Masa kecik2, kalau fikir tentang cita2,… saya susah nak decide nak jadi apa bila dah besar…Bila saya suka melukis, saya ingat nak jadi arkitek, bila saya suka sejarah saya ingat nak jadi archiologis, bila saya suka fizik ingat nak jadi engineer, bila suka biology nak jadi doktor, bila saya rasa saya pandai melawan.. rasa nak jadi lawyer… basically.. saya takder cita2 yg bebetul..Bila saya tanya kat mak apa patut saya jadi, mak saya cakap,”kau jadi lah doktor… glemer”. Tapi saya rasa saya suka nak jadi engineer, bila saya bagitau abg ipar saya yg engineer, dia kata,”org pompuan engineer susah, nak kena deal dgn mamat indon kat site.. kau nak ke?” Of course dia bercakap tentang civil engineering macam kerja dia.
Bila saya form 5 kat MRSM, nak kena isi borang utk mock interview dan utk senang isi borang UPU, cikgu paksa letak pilihan course apa yg kita nak buat kat universiti nanti. Ikut cakap mak doktor.. so saya letak je la doktor kat situ. Tapi mlm tuh saya solat istikharah dan saya bermimpi… Mimpinya saya sedang melihat kanta mata, dan di luar tingkap bilik saya itu ada snow. Saya bangun pagi dan tuliskan benda ni dlm dairi saya (ada lagi proof dlm diari tu) dan saya ceritakan pada room mate saya. Pastu saya tak ingat lagi pasal benda ni sebab dah nak exam SPM etc. Masa saya form 5, saya rasa, saya baiklah jugak.. otak saya tak fikir benda lain selain study, saya minah surau, kuat study, kuat solat dan kuat mengaji. Dalam zaman tuh saya selalu bermimpi, dan saya suka letakkan mimpi2 saya dlm diari saya tanpa beritahu orang lain.
Masa pun berlalu… saya dapat offer ke UK utk melanjutkan A Level. Bila sampai ke UK kami beramai2 di bawa melawat tempat2 menarik dan especially ke university Oxford dan Cambridge sebab kami di bawah program yg dinamakan BTU (British Top Universities) yg sebelumnya juga dikenali sebagai OxBridge (kononnya budak2 dlm program nih sepatutnta pi either oxford or cambridge) tapi zaman kami diorang dah luaskan kpd more top uni, sebab certain uni best at certain subjects. Tapi yg peliknya, masa di bawa melawat ke cambridge.. saya ingat tempat itulah yg saya mimpikan, exactly the same, dan rasa dejavu (spt yg saya cerita dlm blog saya sebelum nih, saya selalu dejavu sebab bekas2 epilepsi, otak saya tak betul). Selepas drp peristiwa itu, satu persatu mimpi2 saya jadi dejavu, tapi saya tak berani nak bagitau sesapa, takut org kata saya poyo dan takut saya punya otak makin tak betul. So saya ignorekan saja.
So lepas A level saya buat medicine kat Imperial College London, still tak keluar lagi kenyataan mimpi kanta dan luar snow tuh.. And seperti cerita saya yg lepas2 dlm blog nih, saya then tukar course mechanical engineering.. still takder lagi pasal kanta.. so saya just simpan sahaja memori tuh. Masa berlalu, berganti, berumahtangga, ada anak, pindah sana sini, jadi suri rumah…Tiba2 macam dlm blog nih punya post yg kononnya saya boring dan nak merubah dunia, saya decided nak buat masters dlm bidang medical engineering (combining my medical dan engineering knowledge) and sebab boring tak buat apa kat rumah (kononnya). The rest mcm dlm entry blog ini. Pastu, at the endof the MSc course,kena pilih project apa nak buat, saya pilih nak buat nanoengineering sebab saya minat bahagian itu. So ketuk bilik supervisor utk menyatakan minat. Sebelum saya buka mulut, Dr. Williams cakap actually dia nak buat satu offer pada saya, yakni satu satu place utk PhD dalam bidang biomaterial/ophthalmology yg di taja oleh EPSRC (Engineering and Physical Science research Council UK) dan sebuah company (so, double scholarship), and dia rasa saya sesuai ambik this place. Alhamdulillah, rezeki saya datang. So saya grab the chance sebab bukan senang nak dapatkan offer sebaik itu.
Captions utk gambar2: atas sekali kiri, bidang saya. menanam cell atas material yg di cipta manusia untuk di tanam di dalam mata (bawah retina) utk org rabun/buta. Kanan atas, cells yg di ambil drp mata manusia untuk kajian. Bawah sekali, antara image2 dlm experiments saya.
p/s: terima kasih kepada seorang sahabat yg bersusah payah mengepostkan hadiah daripada Malaysia utk saya.. Semoga Allah membalas segala usahanya dan membalas kasih sayang beliau dgn yg lebih baik lagi.
Seronoknya pejalanan hidup kak Ellies. Cemburu pula saya. Ntah bila agaknya sy dpt kuar dr kepompong ni, merantau melihat keindahan bumi Allah. Sy impikan seme tuh tp mungkin mustahil tuk dicapai.
takde apa yg mustahil dalam hidup ini Eriyza, kita hanya perlu berbekalkan semangat, keyakinan, keberanian, usaha yg berterusan dan tawakkal sebanyaknya kpd Allah. Kalau kita belum mencuba kita tak akan tahu. Just give it a go…Selagi maut belum menjemput kita
Salam Ellies, belum bersalin lagi? Saya doakan semoga slamat semuanya.Amin.
kandi,
harapan akak harap kandi sentiasa sihat dan selamat semua nya ye
Tima kasih Fikriah, kak Q…. doakan kitorang eh…
Salam…lama tk jenguk ke sini…ingatkan dh bersalin..rupanya masih menunggu hari ye. Semoga selamat dan sihat ibu & anak…
wassalam
Anis
solat istikharah akk, bagi tarikh yang lamaa, baru akk terigt balik..
sebelum nur masuk u pun solat istikharah jugak.. lepas setahun nur dah jumpa mimpi nur..
huhu
nur pun selalu mimpi2,,
selalu macam petanda on what going to happend..
dah happend nnti terigt
huhu
Moga selamat dan dipermudahkan untuk akk deliver baby nanti..
Amenn.
Anis Sazira, Cahaya,… terima kasih atas doa…
Salam,
Saya dah lama jadi silent reader blog ni….masayAllah rasa bersyukur sgt menjadi pembaca bolg nie, especially bila terbaca entry nie. Izinkan saya utk bertanya lanjut tentang research ni….utk baby saya…harap email memberi peluang dan harapan utk baby saya. Amin.