Kata orang, pasangan yang kuat cemburu tu penyayang, betul ke? More like orang yg tak percayakan pasangannya ye tak? Apa pun orang kata, hendak atau tidak, saya rasa saya pun termasuk jenis yg kuat cemburu, tapi taklah sampai cemburu buta atau cemburu yg tidak bertempat. Saya rasa cemburu kalau bad puji pompuan lain selain saya, unless dia memang lawa sangat mcm bintang pilem etc. itu lainlah. Saya rasa Bad pun tahu akan hal ni.. tu sebab dia tak puji sgt org lain depan saya, saya pun takder la puji org laki lain dpn bad, takut2 dia pun cemburu jugak ke.. susah gak.
Di sebabkan sikap cemburu saya nih, selalunya, kalau saya tahu bad suka sesuatu jenis makanan yg bini orang lain masak, saya akan cuba sedaya upaya belajar masak supaya jadi lebih sedap drp tu. Sama la jugak, kalau saya tahu dia suka pompuan cun jenis camner, saya akan sedaya upaya menjadi lebih cun melecun drp pompuan tu.. kat rumah of course 🙂 Tapi kalau kita jenis yg mengukur suami kita sukakan pompuan yg cun saja, tentu bila2 masa kita boleh kalah. Apa2 hal pun, utk para isteri, kita akan try menjadi sebaik2 insan kepada suami kita, layani dia dgn baik supaya, bak kata saya pada bad, “sayalah 4 bini dalam 1 !”.. Jadi isteri yg cekap sampai dalam perasaan suami kita tuh, tanpa kita dia rasa tokleh buat apa2.. sampai camtuh sekali.. Teringat saya pada lirik lagu nasyid yg pernah popular satu ketika dahulu,


Isteri Solehah

Isteri cerdik yang solehah Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Sikap dan perasaan cemburu ini adalah lumrah dan fitrah kepada manusia. Bukan kita sahaja, bahkan ahlul bait, yakni keluarga rumah nabi juga mengalaminya. Allah mentaqdirkan kisah ini terjadi pada ahli bait supaya kita; isteri2 orang biasa biasa belajar drpnya. Yakni, nabi dan keluarganya bukan malaikat, mereka juga manusia biasa seperti kita. Kisah ini ada dalam al-Quran dalam surah at-Tahrim ayat 1-5. Dalam kisah tersebut, beberapa orang isteri nabi (Hafsah dan ‘Aisyah) berasa cemburu dgn Zainab yg telah menghidangkan madu (kegemaran nabi) kpd baginda. Lalu Hafsah dan Aisyah telah berpakat supaya kedua2nya mengatakan mulut nabi berbau pada masa & tempat yg berlainan. Nabi yg seperti kita sentiasa maklum, senantiasa menjaga kebersihan mulut dgn membawa kayu sugi kemana2 baginda pergi and so nabi mengharamkan madu kepada diri baginda hanya untuk menyenangkan hati isteri2 baginda. Lalu Allah menceritakan perihal bicara Aisyah & Hafsah ini kepada baginda.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ ۖ تَبْتَغِي مَرْضَاتَ أَزْوَاجِكَ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

قَدْ فَرَضَ اللَّهُ لَكُمْ تَحِلَّةَ أَيْمَانِكُمْ ۚ وَاللَّهُ مَوْلَاكُمْ ۖ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda iaitu kaffarah) dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu dan Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَىٰ بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتْ بِهِ وَأَظْهَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَنْ بَعْضٍ ۖ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِ قَالَتْ مَنْ أَنْبَأَكَ هَٰذَا ۖ قَالَ نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ

Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya) dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan? Nabi menjawab: Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi).

إِنْ تَتُوبَا إِلَى اللَّهِ فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُمَا ۖ وَإِنْ تَظَاهَرَا عَلَيْهِ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَاهُ وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَالْمَلَائِكَةُ بَعْدَ ذَٰلِكَ ظَهِيرٌ

Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi) dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya.

