Masa saya kecik2, saya suka mendengar cerita. Tapi masa tuh, kalau saya dengar satu cerita, saya tak tanya banyak,.. Cuma saya ingat sahaja. Tua2 macam ni, saya kalau dengar sesuatu cerita, otak saya akan ligat berfikir. Saya suka berfikir tentang kisah disebalik cerita. Sebab apa.. kalau dalam blog saya sendiri, apa yg saya cerita cuma sebahagian sahaja drp apa yg hendak saya sampaikan, yg banyaknya apa yg membuatkan saya bercerita.

 

Kebelakangan ini saya banyak berfikir tentang Khadijah, ummul mukminin isteri kepada Rasulullah saw. Wanita yg baik untuk lelaki yg baik.. Rasulullah saw adalah lelaki yg terbaik, so surely Khadijah juga adalah seorang wanita terbaik. Ada hikmahnya mengapa Khadijah isteri Baginda pada peringkat awal Islam. So, saya fikir kembali tentang segala cerita yg saya telah dengar mengenai Khadijah dan cuba untuk memahami kisah disebalik cerita tersebut. Siapakah Khadijah sehingga Allah dan malaikat mengirimkan salam kepadanya?

 
Rasulullah saw sangat2 mencintai Khadijah. Ibnu Kathir bercerita, yg Rasulullah saw kasihkan isteri2nnya, tetapi mencintai Khadijah dengan jiwanya. Cinta Baginda tiada taranya, sehingga kematian pun tidak mematikan api cinta baginda kpd Khadijah. Khadijah telah meninggal pun, rasulullah saw sering mengingati beliau, memberikan hadiah2 kpd sahabat2 beliau sehinggakan Aisyah menjadi jealous. Tapi apa jawapan Rasulullah tentang Khadijah? “Dia yakin kepadaku ketika tiada siapa mempercayaiku. Dia menerima Islam ketika manusia menolakku, dia menolong dan memujukku ketika tiada siapa menghulurkan bantuan.”

 

 

Saya sangat ingin mencontohi Khadijah supaya saya dikasihi suami sebagaimana nabi mengasihinya. Khadijahlah sorang2nya isteri baginda yg tidak dimadukan. Dan satu2nya isteri yg rasulullah saw dikurniakan zuriat. Semakin banyak saya mencari cerita tentang Khadijah semakin respect saya kpd beliau bertambah.

 

Flashback..

 

Ingat tak kita cerita sebaik sahaja Rasulullah saw bertemu Jibrail di dalam gua? Di sebalik kisah yg ini, saya berpendapat, Khadijah jenis isteri yg tidak kisah dan percaya dgn urusan suaminya. Dia faham yg suaminya memerlukan masa bersendirian ke gua berfikir tentang masyarakat. Sesetengah para isteri sudah tentu akan memperlekehkan suami yg keluar ‘tanpa berbuat apa2’ pada fikiran mereka. Lebih2 lagi ketika itu mereka telahpun dikurniakan 4 orang anak. Apabila rasulullah saw pulang kerumah ketakutan, tidak pula Khadijah berleter,”itulah.. keluar lagi.. suruh tolong saya dirumah tak mahu..” Tetapi apa yg Khadijah yg mulia buat? Dia menyelimutkan suaminya, sambil berkata,”Allah Pelindungku wahai Abu Qasim. Tenanglah. Demi sesungguhnya dgn Dia yang nyawaku ditanganNya, kamu akan menjadi insan terpilih. Bukankah kau menyayangi saudara, berbuat baik kepada jiran, bersedekah kpd yg miskin, memuliakan tertamu, berpegang kpd janji, dan berpegang kepada kebenaran?”

 

Lihat, pelajari drp kisah ini. Bila suami merasa lemah atau takut (and believe me, seorang lelaki juga kadang kala boleh berasa lemah dan takut), Khadijah meng’highlight’kan kebaikan2 yg suaminya buat. Ini adalah skill dalam memujuk. Khadijah selimutkan org yg takut, dari segi psychologynya, membuatkan seseorang merasa aman tenteram. Itu fitrah manusia.

 

Flashback lagi…

 

Khadijah bukan seorang wanita biasa. Dia seorang businesswoman yg berjaya dan digelar Ameeratul Quraisy (Puteri Quraisy) dan At-Tahira (yg suci). Dia juga berlainan dgn perempuan pada zamannya dimana dia suka bersedekah, menolong orang dan tidak pernah menyembah berhala. Dikatakan perniagaan dan kekayaan Khadijah bersamaan dgn kekayaan semua saudagar Quraisy dikumpulkan. Perniagaan beliau sehingga ke Syria (ketika musim panas) dan Yaman (musim sejuk). Bayangkan bagaimanakan yg anda bayangkan tentang seorang businesswoman yg berjaya? Sudah tentulah seorang yg mempunyai karisma, bijak membuat sesuatu keputusan, berkeyakinan dan mempunyai pendirian bukan? Inilah Khadijah.

 

Ramai meminangnya tapi masih belum dapat menawan hatinya, sehinggalah beliau mengetahui tentang salah seorang pekerjanya, Muhammad bin Abdullah. Begitu bersopan dia, sehingga cara dia menyiasat tentang Muhammad pun begitu teliti dan melalui orang tengah yg dipercayai. Dia yakin Muhammad lah orang yg patut dibuat suami.

