Sepanjang mengandung 9 bulan, pada saya bukanlah sesuatu yg mudah. Muntah, loya, lemah, sakit sana sini (tak caya boleh tanya kat Bad), hanya doa semoga Allah mengampunkan segala dosa saya dgn kesukaran itu sahaja yg membuatkan saya bersabar hingga ke akhirnya.
Ramai orang bertanya, sakitkah ketika melahirkan anak? Jawapan saya, tak semua orang mempunyai pengalaman yg sama, ada orang mudah, ada yg susah. Agaknya, orang yg banyak dosa seperti saya sakitnya tentu lebih sebagai kiffarah (pembalasan) dosa. Sakitnya seakan hampir putus nyawa saya dibuatnya (sebab saya tak ambik pain killers, hanya guna gas utk mengkhayalkan). Saya menggunakankan segala kudrat dan tenaga yg ada utk melahirkan.
Ketika anak selamat dilahirkan, dia dipindahkan straight ke atas tummy saya (tanpa dibersihkan terlebih dahulu sementara menunggu uri keluar), saya melihat dia,…… sayu… syahdu… syukur sebanyaknya kepada Allah kerana mengurniakan anak yg begitu sempurna sifatnya, sungguh cantik pada mata saya, hilang segala kesakitan yg saya alami, hilang segala rasa kesusahan sepanjang 9 bulan yg lalu, sungguh! Saya terus rasa jatuh cinta kepada anak yg selama dia berada di dalam perut saya, saya selalu berbual dgnnya….. “Assalamu’alaikum baby.. akhirnya kita ketemu jua…” Bad masa saat itu berjurai air matanya.. air mata gembira dan kesyukuran. “Allahu Akbar… Allahu Akbar..” pada telinga bayi Pictures from Bad’s blog
Selepas bayi lahir juga bukan sesuatu yg mudah. Minggu2 awal, baby akan bangun setiap jam untuk menyusu pada waktu malam. So.. kena banyak2 bersabar mengorbankan waktu tidur, itu tak termasuk kalau2 ibu2 yg ada masalah kesakitan lain. Masa saya lahirkan Lala, saya terpaksa melalui operation sebab Lala menyonsang. So setiap kali saya cuba bangun, perut rasa sangat sakit, batuk pun rasa sakit. Ada juga saya dgr drp sahabat2 saya yg mengalami kesakitan yg amat masa menyusukan anak, tetapi mereka bersabar.. hanya kerana.. ingin memberikan yg terbaik untuk anak mereka.
Masa Bad tgk saya dgn segala susah payahnya, dia bertanya,”kenapa Allah buat perempuan rasa semua sakit ye? sakit mengandung, bersalin, menyusu? Kenapa bukan lelaki, kaum yg kuat merasa semua tu ye?” Allah Maha ‘Adil mungkin di sebalik kelemahan kaum ibu ada kekuatan yg sangat tinggi. Pada saya kekuatan itu adalah pada perasaan kasihnya. Allah mengurniakan secebis daripada sifat kasih sayangNya kepada para ibu untuk mengasihi anak mereka.
Kebelakangan ini, banyak sangat kisah bayi di buang yg saya baca drp suratkhabar Msia. Saya tidak tahu apa yg sedang di fikirkan oleh ibu yg susah2 sakit melahirkan anak berseorangan (sungguh kuat, kagum!) lantas membuangnya tanpa ada perasaan kasihan? Sedang haiwan pun tahu menyanyangi anak. Mungkin perasaan malu dan takut melebihi perasaan kasihnya pada ketika itu..
Lately, saya asyik terfikir beberapa kisah daripada Al Quran dgn satu sudut yg lain; drp perasaan seorang ibu. Saya teringat tentang kisah Siti Hajar dan kisah ibu kepada nabi Musa a.s.