Surah ini sangat2 bermakna bagi kita kaum wanita/isteri. Isteri2 nabi yang dipanggil أمت المؤمنين (ibu org2 beriman) ditaqdirkan oleh Allah melakukan kesilapan ini supaya kisah mereka didedahkan dan diabadikan dalam al-Quran untuk dipelajari oleh kita orang2 yg beriman. Perkara2 penting yg perlu kita pelajari seperti cara layanan kepada suami, tidak menyusahkan suami, tidak terlalu mengikuti telunjuk isteri, perihal menjaga rahsia rumah tangga dan kesedaran yg Allah sentiasa mengawasi rumahtangga dan sifat2 isteri yg baik, seperti dalam ayat seterusnya;
عَسَىٰ رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا

Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, (meliputi) yang janda dan yang anak dara.

Dan seharusnya kita apabila membaca ayat ke 6 dalam surah yg sama merasa gerun dan menangislan bertaubat, moga2 kita tidak menjadi bahan bakar api neraka.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Kaum2 wanita/isteri yang amat dikasihi sekalian. Iman itu tidak dapat ditukar ganti. Kadang2 kita merasa lega mendapat suami yg baik, so kita rasa kita tak payan lagi berlaku baik. Banyak kaum isteri yg saya pernah borak dengan, menceritakan tentang ke-‘ego’an kita kadang2 unutk menjadi isteri yg taat, tentang kedegilan kita, tentang kesabaran kita. Kalau kita tengok semula di akhir surah ini, Allah menceritakan kepada kita dengan kisah2 isteri yg baik/suami jahat (Asiah/Firaun) dan isteri jahat/suami baik (Isteri nuh/Nabi Nuh a.s). Bacalah surah ini, dan pelajarilah tafsirnya. Tak panjang pun cuma 12 ayat. Allah sayangkan kita, Dia mengajar dengan contoh dan tidak membiarkan kita tergapai2 sahaja. Semoga kita berusaha menjadi isteri2 yg baik, yg menjadi syurga buat suami kita di dunia dan akhirat, dan yg mempunyai sifat2 seperti dalam surah at-Tahrim.

p/s: Masa saya tak tahu Bad nak mengurat saya dulu, dia ada bagi satu nasyid…next time saya tulis pasal cerita nih ye? Panjang sangat pulak nanti entri kali ni.

Semoga diberi kekuatan untuk menjadi isteri solehah, yang
مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ
( yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa) amin…

14 Replies to “Cemburu”

  1. Salam akak, cemburu itu tak salah malah mberi motivasi kpd kita utk brusaha dgn lebih baik lg. betul x? akak sy kagum dgn akak n suami. sy sndiri bcita2 hndak mencari suami sprti bad akak yg bsama2 akak susah n senang. xsume org sanggup hadapi bsama kak? waktu senang je, susah sket je trus lesap. wanauzubillah..

    akak, jika akak ada terasa hati dgn bad@ pbaca2 lain ada terasa hati dgn org2 tsayang, jgn cepat melatah. kenangi semula kenangn indah bersama2 sblm ni. inshaallah kita akan lebih syg n hormat pd dia.

    kita manusia xlari drpd fitrah.. doakan sy bjumpa dgn "zauj" ye kak krn saya sdg mcari…mencari smpai bila sy juga xpasti ~Khairunnisa'~

  2. tq kak elies for the tips,,
    karang beberapa tahun lagi leh la nur guna eh? hihi ;p

    nur sihat alhamdulillah..
    moga akk pun sentiasa diberi kesihatan yg baik. 🙂

    internet weng pulak,,
    huhu.. karang akk delete the 2comments above eh

  3. bagus topik kali ni…
    lain sket cara penyampaian nye
    tenkiu elies ….
    sbnr nyer nak komen byk ni
    tp ngantuk sgt2 ngantuk

  4. ohh betul sangat, pernah ada kawan suami (perempuan) tegur dia masa jalan2 kat luar rumah, kite tengok muka suami macam 'ting' berseri sikit masa cakap dgn orang tu,maklumlah lama tak jumpa kan-aduh jelesnya sampai merajuk satu hari.. hu hu.. tak tahan tak tahan.. yg suami pun pelik la sbb dia mmg takda niat nak buat kita jeles pun..hihi

  5. nisa..carilah.. من جد وجد org yg (berusaha)mencari pasti berjumpa.

