Badrul dan anak2 di pantai Tengah, Langkawi..

Assalamu’alaikum.. lama saya tak berposting kan? Saja saya nak post ni walaupun takder isi untuk memberitahu bahawa saya still hidup dan bernafas… just…

Pulang bercuti ke Malaysia baru ni, Adam dan Lala puas memujuk kami.. mereka nak tinggal kat Malaysia.. sebab Malaysia panas! Masa tuh kat England snow tebal, gelap dan depressed. Biasalah..holiday kan best… takder tanggungjawab, takder kerja. Bad bagitahu Adam, kalau kita tinggal kerja kat Malaysia, agaknya Baba takder masa banyak bermain dgn Adam, Lala macam sekarang. Mana tidaknya, ada sahabat2 kami yg doktor, ada yg gelap2 anak belum bangun dah keluar, malam baru balik.. hmm. Adam dan Lala pun, tiap2 hari ada homework tau. Sini homework yg seminggu sekali pun diorang dah bising. Tuh tak termasuk kokurikulum lagi..

Walau bagaimana pun, saya sendiri pun merasa goyah. Sampai2 airport Malaysia je dah nampak orang2 melayu dan yg bertudung tersenyum menyambut kedatangan kami. Dan sepanjang kat Malaysia, saya rasa sungguh senang berbual dan berlawak dgn orang sekeliling. Tak payah fikir2 banyak2 sebelum berbicara sehingga kadang kala takder vocab utk describe apa sebenarnya yg saya maksudkan pada omputeh…

So, konklusionnya.. betula la kata orang2 tua.. hujan batu negeri sendiri, hujan emas negeri orang, dan mengapa saya tidak faham lebih baik hujan batu itu.. sekarang sudah saya fahami.

p/s: saya akan officially masuk tahun ke-3 next week… so akan semakin sibuk dan semakin gabra.. doakan..

8 Replies to “Hidup lagi”

  1. 🙂

    Tuhla kan kak elies? Walau ujan emas negara orang.. kadang lagi selesa dengan hujan batu negara sendiri.
    Ceh nur cakap pun macam selalu pergi negara org pulak? Haha…
    Cuma kadang bila kat satu tempat yang lain yang baru.. walau macam mana selesa pun, at one point, nur terigt tempat nur dari kecik sampai la besar terasa-rasa selesanya kat situ.
    Tapi sebenarnya, suma tempat2 kita pergi ni suma ada pelajaran yang Allah sampaikan..

    Apapun, moga mudah perjalanan kita semua amin.

    p/s : Glad you are still alive. 😛

    nur

  2. Eh kak, bukan back for good kaa?? Best gak kalo akak balik Mesia ni, bleh citer hal ehwal kat sini plak.

    Semoga akak terus sukses lam tahun mendatang ni. Windu ngan tulisan akak. Hehehe!!!

    IkLan : Sy plak tingin nak main snow. :p

  3. Askum kak elis

    Have a great time whilst in UK. Suami saya doktor juga, memang sangat sibuk dan tentunya exam oriented di Malaysia akan kurang menyelesakan perkembangan anak-anak. M.lg dan P.lang saya hampir 4 tahun di UK. Phd. Anak-anak beliau menjadi dan sangat bijak.

    Semoga tahun mendatang 3, akan diberkahi dan diberi Rahmah melimpah.

    Setiap jejak bumi, ada rahsianya menurut ALLAH. Di mana kita diletak, di situ ada sesuatu dari ALLAH.:)

  4. Tima kasih Nur, Eriyza & Sumayyah. Betul, tarbiyyah Allah ada dimana2.. samada kita faham atau tidak, samada syukur atau kufur. Dimana bumi di pijak, disitu Tuhan penguasa langit dijunjung.

  5. Salam kak,

    saya yg belajar di gombak pun rasa nak balik every week, ini kn plak akak ek? well, lama akak xpost. walaupun akak post simple cmni je,tp saya tau akak still sihat n happy disana. akak, sy teringin kesana. negara 4musim. doakan ye

    (ngara 4 musim tu after mekah la :))

  6. salam kak elies…….

    nice blog!!!!
    teruskan menulis…byk pelajaran yg saya dpt kat sini…harap2 kak elies tak stop…

    saya suka cerita2 parenting yg kak elies tulis…saya ada gak jenguk lain2 blog…tp kebanyakan nya bercerita tanpa maksud(takde pengajaran pun)…but, bila jumpa blog ni rasa seronok….walaupun kadang2 entry tu pendek tapi sangat memberi kesan…
    harap2 akak tak putus menulis…

    aida

  7. Salam

    Saya terpanggil dgn entry saudari yang ini…tentang ketidaksediaan saudari sekeluarga utk pulang ke tanahair dan berkhidmat di sini. Saya assume suami Puan dahulu belajar
    Ijazah perubatan bukan atas biasiswa kerajaan(jpa mara etc) tetapi atas bantuan kewangan ibu bapa beliau. Atau mungkin saudari sekeluarga masih menetap di sana utk menamatkan pengajian Phd saudari ataupon suami sekarang sedang dalam proses menjadi seorg specialist(memandangkan kekurangan doctor specialist juga kritikal )??

    nisbah doktor ke pesakit di negara kita sgt kritikal.. jawatan doktor di malaysia perlukan banyak doktor supaya bila oncall tidak perlu sehari suntuk 24 jam…kalau ramai doktor barulah working condition boleh improve…tiadalah lagi pesakit yg mati sia2 krn tidak mendapat rawatan yg sepatutnya..tiada lg ketidakpuasan hati pesakit atas layanan doktor2 yg dikatakan sombong, ckp kasar (kerana sbnrnya dorg terlaly exhausted .. mentally and physically) tidak beretika etc

    .i am just fed up with all d' selfish and self centred medical student…sekurang2 nya berkhidmat dulu pd rakyat malaysia lima ke sepuluh thn .. duit yang guna buat belajar beratus ratus ribu tu hampir sejuta mungkin…itu suma DUIT RAKYAT…dah belajar tinggi kemudian bersenang di luar Negara tetapi tidak mahu pulang berkhidmat… sgt menjengkelkan…just a personal view

    saya harap saudari sekeluarga bukan bersikap demikian kerana berdasarkan pemerhatian saya saudari dan suami org yg beragama dan berakhlak mulia. Sekian dari saya. Terima kasih.

  8. salam Khairunisa', Insya-Allah semoga kamu mendapat apa yg dihajati, amin.

    Aida, terima kasih atas ziarah. Apa lagi nak cerita.. dah saya pun hari2 dgn anak2 je.. kalau Aida ada cerita kongsi2lah dgn kita ye?

    Anonimous. Its ok to vent out your frustrations in this blog.. or any other blogs. And.. you are free to think what ever you want to think. But every person has his/her own reasons that he/she does'nt want to share with the world.

    Cukuplah Allah yg tahu segala2nya..

Leave a Reply

Your email address will not be published.