Masa saya kecik2, kata mak saya sakit. Sakit apa pun saya tak tahu. Tapi mengikut kata mak, bila senja je, saya terduduk kat ceruk rumah, mata saya terbelalak pandang sana sini kata nampak hantu. Saya kata dinding rumah semua nak roboh jatuh kat saya (saya rasa saya ingat nampak nih semua). Kalau time siang2 yg biasa, kalau ada jiran2 buka radio, saya tak boleh lansung dgr bunyi berdengung.., saya rasa takut sangat. Mak banyak habis duit utk ubatkan saya, doktor kata saya tak sakit, berapa byk bomoh mak jumpa taklah saya tahu. Disebabkan itu, mak bimbang saya tak akan dapat membesar seperti kanak2 lain, saya tak ke skolah tadika, saya akhirnya sembuh bila ada sorang pakcik nih kata mak, ubat saya dgn ayat quran. Saya masuk tadika 2 weeks before skolah tutup (lewat), then masuk darjah 1. Masa antara explanation mak kat Bad, ada antara symptoms saya tuh macam epileptic fit, tapi Alhamdulillah sekarang saya dah baik. Cuma, tanda2 yg sikit2 je tinggal, yakni tokleh terkejut dan selalu sgt ternampak bebenda Dejavu (ada scientist ckp org yg selalu nampak Dejavu tuh bekas2 epilepsi, activiti otak yg tidak keruan).

So masa skolah, darjah 1, baru saya nak start macam budak2 lain. Semuanya saya rasa baru bagi saya. Banyak cakap, banyak kawan, saya happy.Tapi kalau kat rumah, bekas2 yg saya tak keluar bemain tuh still ada. Mak selalu bimbang kalau saya keluar, so mmg dari kecik2 selalu tak keluar. Sekolah saya jugak sangat jauh drp rumah. Mak sengaja hantar kami ke skolah ‘orang putih’ kat bandar (instad of skolah kebangsaan), so saya takde join sekolah agama petang, hnaya kelas mengaji yg jiran jalankan saya boleh pergi. Masa awal2 zaman mengaji, saya banyak hafal je.. saya tak faham kenapa ayat tuh bunyi jadi begini dan begitu. Dari sorang guru ke sorang guru saya berpindah. Sampailah satu hari saya (dah naik quran) ngaji dgn Allahyarham pakcik Taib. Pakcik Taib perasan yg saya mengaji sebenarnya saya hafal apa yg diajar tanpa tahu baca sendiri ayat baru walaupun dah naik quran. So dia suruh saya mula balik start drp awal albaqarah dan mengeja semuanya… Pakcik Taib sangat garang, dan Alhamdulillah kerana beliau saya pandai mengaji sendiri. Masa tuh saya darjah 3. Semoga Allah memberi banyak2 pahala kepada Pakcik Taib. Disebabkan terlalu ramai anak murid di rumah Pakcik Taib and selalu balik lambat, mak alihkan saya kemudian ke rumah seorang belas Qariah Melaka atau mak andam org panggil sebab dia juga mak andam (dia yg solekkan saya masa saya kawen). So saya dan adik saya Ina, berdua je yg ngaji (+ belajar lagu) rumah mak andam termasuk anak2 dia. Masalah nak pi umah mak andam nih, jalannya gelap, takder api kat simpang, and selalu bila tiba kat simpang tuh, saya dan Ina akan lari sekuat hati sambil baca bismillah sekuat2 hati kami balik ke rumah (seram hantu gitu). Last sekali saya ngaji kat jiran dkt dgn rumah, rumah Kak Yah sampai saya khatam darjah 6.

