Selepas menonton cerita ni tadi, Bad dan saya teringat kisah2 lama. Ada beberapa similarities dlm cerita tuh dgn kisah cinta kami :). Sebelum saya berkahwin, I was an occasional purdah wearer, i.e saya kadang2 pakai purdah, kadang2 tidak, tapi dlm kebanyakan keadaan yg melibatkan berkumpul ramai2, saya pakai. So, Bad mmg jarang2 dpt lihat wajah saya, malahan, bila saya tanya dia lepas kahwin, dia tak tahu pun kalau2 saya yg dia sedang cakap dgn. Buat yg mengenali saya, selepas kahwin, saya pakai purdah dlm 2 tahun gitu, dan atas sebab2 tertentu, Bad dan saya decided that I am not to wear it.

Gambar ini di ambil pada tahun 1997 di Kota London, raya pertama kami sebagai suami isteri

So, antara kesamaan cerita itu dgn kami antaranya, Bad dan saya tidak bercinta sebelum kahwin, kami di ta’arufkan (diperkenalkan) oleh orang tengah yg kuat agama mereka, saya decided utk menerima Bad setelah istikharah, (kerana saya tidak mengenali hati budi Bad), dan Alhamdulillah saya sangat berbahagia bersuamikan lelaki sebaik dia. Mungkin ini yg dinamakan Mawaddah, Warahmah.

Kami berkenalan dan bercinta selepas kahwin.Tak tahu lah mengapa, semakin umur perkahwinan ini meningkat, semakin saya deeply in love with him, mungkin kerana saya semakin mengenali suami saya ini. Dulu2 saya sangka, bila semakin tua, cinta semakin layu.. sama layunya kulit di pipi.

Berbicara tentang poligami pula (sebab ada dlm cerita itu), saya memang tidak menafikan hak suami utk berpoligami. Saya sayangkan Bad sepenuh hati saya, saya sanggup buat apa sahaja agar dia gembira dan bahagia, saya pernah bertanya kepada Bad kalau2 dia ada mempunyai niat atau keinginan utk berpoligami. Bad cakap tidak, cukup la dgn saya je.. (hehehe nasib baik). Bukan mudah utk beristeri 2 kata Bad, keadilan, tanggungjawab, tarbiyah etc. Bila saya tanya diri saya secara jujurnya juga,.. saya masih belum mampu mendidik diri saya melawan perasaan tamak saya supaya memiliki suami saya hanya utk diri saya seorang. Saya masih belum mampu mendidik diri saya agar mencinta Allah lebih drp segala2nya, saya masih belum mampu semua itu.

Agaknya, Bad pun tahu, kalau dia punyai isteri lain, saya akan banyak berbuat dosa,… dosa menyakiti hati muslimah lain, dosa menyalahkan Tuhan, dosa menyalahkan dan menyusahkan suami.. Dan mungkin juga sebab dia juga takut dirinya berbuat dosa menyakiti hati saya, kerana dia tahu semestinya saya akan bersedih (dia tahu, sebab kalau saya mimpi dia kawen lain saya akan menangis teresak2 bila bangun drp tido 🙁 )

Pada saya, suami yg inginkan isteri selain seorang, perlu mendidik isteri pertamanya yg cinta pada Allah perlu lebih kuat drp cintanya kpd manusia, dia perlu didik isterinya tentang segalanya2 dlm hidupnya hanya utk Allah, semua yg dia miliki buat miliknya, tetapi milik Allah semata. Entahlah, Ya Tuhan, jgnlah engkau uji diri ini dgn sesuatu yg diri tidak sanggup… Saya masih belum sekuat dan secekal Aisya.

21 Replies to “Ayat-ayat Cinta”

  1. hurm…saya setuju..kita sama-sama belum sekuat aisya utk berkongsi lelaki tercinta…

    saya juga mohon Allah jangan uji saya dengan sesuatu yang saya tak dapat hadapi..

    anyway..nice blog..

  2. kita serupaaaaaaaaaa…
    bercinta lepas kawin ni semakin hari semakin cinta
    rasa kalo boleh nak berkepit je spjg masa haha…
    anugerah ALLAH pd kita kandi..lelaki yg baik dijodohkan dgn kita..alhamdulillah..bahagia sgt..

    hendak nya kita dlm keadaan aman damai selalu.bahagia rumahtangga,bahagia anak2..sampai anak cucu..aminn

  3. Assalamualaikum.
    Setuju dengan konsep bercinta selepas kahwin dalam Islam. Btw suka blog akak. Saya mengikuti since beberapa tahun yg lalu. Suka baca kisah hidup akak,ada family, anak-anak yang comel spt lala dan adam.Semoga akak dipermudahkan urusan untuk kandungan yang ke-3 ni.Dan berbahagia di dunia dan akhirat. Salam Ukhwah. =)

  4. manusia rumit,
    Allah tahu keupayaan hamba-hambaNya. Tima kasih visit.

