Gambar diatas, Lala menangis masa hari kelurga masyarakat melayu di Manchester. Lala sedih sebab sukan yg dia masuk (dgn konfidennya) dia sorang jek kecik lagi walaupun budak2 lain besar2 semuanya. Tapi Lala tak paham instruction apa yg perlu dia buat. Budak2 lari tinggalkan dia, and so dia rasa sedih.

Tak perasan pun hari nih birthday Syahidah, until ada seorang sepupu yg mengaji jauh kat down under ucapkan happy birthday kat mailing list keluarga. Sepupu tuh tak perasan yg Syahidah dah meninggal, so niat dia baik and I am so glad that he did. Kat sini, hari2 yg berlalu macam biasa, sibuk, Adam & Lala semakin membesar, Lala makin banyak cakap dan semakin kelakar.Saya tak pasti nak tulis pasal apa kali nih. Cumanya, tiap2 hari saya baca berita2 dari Malaysia (online) dada rasa sarat. Rasa macam betapa berat mata memandang berat lagi dada yg memikul. Cerita harga barang2 keperluan naik, harga kos kehidupan di Msia yg tinggi, kes2 jenayah yg semakin meningkat sungguh merisaukan saya. Honestly saya risau, sebab keluarga saya semua masih ada di Malaysia, adik beradik saya yg perempuan 4 org ada di Msia. Tuh tak termasuk anak2 buah lagi, sedara lagi, yg belah Bad lagi. Bak kata mak saya, kadang2 macam dah rasa takut di rumah sendiri, ye lah, tak kurang berita rompak dan bunuh kat rumah sendiri.

Kenapa ini semuanya terjadi ye? Saya pun affected sebab tiap2 kali hantar surat yg agak beharga ke Malaysia mesti tak sampai, walaupun takder duit dlm tuh, walaupun registered. Check dgn Royal Mail, diorang dah ada evidence dah pass ke Pos Malaysia, tapi still hilang. Mana perginya amanah dan kepercayaan? Kesian anak2 buah yg kami hantar kad tahniah utk exam, atau kad birthdays, atau hadiah kecik2 utk mereka, hilang kepercayaan saya dgn posmen Msia. Dah banyak sgt manusia yg tak rasa takut dgn pembalasan Allah, tak takut neraka. Agaknya beginilah bala bila nasihat drp alim ulama’ tiada nilai, celebrities disanjung dan menjadi topik perbualan harian. Yg cuba membawa perbincangan ilmiah tentang permasalahan Msia dilabel sebagai pembangkang etc. Guru2 takut anak2 murid, mak bapak takut anak2, tuan takut kpd hamba, macam tanda2 kiamat bunyinya.

Orang2 yg berbuat jahat seolah2 lupa dgn firman Allah:

“..akibat org2 yg mengerjakan kejahatan itu adalah
kejahatan pula, kerana mereka mendustakan keterangan2 Allah dan mereka selalu memperlekeh2kannya.” (Ar-Rum 10).

Takut. Itu sahaja perkataan dlm hati saya. Takut dgn dunia yg menipu, takut tak tahu mcm mana nak didik anak2 supaya tidak terpedaya dgn ghurur. Tapi jauh di sudut hati saya, saya berasa amat yakin, ada ramai lagi org yg baik2 dan beriman di Msia. Org2 itu tidak penat2 berjuang mempertahankan kebenaran walaupun dirinya diuji, dibenci, dicaci. Macam mana kita boleh sure ada golongan ini? Sebab itu janji Allah. Macam dlm surah Al-Maidah ayat 54,

“Hai org2 yg beriman, barangsiapa di antara kamu yg
murtad (berpaling, yakni membelakangi) drp agamaNya, maka kelak Allah akan
mendatangkan suatu kaum yg Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya,
yang bersikap lemah lembut terhadap org yg mukmin, yg bersikap tegas (‘izzah)
terhadap org2 kafir, yg berjihad pada jalan Allah, dan yg tidak takut kpd celaan
org2 yg suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikan kpd siapa yg
dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (pemberiannya) lagi Maha
mengetahui.”

Dlm ayat ini dikatakan kalau ada golongan yg lari drp ajaran agama (tidak semestinya murtad keluar agama Islam), Allah pasti akan datangkan golongan ini. Semoga kita termasuk dlm kaum yg Allah cintai ini (meraka pun cintai Allah), tetapi kena sabar sebab memang akan ada celaan org2 yg suka mencela (iaitu sikap mereka yg bukan sekadar cela, tetapi SUKA mencela).
Bila saya baca ayat ini saya teringat satu nasyid yg kami sama2 nyanyikan dgn kawan2 masa zaman muda dulu oleh kumpulan The Zikr (sebelum mereka jadi Raihan sekarang).

Kawan

Kawan, apakah yg kau susahkan
Kerna Tuhan, kehilangan kawan
Kerna kebenaran, dihina
Usah kau ragu dlm perjuangan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Kerna pejuang selalu kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Lihatlah para Rasul mulia
Lebih tersiksa dan menderita

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan
Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri

Kawan apalah disedihkan hati…
kawan apalah disedihkan hati…..

Kepada kawan2 sebegini, La tahzan… Allahu ma’una (jgn bersedih, Allah bersama2 kamu)

Gambar: Still kat hari keluarga Melayu, (left) adam testing his muscles dgn friends before tarik tali, (right) kelakar baru perasan gambar nih semua geng2 Adam rongak, umur diorang tgh tanggal gigi susu ganti gigi dewasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.