Bayangkan sahaja bagaimana yg Siti Hajar alami, anaknya kehausan di sebuah padang pasir yg gersang, bagaimana beliau berlari ulang alik kesana sini sehingga 7 kali, saya dapat bayangkan kepanikan beliau. Saya respek betul dgn Siti Hajar, lansung tidak komplen di tinggalkan suami berdua dgn anak kat padang pasir kering kontang, dah tu Nabi Ibrahim tak balik lama, Siti Hajar boleh terus didik Nabi Ismail supaya menghormati ayahnya, i.e tidak lansung memburuk2kan beliau, sampai tahap Nabi Ibrahim nak sembelih pun Nabi Ismail taat.. begitu canggih sekali didikan Siti Hajar pada anaknya, and sampai Ismail boleh taat bila Nabi Ibrahim yg jarang2 kembali suruh dia menceraikan isterinya…. Saya respek sungguh dgn Siti Hajar!
Saya terfikir apakah perasaan ibu nabi Musa a.s ketika menghanyutkan nabi Musa dia dalam bakul…hanya kerana ingin menyelamatkan Musa daripada di bunuh Firaun derhaka. I mean, seorang ibu yg baru melahirkan anak yg sgt disayanginya.. nak buang ke laut? Bagaimanakah perasaan seorang ibu yg beriman ketika menyerahkan segala kepercayaannya kpd Allah SWT.
وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ أُمِّ مُوسَىٰ أَنْ أَرْضِعِيهِ ۖ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ وَلَا تَخَافِي وَلَا تَحْزَنِي ۖ إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami. (Al Qasas:7)
Bayangkan perasaan Ibu Musa yg mendapat 2 sekali berita gembira dalam satu ayat; tentang janji Allah utk mengembalikan kembali Musa kepadanya, dan mengangkat Musa menjadi salah seorang Rasul. So, ibu nabi Musa menyuruh sorang lagi anaknya, yakni kakak nabi Musa utk mengekori bakul itu.
وَقَالَتْ لِأُخْتِهِ قُصِّيهِ ۖ فَبَصُرَتْ بِهِ عَنْ جُنُبٍ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
Dan berkatalah dia kepada kakak Musa: Pergilah cari khabar beritanya. (Maka pergilah ia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya. (Al Qasas:11)
Rancangan Allah mengatasi rancangan manusia, siapakah sangka rancangan Firaun utk membunuh semua anak2 lelaki yg lahir di negerinya, tetapi anak yg dimaksudkan di hanyutkan sendiri di dalam istananya.
وَقَالَتِ امْرَأَتُ فِرْعَوْنَ قُرَّتُ عَيْنٍ لِي وَلَكَ ۖ لَا تَقْتُلُوهُ عَسَىٰ أَنْ يَنْفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَدًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun: (Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak. Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya). (Al Qasas:9)
Wanita itu adalah Asiah, seorang wanita beriman yg Firaun tertarik kpdnya kerana kecantikannya, yg mengugut akan membunuh ahli keluarganya sekiranya tidak mengahwini Firaun. Asiah berjaya melembutkan hati Firaun yg keras…Firaun menjawab,”cahaya mata bagimu dan bukan bagiku..!”
Sementara itu, ibu nabi musa merasa risau. Tetapi kerana yakin dgn janji Allah maka beliau bersabar.
وَأَصْبَحَ فُؤَادُ أُمِّ مُوسَىٰ فَارِغًا ۖ إِنْ كَادَتْ لَتُبْدِي بِهِ لَوْلَا أَنْ رَبَطْنَا عَلَىٰ قَلْبِهَا لِتَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah). (Al Qasas: 10)
Sementara itu, Nabi Musa tidak mahu menghisap mana2 susu drp wanita lain.
وَحَرَّمْنَا عَلَيْهِ الْمَرَاضِعَ مِنْ قَبْلُ فَقَالَتْ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ أَهْلِ بَيْتٍ يَكْفُلُونَهُ لَكُمْ وَهُمْ لَهُ نَاصِحُونَ
Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata: Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?(Al Qasas: 12)
فَرَدَدْنَاهُ إِلَىٰ أُمِّهِ كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ وَلِتَعْلَمَ أَنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya) dan supaya ia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu). (Al Qasas: 13)
Tujuan saya berkongsi kisah ibu kpd Nabi Musa ini adalah tidak lain adalah kerana, kefahaman saya yg lain membaca kisahnya setelah saya menjadi seorang ibu. Saya kini faham kerisauan seorang ibu yg berpisah dgn anak yg baru dilahirkan, bukan sekadar berpisah biasa, tetapi menghanyutkan dalam bakul menyusuri sungai dgn keadaan sekiranya di ketahui oleh orang2 maka ianya akan di bunuh. Saya merasa kagum dgn keimanan dan keyakinan ibu kpd nabi Musa.