Saya nih, hanya orang biasa.. Bukan ustazah atau belajar aliran agama. Apa2 benda agama yg saya belajar mostly drp yg skolah ajar.. betapa la sikitnya ilmu yg saya dapat. Tapi saya sangat dahagakan ilmu masa tuh. Rasa ketinggalan bebenda agama berbanding dgn kawan2 yg pergi skolah agama petang. Mana2 pamphlate agama saya simpan elok2. Nasib saya baik sebab dapat masuk asrama masa tingkatan 1, walaupun bukan skolah agama, tapi byk pelajaran agama yg saya belajar situ. Paling byk saya dpt masa masuk MRSM, mostly masa tuh daripada seorang cikgu saya yg mengikut al-arqam. saya sgt kagum dgn ceramah2 beliau. Kalau time kuliyah (time budak lelaki p solat jumaat) ustazah lain bagi ceramah saya akan tertido, tapi kalau dgn cikgu arqam nih saya akan dgr dgn sepenuh hati. So, saya start pakai tudung masa hujung tingkatan 4, nanti saya lengkali nak cerita pasal tudung pula insya-Allah.

Lepas peksa SPM, saya bekerja kat sebuah kedai menjual buku2 agama dan ubat2 tradisional kat Melaka.. hanya kerana saya excited nak baca buku2 agama. Pakcik Umar (seorang Arab) boss saya pulak, benarkan saya pinjam buku2 jualan dgn syarat saya bawak balik semula dgn keadaan bagaimana saya jumpa (i.e. bersih, tak kelomot, tak nampak terpakai). Saya kerja yg branch pakcik Umar yang dekat Kampung Jawa, saya tak tahu wujud atau tidak lagi Kpg Jawa nih sekarang, tapi dia nih macam pasar, bukan kedai2 besih gitu. Tiap2 pagi abah hantar saya pi kerja awal (sebab abah kena kerja start kul 8 and saya takmo naik bas sebab berhimpit, lagi suka abah hantar) so kul 7.30 saya dah duduk kat tangga sebuah office lawyer, sambil menunggu kedai saya buka pul 9 pagi saya akan menghabiskan masa dgn leka membaca apa2 buku yg saya pinjam. Pakcik lawyer tuh sebelum masuk office akan selalu nampak saya baca buku kat tepi tangga dia, pernah dia tanya kalau saya pandai buat kerja menaip atau bebenda office, saya kata tak tahu. memamg saya tak biasa pun masa tuh, and sebab saya takmo tinggalkan kerja kedai buku tuh, nanti tokleh pinjam buku lagi. So.. selama 3 1/2 bulan kerja kedai pakcik Umar, macam2 jenis buku yg saya baca. Mana2 yg saya suka, saya akan beli and pakcik Umar akan bagi diskaun. Lepas saya berangkat ke luar negara pun, bila balik cuti kesempatan ke kedai pakcik Umar saya akan beli buku drp dia. Skang, dah lama saya tak ke situ, tak tahu la samada pakcik Umar masih ada atau tidak.


Saya teringat bebenda nih semua semasa saya muhasabah diri saya. Saya ini kurang sgt pengetahuan agama, byk yg dpt cedok drp buku, manalah boleh pakai sangat sebab tidak berguru. Saya sgt cemburu dgn kawan2 dan bloggers yg berpeluang belajar agama secara formal, yg dapat ke timur tengah, yg dapat direct drp guru2. Dah lah semenjak kebelakangan ini, susah sgt saya dapat sertai mana2 majlis agama yg ada di UK,… hati benar2 terasa ketinggalan. Iman manusia naik dan turun, hati saya kelaparan… Hanya kepada Allah tempat mengadu, siapakah yg paling baik ajarannya selain drp pengajaran drp Allah. Kadang2 ilmu dtg drp arah yg tidak disangka2, drp anak2 kecil, drp keadaan sekeliling, drp org kafir….. Tapi bila kita sgt leka dgn dunia, kita kurang nak perhatikan tanda2 kebesaran Allah di sekeliling. رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا

Semoga Allah memberi kami petunjuk, ilmu yg berguna, amal yg soleh dan anak2 penyejuk hati, syurga yg kekal abadi, amin.

