Lama tak update blog, pi holiday. So..hati rasa gumbira and mood dah dapat balik. Nak tulis pasal apa eh? Banyak benda nak ditulis tapi saya rasa nak tulis pasal bakat la pulak. Bakat terpendam atau yg berendam.


Masa holiday baru2 ni.. Adam & Lala bakat driving?

Semenjak dulu kami tercari2 bakat yg ada pada Adam utk digilap. Ramai orang2 yg berkebolehan seperti Tiger Woods, Lewis Hamilton, Amir Khan dan Britney Spears.. antara orang2 yg mak bapak mereka gilap bakat semenjak kecik. Kami dah bawak la Adam ke litar kereta lumba, tapi Adam drive safely (ie. slow la jugak), swimming dia quite ok tapi tak cemerlang, dan beberapa benda lain jugak utk cari dimanakah bakat terpendam Adam. Dia suka mencipta/design especially pasal kereta, permainan favourite dia antaranya adalah Lego dan K^Nex, dan dia pernah menang peraduan mencipta iklan kereta bagi seluruh daerah Bolton, and so kami kira itulah kot sahaja bakat special dia (+ dia tahu banyak sangat facts about cars.. gila sungguh dia dgn Top-Gear).

About last January, Adam start belajar music kat skolah dan dia pilih piano. Bila cikgu sekolah Adam bagitahu kami yg Adam pandai main piano kami ingat pujian biasa cikgu-cikgi utk beri semangat pada pelajar mereka. Rupa2nya, sampai guru music teruja dgn kebolehan Adam sampai dia jumpa guru besar beritahu hal ini. Plus, Adam jugak di lantik menjadi ketua semasa pertunjukan African drumming kat skolah (bab drum-menderam nih ikut bakat Bad dan saya kot, sebab zaman bujang kalau ada nasyid sure kami yg kena main gendang sebab suara tak sedap, although kami tak tahu pun pasal each other main drum sebab nasyid selalu separate antara laki dgn pompuan.. dah kawen baru tahu)

Adam as head for the African drumming, semua tunggu Adam punya lead sebelum diorang ikut, and ada 1 part yg Adam solo

 

So.. few weeks ago skolah Adam buat talent show, Adam cikgu suruh masuk and dia main piano.. cikgu described as pure genius..

Adam main lagu Pachelbel’s Canon in D semasa school’s talent show

 

Apalah agaknya bakat Adnan nanti eh.. buat masa nih tido..

3 Replies to “Bakat”

  1. hahaha.. belum jumpa lagi bakat makcik tuh.. tapi at the moment suka sangat dia nyanyi dan joget.. tapi bakat yg cemtuh tak digalakkan.. ehehe.. anak pompuan…

  2. salam k.ellies..

    keep on writing…i just love the way you express your ideas and opinions… ala kulli hal mabruk alaikum atas kehadiran adnan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.