Sabda Rasulullah s.a.w, ‘Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun (bersungguh-sungguh).’ (Riwayat Abu Daud).

Susah betul saya nak mengupdate blog sekarang, masa yg saya ada untuk mengadap computer singkat2… kat skolah pula sibuk banget.. jadi, agaknya saya kena tukar style blog saya supaya ada sambungan2.

(pic: tangan tembam Adnan inilah yg selalu kacau saya masa saya try ngadap komputer)

Saya tak tahulah saya sorang je ke yg rasa camnih atau orang lain pun sama. Pernah tak korang kalau nak mengajar orang lain, samada dalam ceramah atau masa jadi naqib/ah usrah, masa nak ajar tuh dada terasa berat, hati berdebar2? Saya bukan rasa berdebar hanya sebelum masa nak mengajar depan orang (walaupun dah berkali2), tapi juga sebelum menulis sesuatu utk blog atau utk forum. Saya rasa begini sebab anxious tentang apa yg saya nak tulis/beritahu, takut tak tersampai apa yg saya maksudkan dlm hati. Dan juga, kalau sebelum sebut sesuatu dalam usrah (zaman muda2 dulu), saya rasa segan dgn Allah sebab Dia tahu betapa hodohnya apa yg ada dlm hati saya, tapi nak ajar org lain. Walau bagaimana pun, klu ada sedikit ilmu lebih baik dikongsikan drp diperapkan saja dlm hati, semoga Allah memberi kekuatan pada yg mengajar utk meng’amalkan dahulu apa yg dia ajar sebelum suruh org lain.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (as-soff:2-3)

Ayat yg berulang2 yg saya hafal utk mengingatkan diri.. Pembaca (setia?) blog saya tentu maklum, saya selalu mendengar ceramah semasa driving all the way to my uni, kalau tak pun, selalu khayal atau termenung melayan perasaan. Dan antara penceramah yg amat saya kagumi adalah Dr. Hisham Al-Awadi.. saya ada hampir semua koleksi CD beliau yg ada dlm pasaran. Baru2 ini saya mendengar tentang kisah Nabi Yusuf a.s. Saya pernah menulis sebelum ini tentang kisah Nabi Yusuf a.s tetapi belum pernah lagi saya dengar kisah Baginda di kupas begini.

Masjid besar Bolton

Kisah Nabi Yusuf (يوسف ) a.s.

Kisah Nabi Yusuf didalam Al-Quran dikatakan oleh Allah sebagai sebaik-baik kisah (أَحْسَنَ الْقَصَص ). In other words, ianya lebih baik drp segala box office yg ada. Mengapa? Ianya diturunkan di Makkah ketika tahun kesedihan, ketika Nabi saw dan org2 Islam di siksa, dan ketika sebahagian org Islam berada di dalam buangan di Habsyah. Kisah Yusuf terkandung di dalamnya banyak pengajaran (sampai ada ulama’ yg menulis tentang 1000 lessons from surah Yusuf) dan juga utk menghiburkan mana2 hati yg berduka. Kisah benar yg berlaku thousands of years ago dengan happy ending. Happy endingnya pula tak sama dgn cerita2 moden yg selalunya end dgn orang baik dapat bunuh penjahat etc. tetapi happy ending yg semuanya menjadi baik dan happy akhirnya; Nabi Yusuf mentadbir Egypt, abg2 nabi Yusuf & zulaikha jadi baik dan insaf, nabi Yaacob kembali gembira dan dapat melihat semula. Supaya mana2 antara kita yg sedang berduka cita sedar tentang behind every cloud there is a silver lining atau bak kata org melayu pula, langit tak akan selamanya mendung. Pada org2 yg terbuang pula, ada kaitannya dgn Nabi Yusuf yg pernah terbuang dalam perigi yg gelap gelita.