Mereka ini adalah ibu2 yg istimewa. Semoga kisah dan teladan yg ditunjukkan mereka boleh saya contohi. Semoga saya termasuk dalam golongan ibu2 yg istimewa dan mithali, amin..
Kasihnya ibu..
membawa ke syurga
dan kasih saudara masa berada
berkorban raga rela binasa
berkorban nyawa tanda kasihnyakasihnya ayah
sanggupkah berpisah
dan kasih anaknya
berkorban raga
biarpun jiwa akan tersiksa
ikhlas dan rela asalkan bahgia
Salam Kak Ellies…:-)
Kak Ellies,terima kasih kerana berkongsi…melihat gambar detik2 kelahiran baby Ammar Adnan tu,buat saya rasa terharu sangat2…memang tak terbalas jasa Ibu pada saya…tiba2 rasa sayu teringat pada IBU di Malaysia…betapa sangat besar pengorbanan serta jasa seorang Ibu itu…buat saya benar2 insaf…Ya Allah,semoga semua Ibu2 di dunia ini dirahmati oleh Allah swt…amin…
Tahniah sekali lagi pada Kak Ellies dan juga Family diatas kelahiran baby boy Ammar Adnan…jaga diri ye Kak Ellies…:-)
Salam dr Preston…
Salam, thank you for sharing the stories – kisah akak, nabi musa, siti hajar. Saya ada anak perempuan baru 6 bulan. Mmg sayang sangat kat baby saya tu.
Tapi kalau tang dia nangis and meraung2 tu yg mmg teruji kesabaran. Macam2 rasa, kdg2 tertinggi suara pun ada [lps tu rasa nyesal huhuhu]
Tu mcm mana plak nak wat? Skrg ni dia tiba2 mau tido atas riba, malam2 mau tido berteman. Biasanya ok je tido dlm cot. Ptg2 dia tido dlm buai [tak nak ajar tp ‘terpaksa’ coz kalau tak dia nangis + penat sbb tak tido]
Harapnya ada sikit nasihat/share dr akak [bila2 akak free dan rasa sihat :)]
Sbb at the same time saya nak study. Tak nak kaco ayah dia sgt coz ayah dia Final year, exam lg sebulan. Saya punya exam tu optional [tp saya determine nak ambik la and penting utk my future career]
Take care…..semuga Kisah2 Nabi dan kisah akak menjadi panduan buat diri saya 🙂
terharu nya baca kisah kali ni
Kak Ellies, u’re wonderful. Semoga anak² kakak akan jadi insan yg cemerlang dalam apa jua bidang. 🙂
Alhamdulillah terjumpa blog ni. Penuh dengan pengisian, kisah dan ilmu. Memang kita boleh merancang tetapi Allah juga yang tahu apa terbaik untuk kita dan keturunan kita.
tahniah atas kelahiran baby boy..entry yg penuh pengisian..hati keibuan saya juga turut ‘terasa’ akan kasihNya yg ditumpahkan kepada insan bergelar ibu.p.s Jaga kesihatan baik2..rehat secukupnya during pantang, jangan jadi macam saya, pada kelahiran kedua di sini, banyak melanggar pantang kerana tugasan belajar..natijahnya kini kadang2 rasa sakit badan sana sini..
Maaf kerana saya mengambil masa yg terlalu lama utk menjawab komen kali ini.. sibuk dgn baby dan macam2 lately.
Faiza, memang besar jasa seorang ibu.. syurga terletak pada redhanya.
Anonymous, tima kasih atas komen.. post saya yg baru hopefully menjawab serba sedikit soalan anda.
Kak Q, lps beranak nih.. makin sensitop lak jiwa saya… ehehe..
Eriyza, terima kasih atas doa dan panduan, especially selalu ajar saya bab blogging dan tenet nih.
Denaihati, tima kasih atas ziarah dan salam perkenalan.
Salmi, terima kasih atas ucapan dan nasihat.. saya nih mmg susah sikit nak pantang.. ehehe..