    Nur & Eriyza, tak semestinya orang dah kawen je jelous, kadang2, antara anak2 minta perhatian mak, antara anak murid minta perhatian cikgu, antara pekerja minta perhatian bos. Itu pun boleh menimbulkan cemburu.

    kak Q.. kitorang tengah tunggu nih.. mana komen? ehehe.. akak lebih byk makan garam drp saya, sure lagi banyak nasihatnya.

    munirah.. haha…jangan kata kat tepi jalan, dalam Facebook pun boleh jealous 🙂

  6. salam kak elies, saya silent reader blog akak. tak penah tinggal komen, tp segala tulisan akak mmg informatif dan penuh pengajaran. sy suka baca. akak mengingatkan sy yg sering lupa.

    tp kali ni terasa nak komen. tp isi komen sy ni sama dgn pengomen2 yg atas ni, hehe. pointnye pakwe, kekeke. [komen ni utk entry "menongkah arus"] ;p

    baru siang td saya kata kt membe, aku nak pakwe laa. sbbnye? sbb tgk sume org ada pakwe, ada tunang, ada suami. yg ada suami bgs la kan, better than pakwe.

    tp lps baca tulisan akak, sy rasa betul apa yg akan ckp. menjadi asing itu lebih baik kan? lain dr yg lain. biar la org lain ada pakwe pun,patutnya saya tak pedulikan pun.

    ** tp mmg betul, kdg2 mmg rasa, aku ni tak cantik tu sbb takde pakwe, kekekeke

    thanx kak elies for the very good advices 🙂 hope u wont stop blogging or change ur url, coz i dont know how to contact u if one day u close this blog.

  7. kak, doakan sy ye. skrg susah nak cari yg btol2 baik.

    kak ellies, akak nak tau tempoh hari nisa bkerja di dewan konvokesyen UIAM smbil blajar. ada la sy lihat sorg couple ni. seperti hayad n mungkin pmpuan2 yg lain terfikir mcm sy, "kenapa aku xde?" "buruk sgt kah aku?" akak tau xpatut sy bfikir mcm tu sbb apa, Allah sbnrnya memelihara saya. kerana dgn couple, sy akan tjerumus kpd hubungn yg xdituntut dlm Islam.

    Saya perlukan sseorg yg boleh membimbing sy yg slalu lupa dan ketinggalan.. Inshaallah bbekalkan keimanan yg tidak seberapa ni, saya akan tunggu dgn sabar "zauj" dan saya akan menjaga kebajikannay shinggalah smapai saat kami berpisah n bertemu semula di Syurga..in shaallah ameennn

  8. Tima kasih hayad & nisa'.

    Knowing ada jugak orang yg mengikuti blog saya nih membuatkan saya takmo berhenti menulis.. tima kasih. Insya-Allah saya tgh tulis something pasal cintan cintun nih… Tunggu!

  9. terima kasih jgk akak memberi sy ruang utk bsuara disini.sbb sy nie kategori lmbar gak. kena baca dr ep.1 smpai skrg dh ep.100. lambat kott 😛

  10. Serikandi,

    Saya tertarik dengan melody background . Boleh e mail kat saya:

    yajam7@yahoo.com.
    Satu lagi nak beri tahu apa-pun Allah Al Mighty Cemburu kerana Allah dan cemburulah kepada kebesarannya. Whatever relate its to Allah. i think Aqidah first, Secondly Ibadah and of course next is Akhlak. I think you have those

Leave a Reply

Your email address will not be published.