Tak semua manusia jadi baik… ujian Allah kepada kita
“Is’nt it nice Baba, if everybody in this world becomes Muslim? Then our neighbours will be Muslim, all my friends would be, theres no bad people, and everybody will be happy..” kata Adam kepada Badrul semasa dalam perjalanan solat subuh di masjid Bolton, kira2 6 batu dari rumah kami. “Not all muslims are good muslims Adam,” kata Badrul. “And kalau Allah wants, He can make everybody in this world to become proper Muslims, but He makes us as we are to test us. You know what tests? Just like school tests, so that the teacher knows good students from bad ones. Those who are good will achieve an award like they did in your school. And so, if we pass this test given by Allah, He will reward us with His paradise….” panjang lebar Badrul memberikan penerangan pada Adam. “Good Muslim will of course obey Allah, good Muslim children will listen to their parents, behave and have good manners.” sambung Badrul pada Adam yg puzzled mengapa ada muslim yg tak baik (jahat).
وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ
“kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu” (al-Maidah:48)
Lala anakku.. dah besar nanti jadilah sebaik2 perhiasan dunia,..wanita yg solehah, amin..
Bercerita tentang orang jahat,… kat mana2 pun ada orang jahat. kat Malaysia ada, kat UK ada, even kat Mekah pun ada. Tak tahulah apa yg diorang fikir. Pada orang jahat yg muslim, dia lupakah pada malaikat yg sentiasa mencatat.. dia lupakah pada balasan Allah? especially orang2 yg berbuat jahat secara sedar.. tak takut Allah kah? Begitulah perasaan saya setiap kali membaca berita dr tanah air tentang ragut, rompak, bunuh, buang anak etc.. Yang pada yg kafir pula, tidak adakah segelumit pun perasaan kasihan kpd yg dianiaya? sometimes Adam tanya saya, why life in this world can be unfair… orang yg jahat kadang2 nampaknya bersenang lenang dan kaya raya, manakala orang yg baik hidup dlm kesusahan, sekali lagilah saya jawab kepadanya sebab itu adanya hari kiamat, hidup kita bukan hanya di dunia, so Allah boleh balas sapa yg jahat and sapa yg baik, and so barulah kehidupan kita semuanya menjadi fair.. bukankah Allah Maha Adil? Dalam lompat2nya Adam ini, dia suka pula berfikir deeply tentang kehidupan, hopefully benda2 yg kami ajar padanya tetap dia ingat.
One of those usrah anak2 session..
At the moment, Bad membacakan sebuah hadith setiap hari kepada both Adam dan Lala dari kitab Riyadhus Solihin dalam bahasa English, dan kemudian discuss apa2 dgn mereka. Mereka enjoy that time of the day, selalunya just before diorang tido waktu petang, lala duduk di pangku, dan Adam duduk di samping Badrul. Selalunya time tuh saya sedang sibuk menguruskan Adnan.. hopefully tak lama lagi dia boleh join the discussion.
Tapi Adnan cepat ngantuk la Baba… bila dengar ceramah…
Happy saya tengok, kalau zaman muda2 Bad jadi naqib pada adik2 di universiti, now nih duduk jauh drp adik2 universiti, anak2 pula menjadi anak usrahnya.. cute pulak tuh.. cara penyampaian tentulah lain.. bahasa anak2.. contoh2 yg mudah mereka faham. Saya? entahlah.. saya dah tak macam dulu lagi.. saya dah kekok bercerita tentang harakah islamiyah, daulah islamiyah dan bermacam2 lagi perkataan yg gah2.. entahlah.. mungkin saya nih termasuk dalam golongan yg dikatakan futur (gugur) dalam perjuangan? Perjuangan saya sekarang hanyalah sekitar keluarga dan anak2 saya.
Salam Kak Elies
Semoga Kak Elies dan keluarga sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT…Amin
Kak Elies teruskanlah menulis mengenai segala hal kehidupan yang boleh kami semua jadikan panduan serta tauladan ye…Honestly, penulisan Kak Elies banyak menyedarkan saya dalam segala perkara…Banyak yang saya belajar…Saya suka cara Kak Elies mendidik serta mengajar anak2 sedari mereka kecil…
Semoga segala urusan Kak Elies dipermudahkan oleh Allah SWT…
All the best for ur PhD as well
Saya sentiasa doakan yg terbaik buat Kak Elies
InsyaAllah, panjang umur dan ada rezeki nanti, saya akan datang ziarah Kak Elies di Bolton ye…
Now saya sedang kemas dan pindah barang dr hall ke rumah sewa di Deepdale…Dan sedang cari kerja juga 🙂
Take care Kak Elies…Salam
indah msih blom lagi mjadi org yg benar2 baik. slalu buat kesilapan wpon indah dah bjanji takkan mengulanginya lagi. keimanan indah yg tak kuat.. indah selalu leka … huhu..
salam dari penuntut di bumi dublin.. blog hopping dari blog faiza.. 🙂
Assalammualaikum K.Ellies…
Laman K.ellies telah menjadi laman wajib kunjung saya setiap hari.. datang awal ke pejabat,15 minit sebelum mula waktu kerja yang sepatutnya saya 'mengunjungi' laman web yang bisa menyuntik kesedaran dan inspirasi tentunya…Keep on writing when the time permits…ala kulli hal,jaga diri hiasi peribadi
Sorry semua lambat bls msgs dlm ni..
Faiza, agaknya akak punya leteran dah sama macam mak2 korang, ehehehe..
Indah.. biasalah kita manusia mudah lupa, bila Allah tarik satu nikmat baru terasa..
Jhazkitaro, thanks for hopping by.. 🙂
Shahlisa, terima kasih sebab rajin mengunjungi blog saya. Org2 macam awaklah buat saya bersemangat nak tulis lagi 🙂