Dalam bahasa Arab, huruf Ya (ي ) dan Shod (ص ) juga termasuk dalam perkataan yg lembut2 (berlainan dgn huruf Ha (ح ), Qaf (ق ) macam dalam surah al Haqqa (سورة الحاقة ) yang menceritakan tentang kiamat). Banyak huruf2 dan perkataan yg lembut2 dalam surah Yusuf. Ia juga dikira أَحْسَنَ الْقَصَص kerana kisahnya epic, di dalamnya ada cerita tentang hubungan kekeluargaan, ada cerita tentang pelbagai golongan manusia (golongan Istana, golongan orang dalam penjara), tentang reaksi manusia (orang yg jealous, orang yg sedih, orang yg sabar, orang yg marah, orang yg menggoda, orang yg lemah juga orang yg berkuasa), tentang bagaimana berinteraksi dgn anak2, bagaimana berinteraksi dgn teman berlainan agama dan bagaimana memerintah negara. The best of all, ia menunjukkan sikap Nabi Yusuf yg berjiwa besar dan pemaaf.

Surah yusuf is the only surah di dalam Quran yg menceritakan sebuah kisah in its entirety, i.e. kalau kita tengok kisah nabi Musa contohnya, ada di dalam beberapa buah surah. Ini menunjukkan urgency dalam tone surah ini supaya kita tahu apa terjadi seterusnya.

Adam & Lala main tangkap2 ikan tengah panas

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.

Ayat ke 4 tersebut menceritakan bagaimana yusuf yg pada ketika itu berusia dalam 11 tahun mengadu kpd bapanya tentang mimpinya yg aneh. Mimpi adalah sesuatu yg personal. Kita tak beritahu pasal mimpi pada sembarangan orang. Yusuf memilih utk memberitahu kpd bapanya menunjukkan keakraban antara seorang anak dan ayah. Ramai remaja sekarang yg lebih suka berkongsi rahsia dgn geng lebih drp dgn bapa sendiri. Kita boleh pelajari drp kisah ini bagaimana Yaacob rapat dgn anaknya Yusuf sehingga dia menjadi rujukan utama dan dipercayaai. Yusuf juga begitu exact memberitahu bapanya tentang bilangan bintang yg dia nampak, 11 bintang, juga tentang bulan dan matahari yg dikatakan bersujud kpdnya. Kita tak boleh imagine bagaimana bulan matahari bintang bersujud tapi Yusuf pasti akan perkara ini. (The stars are his brothers, sebahagian mufassirin bertelagah pendapat samada bulan matahari itu ibu bapa atau bapa ibu).

Actually, saya perasan banyak kisah2 dalam Quran yg kaum bapa yg selalu bagi nasihat pada anak2 kan? Nabi Yaacob, Luqmanul Hakim, Nabi Ibrahim.. maknanya penting kaum bapa dalam mendidik anak2, bukan hanya berlepas tangan kpd kaum ibu sebagaimana yg buat oleh kebanyakan bapa zaman sekarang.

قَالَ يَا بُنَيَّ لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا ۖ إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Bapanya berkata:” Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.

Ayat ini menunjukkan bagaimana seorang bapa menanamkan aqeedah kpd anaknya dan sikap yg tidak mahu permusuhan antara adik beradik yaitu dgn memahamkan bahawa yg jahat bukanlah abang2nya, tetapi syaitanlah yg menjadi punca segala kejahatan. Ini adalah penting kerana, in the future, Yusuf akan Nampak, ketika di istana, ketika abang2nya tiada, syaitanlah yg menghasut wanita menggodanya, syaitanlah musuh manusia yg paling nyata.

Bersambung…

No Vacancies… burung2 melepak di Lake District

3 Replies to “أَحْسَنَ الْقَصَصِ (Kisah terbaik)”

  1. Sy suka bila akak slalu bercerita ttg kisah² Nabi. Mcm ibu bcerita ngn anaknya.Terima ksh sb akak berdakwah kat sy secara tak langsung.. Hope akak slalu mberi cerita yg dpt mengajar & m'insafkan sy.. oo.. tak lupa gak "SELAMAT HARI IBU'. Sayang akak!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.