengutamakan orang lain lebih drp diri sendiri. So, berbalik kpd cerita that ramadhan, the very first day of the month, saya mengambil keputusan ke Masjid tersebut. Masuk2 saja ke masjid hati merasa sgt sedih … well… tak boleh cerita lebih sgt bab nih. Tapi diendekkan cerita, apabila tiba time berbuka, saya takder duit nak beli makanan, org sudah mula berangsur keluar drp masjid lebih maghrib. Saya berdoa sungguh2 kpd Allah, “saya lapar”… Tak semena2, Khadijah menepuk bahu saya dari belakang dan mengajak saya makan (semasa itu saya belum mengenali khadijah). Rupa2nya ada makanan percuma dikantin (setiap hari di bulan ramadhan ada diberi makanan percuma) dan saya tak tahu. Sungguh2 saya bersyukur ketika itu. Masa di Masjid Regent lah saya berkesempatan berkenalan dgn berbagai2 bangsa dan memahami adat2 mereka, tetapi yg mengikat kami hanyalah satu; persaudaraan Islam, yg ikhlas kerana Allah. Ada Arab, India, European, China, etc. Kalau nampak pakai telekung tuh sure Melayu (Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei). Saya tak rasa begini di masjid2 lain di UK, banyaknya ada semangat bangsa, kalau kita bukan drp gol. mereka kita ditinggalkan.
Baru2 ini saya ke London, sempat menjengah lagi Regent’s Mosque. Khadijah masih ada di situ, dia masih mengenali saya, dan mencium anak2 saya. Khadijah yg selalu memakai khimar, semakin tua, tetapi dia seperti dulu selalu ada di dalam masjid, menolong sesiapa yg patut, bersih2kan, bercakap2 dgn kasih sayang kpd yg lonely, sambil joining group2 agama yg ada di situ. Semoga Allah sentiasa merahmati Khadijah. Ada sekali saya join kelas hadith drp seorang Muhaddith muslimah (yg menghafal banyak hadith) tetapi masa tuh kelas sepenuhnya dlm bahasa arab. So ada seorang sister English muslim yg boleh berbahasa arab duduk disebelah saya berbisik2 menterjemahkan.
Saya missing itu semua. Kalau org Tanya apa yg best di kota London, seperti mat saleh saya jawab, “the night life..” tapi lain pengertiannya drp mereka. Nite life mereka disko2, tapi nite life kita kat masjid especially seperti masjid regent. Masa tarawikh di situ, setiap malam dibaca satu juzu’ dan kebanyakan ahli jemaah memegang quran. Separuh terakhir Ramadhan, diorang import imam2 popular Makkah atau Madinah. Ada sekali imam kegemaran saya, Imam Muhammad Jibril jadi imam, masa doa qunut semua ahli jemaah menangis, terharu dgn doanya.
Saya teringat tentang bangsa ni semasa dlm perjalanan ke uni seperti biasa dengar ceramah, kali nih tentang the 4 great imams (Hanafie, Maliki, Syafie, Hambali) tentang kepelbagaian latar belakang mereka, dan tentang mereka menghormati antara satu sama lain, tak seperti banyak muslim sekarang yg tersangat ta’asub dgn kepercayaan mereka sahaja.. Panjang lagi bicara kali ini. Sambung nanti la pulak.. Insya-Allah.
setiap kali membaca tulisan2 kandi,akak sedikit tersentuh..dgn pengalaman kandi di UK sana,,sehingga hari ni
bersyukur kena kandi.tak sia2 dunia chatting kita thn 2003 dulu,,semoga ukhwah kita terus kekal-insyaALLAH..aminn
insya-Allah, amin kak…
assalamualaikum kak elies.. just nk tnya, hazlina yg housemate akak ni, amik medic gak ke..? org KL ehh..? coz saya ada cousin name Raja Affendi yg wife dia name Hazlina yg juga masih stay di sana.. wonder if they r same person u mean..
Salam, bukan.. hazlina lain tu.. Hazlina saya ni lain nama suaminya dah telah lama pulang ke Malaysia 🙂