Adam dan Lala dah start cuti skolah yg panjang… cuti summer. Bad ambik cuti seminggu, so saya pun join jugak. Tapi tak rasa boleh pergi bercuti kemana2 yg jauh. Sekali sekala terdengar perbualan antara Adam & Adela, hati merasa terhibur. Itupun kalau mereka tak menyakat each other. “Adam, you laughed too much, setan makes you forgot Allah!” kata Lala. “No, Im not!” balas Adam sambil menggeletek Lala. “you see Adam, Lala tak laugh pun,” kata Lala sambil menahan gelaknya. Sure Lala dgn Adam teringat cerita saya kpd mereka yg Nabi Muhammad saw tak gelak kuat2, cuma tersenyum dan paling2 pun nampak gigi. Lala nakalnya dlm diam2, dia suka menyakat Adam dgn keadaan kami tak perasan. Sedar2, Adam dah menjerit, “Lala!” and saya pun akan suruh Adam supaya diam. Kadang2 Adam menangis disakat oleh adiknya. Walau macamana sekalipun, they both enjoy the company of each other, bangun pagi aja, Adam akan cepat2 kejutkan Lala (atau sebaliknya) utk bermain bersama.
Baru2 nih bawak anak2 keselatan, near London, visit sahabat lama kami, Abu & Ummu Ahmad, yg baru kehilangan putera kesayangan mereka, Ashraf yg sebaya dan pernah bermain dgn Adam. Kisah mereka ada dicatatkan oleh SaifulIslam dalam Belasungkawa Abu Ahmad. Ahmad Ashraf meninggal dlm tidur. Saya berasa sungguh terharu dan sedeh dgn cerita2 oleh Ummu Ahmad, saya hanya temankan beliau menangis. Tak tahu apa lagi yg hendak saya katakan padanya selain drp bersabar, yang betapa sayang kita padanya, Allah lebih sayang lagi pada dia. Saya seolah2 faham dgn kesedihan yg beliau alami. Saya juga seorang ibu, sama sepertinya. Memang redha dgn ketentuan Ilahi, tetapi kesedihan memang tetap ada. Nabi Muhammad saw pun menangis semasa kematian anakanda baginda, Ibrahim. Ummu Ahmad masih teringat2 dan terbayang2kan kaletah Ashraf, kerajinan beliau menemani ibunya bangun pada waktu pagi utk study ketika anak2 lain masih tidur. Saya paling tak tahan apabila mendengar adik2 Ashraf yg masih kecil bertanya kepada ibu mereka tentang kemana pergi abang kesayangan mereka.
Benda2 ni semua menyedarkan saya bahawa semua yg kita ada di dunia ini bukan milik kita. Anak2 juga pinjaman drp Allah, yg diamanahkan kpd kita buat sementara. Abu & Ummu Ahmad yg saya kenali adalah couple yg sabar dan kuat, saya percaya Allah tidak mensia2kan mereka. Allah tidak akan membebankan kita semua dgn ujian yg tidak mampu kita tanggung. Setiap keperitan ada balasan yg sangat indah drpNya. Semoga dgn pemergian Ashraf menjadi tiket mereka ke syurga utk membalas segala kesabaran mereka, amin.
Anak2 kusayang, kalian adalah pinjaman dari Tuhan, untuk menguji sejauh mana syukur ibu dan bapamu dlm mendidikmu, membesarkanmu, dan memberi secukup kasih sayang kpdmu.
Emm…sedih kalau kita sedih ibu arwah apatah lagi…
buat pengetahuan semua, abu&ummu ahmad baru di 'gantikan' dgn seorang putera semalam pagi. Semoga kelahiran baru ini menjadi penyejuk hati kpd mereka, amin.
askum akak?
awat makin hari makin susah nak membaca blog akak? warna pada background and tulisan amat2 le gelap sampai kena pakai kanta telescope nak membacanya.. hihihihihi apa kabor?
salam ellies….congrats…. baru tahu adam&lala akan dapat adik!!!!!
jaga diri baik2…