13 Replies to “Ilmu”

  1. Salam perkenalan buat Ellies…

    Suka sangat baca semua entry di blog ni…dah lama jd silent reader..really admirer your thought and yourself. We've met once at Raja/Ila's open house during the last raya….sebelum tu selalu dok bayangkan mcmana le rupanya Srikandi@Ellies ni…bila dh jumpa, segan pulak nk bgtahu yg kita ni selalu baca blog ni..hehehe.

    Berkaitan dengan ilmu agama ni,saya pun hanya mendapat ilmu asas melalui proses pembelajaran di sekolah rendah & menengah..dan jugak masa buat diploma di ITM. Mak & Abah bekerja kuat cari duit untuk besarkan kami 5 beradik…diakui mmg kurang sgt bagi pendedahan pd bab2 agama kecuali yg terlalu asas. Cumanya saya mempunyai kesedaran & keinginan nk pakai tudung lebih awal lg..masa darjah enam, saya pakai tudung (tp mcm uniform sekolah..kt rumah atau jalan2 tk pakai pun). Bila diingatkan zaman remaja@ zaman sebelum berkahwin, mmg rasa berdosa sgt…byk sungguh kenakalan saya yg membuatkan hati mak & abah terluka. Tapi alhamdulillah, Allah jodohkan saya dengan seorang lelaki yg saya kenali melalui cinta sebelum kahwin…beliau berjaya mendidik saya menjadi saya sekarang…yg saya rasakan lebih baik dari diri saya yg dulu. Sejak berkahwin lah saya selalu menyertai kelas2 agama di surau-surau…belajar Fiqah, belajar Sirah, dengar ceramah sana sini…tp aktiviti tu makin lama makin berkurang sejak ada anak (alasan yg tk kukuh). Alhamdulillah kami juga telah melalui pengalaman mengerjakan haji pada umur saya 30 tahun..pengalaman yg tk mungkin dilupakan…kenangan paling manis dalam hidup. I wish I can be there again…rindu.

    Alamak..panjang le pulak komen ni…dh buat mcm blog sendiri pulak. Maaf ye…sekadar nk berkongsi pengalaman…

    Take care…
    (maaf saya belum sedia utk kenalkan diri..hehehe…nanti2 lah ye)

  2. Salam ASB, terima kasih kerana sudi membaca bicara2 kecil saya yg tak beharga. rasanya macam boleh agak siapa nih, sebab masa yg jumpa kat rumah Raja/Ila hari tuh tak la ramai sgt.. ehehe…(bila saya terserempak lagi dgn awak nanti saya akan tanya, Insya-Allah)

    Kalau asb nak berkongsi cerita di sini apa salahnya.. itu guna blog, kita saling tukar bertukar fikiran, pengalaman, happiness, sadness..

    Apa2 hal pun, salam perkenalan di alam cyber…

  3. Salam Perkenalan…Nama saya zura.
    saya baru 1st time bace blog srikandi ni…tak tau ar camne leh termasuk ke blog ni.Tapi ape pun,saya akan terus melayari blog ni dari masa ke semasa.InsyaAllah. Anak2 you comel belaka…suke saya tengok.Bersyukur ke hadratNya kerana mengurniakan anak2 yang sangat comel dan sejuk mata memandang…

  4. Assalamualaikum. Salam Aidiladha.

    Experience sy lebih kurang sama dengan akak.Ilmu… Ilmu Allah yg sangat luas. Semakin banyak kita belajar, semakin banyak yg kita tak tahu sebenarnya.

    Alhamdulillah cuti semester ni sy sempat mengikuti pengajian pondok Baitul Qurra’ di Melaka selama 2 minggu, di mana program ni memang dikhaskan utk pelajar2 IPT atau pelajar sekolah utk mengaji ktab di situ.

    Menyedari kekurangan ilmu g wajib kt pelajari ni, maka pergilah s ke program tersebut. Antara kitab yg kami pelajari ialah Kitab Tauhid, Kitab Fiqah, Kitab Dakwah, Tajwid dan sebagainya.

    Insyallah berhajat utk menuntut ilmu yg sy sendiri x dpt pelajari di universiti.

    Take care sis..