 

Fikir lagi… Setelah beliau bersuamikan Rasulullah saw, bekas pekerjanya, adakah dia berbangga diri? Gajinya lebih besar, dirinya lebih kaya, dan lebih berpendidikan tinggi drp suaminya yg tidak tahu membaca, tapi adakah beliau ‘eksyen’? Tidak, malahan sentiasa memuliakan baginda. Pelajaran utk kaum wanita yg berpangkat tinggi sekarang. Bukan setakat itu, seluruh harta kekayaannya diserahkan kpd perjuangan suaminya. Saya sayang kpd Khadijah. Pelajaran utk lelaki pula.. Adakah rasulullah saw merasa ego dgn kekayaan isteri? Jawab sendiri.

 

Flashback lagi…

 

Ketika malaikat kirim salam pada Khadijah apa yg dikata? “Wahai Rasulullah, Khadijah sedang dalam perjalanan menemuimu dgn semangkuk sup dan minuman untukmu. Bila dia sampai, sampaikan salam kepadanya daripada Tuhannya dan aku, dan berikan kepadanya khabar gembira tentang istana daripada permata utknya di Syurga, diamana tiada kebisingan dan kepenatan.”

 

Apa kisah yg anda baca drp cerita ini? Pada saya, mengapa diceritakan tentang syurga perihal tiada kebisingan dan kepenatan? Surirumah sudah tentu maklum kan? Bagaimana agaknya keadaan Khadijah dirumah dgn 4 orang anak, dan kepenatan menguruskan rumahtangga? Jawab sendiri.

 

Banyak lagi tentang Khadijah, tetapi yg last ini membuatkan saya rasa sedih dan sangat2 ingin berjumpa dgn Khadijah. Bila Khadijah sakit dan nearly menemui ajal, dikatakan kpd Rasulullah saw, sekiranya tulang belulangku boleh dijual, maka juallah (tulangku setelah aku meninggal) untuk membiayai perjuanganmu utk Islam. Subhanallah.. Sesudah Khadijah wafat, ia merupakan tahun kesedihan utk Rasulullah, bahkan untuk semua umat Islam, semua hartanya dihabiskan utk jalan Allah.

 

 

Khadijah.. pengorbananmu sungguh besar. Engkau sungguh mulia. Kami beruntung memperolehi kamu sebagai ummul mukminin, ibu kaum muslim. Semoga kami diberi banyak2 kekuatan utk mencontohimu.

 

 

Anda mungkin meminati artikel ini:

Isteri

Nasihat untuk pengantin lama

3 Replies to “Kisah disebalik cerita”

  1. Mmg sedih bila mengenangkan wanita semulia Khadijah dan prjalanan hidup beliau. Terima kasih atas post akak. tiada manusia yg sempurna di dunia ini tetapi kita boleh berusaha utk menjadi yg tbaik. soal dpt@tak, itu belakang cerita, yg penting kita berusaha kearah yg lebih baik..

    Kak ellies, semakin berkurangn wanita seperti Saidatina Khadijah.. Semoga apa yg akak sampaikan ini akan membuatkan ramai pmbaca cuba mengikuti jejak langkah khadijah sbg seorg isteri, ibu dan ahli perniagaan yg cemerlang 🙂

  2. Salam akak,dah lama tak antar pos ke blog ni wpun selalu je baca dan ternanti2 new posts 🙂

    Ya betul saya setuju sgt2 dgn entry ni…rasa susah nak contohi Khadijah.

    Tapi kadang2 saya juga terfikir, Saidatina Khadijah mengahwini Rasul yang maksum. Jika Baginda 'berkhalwat' sekalipun, baginda masih akan balik ke rumah dan kat rumah baginda akan bergurau senda dgn isteri, bermain2 dgn anak, buat kerja rumah (even jahit butang baju). So, takde reasons nak marah, takde reasons nak mengeluh kan. Ajak beriman bersama2.

    Rasanya itu pun ciri2 suami yang kita nak. Antaranya tolong keje rumah, sama2 ajak ke arah kebaikan.

    Tp nnt jika hal ni ditanya mungkin akan dikatakan takpela, yang penting kita lah berusaha jadi isteri solehah regardless suami mcm2 mana pun.

    Sama jugak kalu orang kata dalam hal mencari suami. Ikutlah mcm Khadijah, Khadijah yang approach dulu Rasulullah.

    Tp kadang2 terfikir, kita perempuan biasa (bukanlah yang terkenal dgn baik budi, suka bersedekah, dari golongan bangsawan etc spt Khadijah), mana mungkin nak approach seorang lelaki yang baik , beriman dsb (biasanya lelaki yang baik la kan yang kita nak approach tuh hehehe)

    Saya bukanlah oarang yang menidakkan sumber sejarah Islam dsb cuma2 kadang2 terfikir je la. Dan saya tidak menafikan saya juga tersangat ingin menjadi isteri solehah 🙂

    Wassalam

  3. Khairunnisa', Chik, sorry lambat sangat respon.. saya memang dah lama tak menjengok blog ni.. baru nampak rupanya ada komen di sini..

    Ya, sejarah wanita2 Islam zaman silam memang banyak terkubur utk kita gali. Atau pun, jika ada, perlu kita lihat semula dari kacamta seorang wanita utk kita pelajari darinya. Semoga Allah memudahkan kita dan membuka jalan kpd kita utk mencontohi mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.