    Kak Q,
    Asyik berkepit je eh? Jadi macam adat mat saleh, makin dah tua makin diorang jalan berpimpin tangan ke sana sini, guna2 tongkat sekali sesama. Suka Bad kalau akak ckp dia macam hero.

    Huda,
    Tak banyak org yakin dgn pilihan Allah perihal jodoh kita, bercinta sebelum kahwen tidak semstinya bahagia, kita perlukan keberkatan dlm kehidupan kan? Terima kasih atas kunjungan dan support.

  5. Salam kak Ellies…:-)

    Apa khabar,akak??…semoga berada di dalam keadaan sihat walafiat…saya suka bace blog akak…mmg ade dlm my favourite hunts list…:-)walaupun saya berhijrah belajar sampai ke UK ni,tapi saya tetap percaya pada jodoh yg Allah swt tentukan…saya juga percaya pada,wanita yg baik utk lelaki yg baik,begitu juga sebaliknya,kan akak…saya pun baru lepas tengok movie ayat-ayat cinta tu…dah sampai kat UK ni baru tengok..:-)kak Ellies kat Lancashire jugak ye?…dah lame ke akak stay kat lancashire??..dulu kak ellies study kat London kan??…macam mana akak boleh berhijrah ke Lancashire??…maaf akak,banyak pulak saya tanya…dekat lancashire ni susah nak jumpe melayu kan akak…hari tu masa saya ke grocery kat preston city,ada jugak jumpe malay,tapi mereka just ignore jer…terpaksalah senyum sorang2…:-) jaga diri baik2 ye akak…saya teringin nak ke avenham park kat preston ni…tak berkesempatan lagi nak pegi…:-)semoga Allah swt permudahkan segala urusan akak…salam…:-)

  6. Assalamualaikum w.r.t
    maaf jika off topic..
    tapi saya dah lama mencari nasyid asal> Harapanku subur kembali versi asal (nadamurni) bukan saujana. Kebetulan dalam post saudara ada menyebut masih memiliki nasyid tersebut. Dah 4 tahun saya cari sesiapa yang mempunyai kaset asal kerana saya sedang mengumpul balik nasyid2 lama yang lebih bersifat dakwah. Sudi kiranya dengan berkongsi even macam manapun kualiti audionya

    T.Q

  7. Dear Faiza…

    Kejap.. banyak soalan awak saya nak kena jawab satu-persatu..Family dan saya sihat wal’afiat, alhamdulillah. Ye benar kami kat Lancashire, tapi tak dekat dgn preston, kitorang ke selatan lagi, dekat dgn Bolton. Duduk rumah yg nih baru je 4 tahun, tapi sebelum nih dah pindah merata2 UK, dari London, Wales, North Yorkshire sampai lah akhirnya ke sini.. bilangan pindah rumah tuh takyah cerita la, byk sgt, tapi Insya-Allah yg nih lama kot. Memamg kadang2 ada org Melayu yg sombong tak tegur, apa nak buat, takpe.. senyum tu pun dah dapat pahala sedekah.Semoga selamat segalanya utk iman dan pelajaran Faiza.

    Dear Anonymous,

    Saya memang ada lagu tuh, tapi dalam kaset, belum ada lagi alat utk saya convertkan dia ke digital qualiti. Hari tuh saya ada jumpa satu website yg ada mp3 lagu tuh, nanati saya carikan ok? dah lupa nama website tuh. Insya-Allah. Terima kasih atas kunjungan.

  8. terima kasih…
    saya jumpa banyak mp3 yang versi sujana.. bukan versi nadamurni.. nadamurni punya xder instument dan lagi feeling, anyway t.q… will wait..

  9. Salam kak Elis. I want to share my thought of two point:-

    1) My story the same as you. Bercinta lepas kahwin. Dirisik oleh naqibah. Keluarga suami kenal dulu then naqibah tanya ana. No need more words. Both of us has went through indeed it is beautiful. Semalam dok sembang dengan suami. Rasanya perasaan nak bercinta dan jatuh cinta ni sama je proses dia. Either sebelum kahwin dan selepas kahwin. Cuma selepas kahwin, ianya halal dan mendapat pahala. Dikira ibadah lagi. Pandai bawa membawa berkah lagi. Cinta kita penting ikhlas namun di situ Allah cipta nafsu, indeed between cinta suci suami isteri (actually cinta suci ialah cinta yang ikhlas dan tulus bukannya tiada kehendak2 lain seperti peluk cium etc) Allah beri kehendak nafsu. Tapi selepas kahwin, dikira nafsu yang halal lagi diredhai. Disalurkan dengan halal.

    Before kahwin, perasaan cinta sama. Tetapi tidak halal malah tidak sepatutnya disalurkan lagi.
    Berapa ramai yang kata cinta mereka suci dan murni. Tetapi kehendak kepada hugging.