  5. Thanks Ismi Huda, bila ada peluang, pergilah merebut ilmu2 yg dicurahkan. Bila sibuk dan bermacam2 hal lagi (mcm saya sekarang), rindu pulak suasana tu 🙁

  6. Elies pakcik Umar ada lagi..kedai dia dah beralih ke Melaka Central.
    Pakcik Taib Dah lama meninggal dunia..Mak andam ada lagi..cuma kekadang je dia sakit..lebih kurang macam mak kitalah…
    Actually we are very proud with you..semua ilmu yang kau dapat hari ini datang dari Allah atas kesedaran hati dan nurani…sebenarnya hari2 yang kita jalani adalah ilmu yang paling berguna sekiranya kita menyedarinya…semuanya datang dari Allah yang maha esa…

  7. ..apasal tiada komen atau ulasan dari puan punya blog akan update dari cik elyzah ni?.. juz curious je sambil sedikit hairan.. walau pun kita tiada kena mengena dgn melaka namun bergenang airmata bila baca catatan cik elyzah tu.. dunno why..

  8. cik/encik kita, maaf saya dah lama tak menjenguk blog nih atas sbb2 tertentu. Kenapa kita berprasangka begitu pula? pelik saya. Elyzah tuh kakak kandung saya, saya contact dia hampir setiap hari. kalau saya tak balas coretan dia sini pun, saya selalunya bals kat blog dia. Bak kata kakak saya (elyzah) dunno why… ehehe…

  9. ..ooo.. kakak kandung.. glamer betul nama puan 2 beradik ni.. hehe.. how many siblings do u hv.. sapa plak nama ibu puan.. kita bukan la berprasangka apa2.. cuma terpanggil pulak nak komen bila puan elyzah ceritakan kisah pak taib dgn mak andam tu.. diorang tu husand n wife ke.. biasanya mak andam ni doesnt come up in evryday conversation.. so ni mungkin ada cerita tragic or nostalgic.. besides.. ngapa puan elyzah used the phrase..”actually we are very proud of you”.. “we” tu in reference to mak andam n pak taib n pakcik umar.. apa sebelum ni tak pernah dizahirkan kebanggaan kakak kpd adik or.. kakak telah byk berkorban demi kejayaan adik.. or adik was n still mom n dad’s favourite child.. sensed a tinge of bitterness..

  10. Apa2lah yg awak nak fikirkan 'kita'. In this case I reserve the rights to share or expose anything I like, 'we' as in my sister & myself have already have some reservations about u. And 'we' came to a decision that we dont have to justify anything or whatever we decided to do, to u. Sorry. U are just too fishy.

  11. eh eh Elies,sapalah cik/en kita tu?sorrylah if my first comment in your blog jadi controversi hehe…but angah terpanggil untuk beri explanation pada ‘kita’.We yang saya maksudkan disini adalah kami sekeluarga…mak,abah adikberadik..sebab Elies ni mmg begitu istimewa buat kami sekelurga,membuka hati kami untuk menjadi contoh yang terbaik…kepada adik-adik dan juga saya seorang kakak…alhamdulillah dan bersyukur sangat2 mempunyai adik seperti beliau..teman ketawa dan menangis walaupun kami berjauhan…

  12. ..eh!.. baru 2 komen kita dah jadi persona non grata kat blog ni.. n being labelled as too fishy.. amazing!.. c’mon la puan.. kita juz bertanya je n mmg its entirely up to puan pny discretion samada nak berkongsi apa2 pun..

    ..btw thanks to puan elyzah for another startling revelation.. ur 1st ever comment?.. since this blog came into being april 2005.. where were u been hiding?.. agreed ur lil sis mmg special indded..

    ..apa pun puan berkuasa penuh ke atas komen dlm blog ni.. kalau kehadiran kita telah mengerohkan suasana aman damai di sini kita menyusun jari 10.. meminta maaf.. no hard feelin ye..

    ..ppl in gaza currently under seige.. kita sibuk kacau n ganggu blog org pulak.. should hv spare some thots to them.. so once again maaf ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published.