Korang have no idea berapa banyak artikel yg saya dah tulis utk blog ini, tapi semuanya saya simpan menjadi draft. Ada yang saya rasa artikel bodoh yg tak perlu saya keluarkan, ada yg saya rasa belum sesuai masanya utk saya keluarkan, and ada yg saya rasa tak patut dipublish. Sebab tu la hampir 2 bulan blog ini tak diupdate. Semakin tua nih, saya rasa semakin hati2 saya jadi sebelum berkata/menulis, sebabnya apa2 yg kita cakap atau tulis will be held accountable infront of Allah… itulah yg saya belajar drp Bad pun. Kadang2 org lupa tentang perkataan mampu melukakan perasaan orang lain. Kadang2 orang juga lupa yg melukakan hati orang lain melalui penulisan itu juga adalah dosa, sebab itulah agaknya wujud dalam sikap orang2 kita budaya surat layang. Dia kira, manusia tak nampak/tahu siapa yg menulis tak berdosa.
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.
(Al-Ahzab:58)
Begitu juga dgn chatting perempuan lelaki dialam maya dgn cara yg dia tak akan buat dalam alam betul, semuanya sebab dia rasa alam maya tak berdosa. Dia lupa yg hadith nabi berkata,” tidak berdua2 antara perempuan lelaki itu melainkan syaitan yg ketiga..” Dosa2 beginilah yg menghilangkan kelazatan iman dan menghilangkan nikmat manisnya selepas perkahwinan. Dia lupa Allah Maha melihat, Allah Maha Mengetahui. Segala sifat2 Allah hanya dia hafal utk matapelajaran agama sahaja tanpa difahami dan diteraskan dalam kehidupan. Islam padanya hanyalah sekadar tempelan.
Bercakap lagi tentang org yg melukakan hati org lain samada sengaja atau tidak, ada juga yg memfitnah. Saya tulis tentang ini kerana saya tahu ada segolongan manusia yg suka memfitnah. Tapi dalam masa yg sama suka menuduh golongan lain yg suka memfitnah dan memburuk2kan mereka. Saya hanya tulis setakat ini kerana tak mahu apa2 spekulasi.
Bertambah sibuk recently. Mata yang telah saya potong, digunakan utk research.
Sekarang, kehidupan saya semakin sibuk. Saya nak nearly end of my 2nd year. Gabra. Adnan dah 10 bulan, Adam & Lala semakin banyak bertanya tentang kehidupan, saya semakin hari semakin risau bukan hanya memikirkan tentang diri saya, tapi lebih lagi tentang anak2… Saya selalu berfikir bagaimana saya nak ajar tentang islam dalam kehidupan kpd anak2 saya, dalam semua keadaan. Bukan pelajaran agama hanya masa ketika duduk mengaji, tetapi juga ketika bermain dgn mereka, ketika bergurau atau menonton TV dgn mereka. Kita sebagai ibu bapa kena selalu berfikir bagaimana utk kontemporarize Islam utk anak2 kita, supaya pendidikan Islam yg mereka dapat bukan dalam keadaan yg memboringkan. Nabi juga berbuat sedemikian. Nabi mengajar sahabat (yg ketika itu seorang kanak) ketika sedang menaikkan dia ke atas seekor kuda. Nabi mengajar Aisyah (yg ketika itu seorang kanak2) tentang buraq ketika Aisyah sedang bermain anak patung.
Saya ingat saya takmo tulis panjang2 la.. nanti jadi macam biasa.. jadi pekasam buat draf je. Insya-Allah sambung lain kali.
Lala; a lioness.. Adam; a rabbit???!!
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
(Furqan: 74)
akak, sy stuju dgn apa yg akak katakan. sebaiknya membuat draf itu lebih baik sbb kita boleh semak sblm kita postr. so far apa yg sy bleh kata, apa yg akak postkan pd blog akak tu sumenya best2. semua bermanfaat n menepati kehidupan seharian..
akak, bkn kah zmn dahulu mereka yg menentang musuh bkn saja menggunakan mata pedang, tetapi dgn menggunakan mata pena krn itu lebih menusuk n menyakitkan.
kak, sy nak request kak buat tajuk psl purdah boleh?
take care kak 🙂 miss u
Salam Kak Elies…
Lama dah tak dengar cerita Kak Elies…so happy tengok Kak Elies sempat update blog :-)…Dah tahu dah,confirm Kak Elies tengah busy…sekarang ni memang sedang minggu exam,test,presentation dan sebagainya…Rindu kat Adnan!!
All the best Kak Elies!!
Kirim salam kat Kak Hani ye…
InsyaAllah, ada rezeki nanti kita jumpe lagi ye…
Salam dr Preston
kak, kenapa org sanggup menyalahgunakan blog utk menjatuhkan maruah org lain? adakah mereka tak bpuas hati lalu menjadikan blog sbg medium pelepas geram? knapa tidak bjumpa dpn2, merluahkan apa yg tbuku, itu lebih puas kan?
akak truskan penulisan akak, saya akan sentiasa mennati perkembangn akak disana 🙂
lama saya tunggu update terkini dr akak 🙂
btw, tu mata manusia betul ke?
dalam thn ni 2,3 kali saya buat experiment cow's eye disection dgn students saya. seronok betul diorang dpt tgk stuktur mata.
tima kasih atas komen.
Anonymous, kenapa nak tahu pasal purdah ye?
Faiza, all the best for your studies. Dtg sini utk lepas rindu Adnan.
Khairunnisa'. Blog kan medium utk org melepaskan perasaan. Ada org buat jadi diary, ada org buat tempat berkongsi buah fikiran. So tak hairanlah kalau ada org guna blog utk tulis apa2 sahaja. Afteral, blogs are supposed to be a medium of free speech, terpulang pada pembaca utk menilai apa yg bik dan buruk. begitu jugalah dlm kehidupan, tak semua benda yg kita nampak boleh telan.
Hayad, saya guna mata manusia dan lembu utk research saya, tapi dlm gambar yg itu saya ambil mata lembu; tak sanggup nak letak pic mata manusia.
akak buat research ttg ape ek berkaitan mata tu?
mungkin akak penah cerita dlm blog dan saya tak perasan.
Akak grow iris dan retinal cells atas substrate buatan manusia utk di-implant ke retina semula utk masalah penyakit rabun/buta disebabkan tua (Age-related macular degeneration).
woo, boleh tumbuhkan ek iris ngan retina tu. ada website ttg tu tak? menarik jugak nak tau ni.
saya try google la 🙂
Assalamualaikum..
Lama rasanya tidak menjenguk blog akak. Tiba-tiba hari ini terdetik untuk melihat posting dulu-dulu sempena ulangtahun perkahwinan saya. Terjumpa pula komen akak pada kad jemputan saya dulu. cepatnya masa berlalu…
Semoga akak terus rajin2 menulis.
akak, sy stuju dgn apa yg akak katakan. sebaiknya membuat draf itu lebih baik sbb kita boleh semak sblm kita postr. so far apa yg sy bleh kata, apa yg akak postkan pd blog akak tu sumenya best2. semua bermanfaat n menepati kehidupan seharian..
akak, bkn kah zmn dahulu mereka yg menentang musuh bkn saja menggunakan mata pedang, tetapi dgn menggunakan mata pena krn itu lebih menusuk n menyakitkan.
kak, sy nak request kak buat tajuk psl purdah boleh?
–>> kak anonymous tu saya. lupa letak nama. saya nak hujah akak psl purdah sbb dlu akak pkai kan..