    All of the acts is the acts of love. Nafsu diberi untuk menyalurkan kasih sayang. Tetapi sebelum kahwin, cinta dan nafsu itu haram disalurkan. Sebab keduanya saling berkait rapat. Tidak dapat dipisahkan.

    Jadi, Allah mensyariatkan Pernikahan sebagai saluran menyalurkan cinta dan kehendak melaksanakan cinta (act of love) dengan nafsu untuk memeluk sebagai tanda cinta.

    Kalaulah kita faham, hikmah pelaksanaan syariat Nikah dan mengapa Islam tidak bagi bercinta (tapi Islam tidak halang perasaan cinta seorang diri dan hanya dalam diri) hanya untuk menyelamatkan diri dan hati.

    Ibarat kata suami, sangat nipislah cinta sebelum kahwin untuk tidak sampai ke peringakat nafsu.

  10. 2) tentang ayat-ayat cinta dan adapatasinya. Kak Elis dah baca buku dia?

    The movie itself is beautiful. Of course since it been directed of of prominent director in Indonesia.

    Tetapi sayangnya, almost 85% value dan essence dari buku tersebut tidak dapat diadaptasi dengan baik dan menyentuh. Seolah-olah buku is another world dan the film story is another world. Cuma meminjam latar cerita sahaja.

    Mengapa saya berpendapat begini:-

    1) Pertama, buku tersebut bukan tentang poligimi Malahan, Fahri tidak bernikah dengan Maria, kemudia Maria menjadi saksi dan Maria kembali di katil hospital.

    Maria mati dalam cinta pada Tuhan. Setelah mengucapkan Syahadah. Setelah bersyair memuji kekasih hatinya. Setelah memilih Allah daripada manusia.

    Ayat-ayat cinta pada Allah. Setelah memilin ayat-ayat cinta.

    Sya juga sama dengan akak, bolehkah kita memelihara hati dari karat mazmumah dan terus menjadi isteri yang dapat bermujahadah dgn ikhlas andai suami berkahwin. Sy tidak tahu dan mampu.

  11. Masya-Allah,

    Terima kasih Nai atas perkongsian ilmu. Tentang bulu tuh, saya baru je start baca mlm tadi (baru dpt in pdf form) and baru je baca 1/3, dah nampak dah byk perbezaan di dalam adaptasi dgn movie. Bukunya lebih bagus, terdapat banyak ilmu/pengajaran drp penulisnya and saya dapat membyangkan dgn lebih baik lagi suasana di Mesir berbanding dgn movie..

    Nai, I wish I have the same opportunity like you did, as a student in the university of al azhar. Kalau tak dapat pun, Insya-Allah satu hari ingin sangat melawat bumi anbiya ini. Lain sgt rasanya duduk di negri omputeh nih. Sekali lagi terima kasih atas kunjungan dan pendapat.

  12. Assalamualaikum K Ellies,

    Subhanallah!!! I am so glad to find you here. Mungkin akak tak ingat saya. Tapi saya masih ingat kat akak. Your young ones are so adorable.
    Kak Ellies, when I read your postings I felt like you are right infront talking to me, your writing sounded just like you. By the way the name is Atikah. Keep on writing ya akak.

  13. Dear Atikah,

    Seingat2 saya, ada 2 org Atikah yg memanggil saya dgn gelaran kakak yg saya kenal. Ini Atikah yg mana satu ye?

  14. Assalamualaikum K Ellies,

    thanks for trying to recall 🙂 I used to stay in Sheffield. Sebaya dgn Nikmah and Alina (isteri wan saiful) hope these info help. Anyway, glad to hear from you.

    atikah

  15. Assalamualaikum K Ellies,
    dah betul lah tu… terharunya akak boleh ingat nama penuh saya 🙂

    Bila due? Jaga diri ya. Mudahan selamat dgn izin Allah.

    Akak, sorrylah saya berjejakkasih pula and kacau entry akak, kalau ada masa my email meakadri@yahoo.com

    catch up later ya.

  16. dearest kakak…
    sy diuji oleh Allah…sy terlibat dgn poligami…perit n pedih…tiang arasy sy bergoyang dek kerana amarah…tp suami tetap xnk biarkan tiang arasy itu runtuh….ermmmmm…speechless rasenya…wpun sy isteri yg pertama…tp peritnye ttp sama…mane ade isteri yg sanggup berpoligami…tp apa yg sy sematkan dlm hati kata2 dr. muhaya…Allah nk bg sy pahala yg berganda2 yg org pmpuan lain xdpt….akan tetapi luka tetap luka…wpun boleh sembuh…sakitnye ttp ade dlm minda…semoga ade kekuatan…ameeennn

    1. Dearest Nor Fauzani, Allah takkan memberatkan seseorang melainkan sesuai dgn kemampuannya. Semua ujian2 yg Allah kurniakan untuk hambaNya adalah untuk menaikkan mereka ke taraf yg lebih tinggi. Semoga dikurniakan syurga di atas kesabaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.