Maaf lama tak update blog nih, banyak dah sebenarnya saya dah tulis utk blog, tapi semuanya tak jadi post.. campur2 dgn tugasan harian yg semakin menjadi tugasan hairan… susah nak update. Harap2 belum terlambat utk mengucapkan salam ramadhan pada semua. Untuk ramadhan kali nih, Lala di training utk puasa. Masalahnya kali ni ialah waktu berpuasa yg panjang (from 4 pagi sampai 8 1/2 mlm),.. so anak2 kena kuat sikit. So, sebelum ramadhan tiba, Bad dan saya buat kad utk anak2, “happy ramadhan”. sebab sah2 kat tempat saya tinggal nih takder org Islam lain, kami nak diorang rasa betapa kita looking forward and happy dgn kedatangan ramadhan nih. Utk ramadhan kali nih jugak, kami buatkan both Adam & Adela special calendar.

Ramadhan Calendar utk Adam & Lala. Adnan takder, dia kecik lagi.

Kat calendar tuh ada 30 hari, belakang setiap kertas stick-it tu ada satu soalan kuiz.. mudah2 je. Lala punya soalan mudah sikit berbanding Adam, saja nak ajar bebenda mudah dalam satu hari. contoh soalan utk lala, where do we face when we do our solat? (answ: qiblah. kaaba, makkah). Utk Adam, what is the name of the prophet who was swallowed by the fish? (answ: Nabi Yunus, Jonah). And bagi setiap hari ada chocolate menanti. So Adam dan Lala nampak benda nih macam game, and diorang sangat seronok berpuasa setiap hari utk menanti apakah soalan2 seterusnya. Bagus budak2 nih tahan puasa penuh, seingat saya masa saya kecik2 dulu first time puasa penuh pun dalam darjah 3 atau 4.. itupun dgn segala kepayahan πŸ™

Ramadhan sepatutnya membuatkan kita menjadi lebih khusyu’ utk beribadah. Kawan saya cakap, kat Malaysia sekarang banyak trend orang berbuka puasa di hotel2. Sedih bila jadi trend buka puasa kat hotel ni. Hilang fadhilat ramadhan yang; “supaya kita tahu bagaimana orang miskin takder makanan rasakan”, and so kita perbanyakkan memberi sedekah kepada fakir miskin. Orang miskin kalau dah lapar2 bolehkah berbuka dgn segala kemewahan di hotel? Rasulullah saw, pernah berbuka puasa dgn hanya sebelah kurma. Lagi sebelah bagi kat Aisyah. Bila Aisyah dah habis makan yg sebelah tu, and still hungry, Rasulullah saw yg mulia hatinya membelahkan lagi sebelah kurma yg ada ditangan baginda. Fatimah anak rasulullah saw, bila berjalan orang terdengar bunyi2 bising datang darinya, bila disiasat rupanya ketulan2 batu yg diikatkan di perutnya utk menahan kelaparan. Mereka ini adalah kekasih Allah. Siapa kita? Kita patut merasa malu dengan diri sendiri berbuka dgn makanan yg banyak dan mewah especially di hotel2. Seperti sabda Rasulullah saw,” Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma”. Uthman r.a juga pernah berkata,”Barang siapa yg sukakan makanan yg sedap2, hendaklah dia ingat bahawasanya ahir nanti dia akan menjadi makanan cacing2 (dalam kubur)”.

Astaghfirullah.. banyak makanan mengikut nafsu, banyak makanan terbuang, perut kenyang, hilang khusyu’.


Lala, kepenatan semasa tarawikh di masjid, time nih pukul 11 mlm. Saja bawa dia sekali sekala.
Masa nih Adnan pun ada sekali, dia bergelak2 kat sebelah Lala.

Ada juga beberapa sahabat saya mengadu bahawa ada sesetengah masjid2 di Malaysia yang kurang ‘mesra kanak2’. Ada golongan tua yg memarahi kanak2 dan menyuruh mereka keluar. Semasa Adam kecil dulu pun, saya pernah kena marah bawa Adam ke masjid kampung baru masa pulang bercuti, padahal Adam sedikit pun tak menagis. Ketika itu saya memangku Adam and ada sorang makcik nih kata,”apesal bawak budak masuk masjid?” dengan mukanya yg cengil. Kemudian datang seorang kawan makcik tuh, mereka berpelukan borak2 dgn kuat, share kuih lagi dan saya dipinggirkan. Sedih saya. Bayangkan kalau ini terjadi pada saudara baru?

Zaman Rasulullah saw, masjid bukan hanya tempat ibadat. Masjid menjadi seperti community center. Segala2nya evolved around masjid. Kanak2 bermain bebas, bayangkan, kalau tidak bagaimana rasulullah saw boleh membiarkan cucu2 baginda Hassan dan Hussein bermain2 di masjid sehingga memanjat belakang Rasulullah saw yg sedang solat. Bukan sahaja anak lelaki, cucu rasulullah yg perempuan, anak kepada Zainab juga yg ketika itu berusia 2 tahun pernah bermain dan bersolat sebelah nabi, di belakang beliau ada Umar, ada Abu Bakar dan sahabat2 lain. Adakah Rasulullah solat tidak lebih khusyu’ berbanding kita? Anak2 perlu dibiasakan dengan masjid semenjak kecil lagi. Dan kalau namanya anak2, memang lah ada sikit kenakalan, atau bermain2… kita yg tua lagi banyak dosa ini kalau di kira layak tak layak masuk masjid patut malu berada dalam rumah Allah. Masa zaman Rasulullah saw juga, bila tiba musim kurma baru keluar, rasulullah memanggil semua kanak2 utk mengambil kurma baru daripada tangan baginda yg mulia di masjid, manakala semua orang2 dewasa wait patiently sampai kanak2 puas, baru mereka boleh ambik. Anak2 tidak berdosa, pure.. maka hasil terbaik tanaman lebih sesuai utk mereka dahulu.

Para sahabat yg kita selalu sebut2, yg meriwayatkan banyak hadith juga drp golongan kanak2, Anas bin Malik (pembantu rasulullah saw ketika berumur 10 hingga 20), Abd Allah ibn Abbas pun selalu berdampingan dgn Rasullullah saw semenjak kecil dan banyak hadith2 dan tafsir yg kita pelajari daripada mereka. Seperti yg saya katakan dahulu, never underestimate kanak2.. mereka bijak dan banyak yg boleh mereka pelajari compare dgn kita. Mereka sentiasa memerhati dan mempelajari. Kalau tidak disebabkan oleh Anas, kita tak tahu apa yg dilakukan oleh Rasulullah saw dalam rumah baginda, banyak hadith2 berkenaan kehidupan baginda dalam rumah dalah diriwayatkan oleh Anas.
Kalau Rasulullah saw boleh menyayangi yg muda, kenapa tidak kita?

Cairo: gelok air kat tingkap masjid.. bila budak2 penat bermain diorang minum air dari sini and tutup balik.. ni kat masjid imam Shafi’e, dlm ada maqam imam Shafie & kesan tapak kaki Rasulullah saw yg dihadiahkan kpd imam tersebut.