Paling lama saya tak mengepos apa2 ke blog ini rasanya. Maafkan saya sekiranya korang menunggu, tapi harap korang bersabar.. macam tajuk post saya kali ni.
Lately, banyak betul benda yg menguji kesabaran saya. Sabar bukan perihal menahan marah sahaja, tetapi bersabar dalam mendapatkan sesuatu, bersabar bila diuji dgn ksesusahan mahupun kesenangan. Time drive pun saya jenis kurang sabar.. cepat je jantung/darah menggelegak bila org drive tak senonoh. Bila buat experiment pun, tak sabar nak dapatkan result. Dan paling2.. bila anak2 berlawan2 mulut.. oh.. sungguh merasa kurang sabar.
Walau bagaimana pun, nasib baik Bad sabarkan saya. Dia terangkan kepada saya tentang kelebihan bersabar atas perkara2 yg lain, contohnya kekuatan. Contohnya ,20 orang yg sabar (yang mempunyai persediaan/kekuatan) sama nilainya dengan 200 orang yg tidak sabar, i.e. 1:100.
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَفْقَهُونَ
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu) dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. (Anfal: 65)
Tapi, bila mana seseorang itu kurang persediaan (i.e dalam keadaan lemah) 100 orang bersamaan nilainya dengan 200 orang, yaitu 1:2.
الْآنَ خَفَّفَ اللَّهُ عَنْكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا ۚ فَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar. (anfal 66)
Sabar dan taqwa itu, sama anologynya seperti orang yg berhati2,
seperti Adam jalan atas sungai yg dah jadi ais.. hati2, slow2..
Maknanya, begitu tinggi nilainya dan kekuatan yg ada pada orang2 yg bersabar. Kadang2, kita bila tengah marah, kita kena fikirkan balik kenapa kita perlu marah? Adakah sebab kita rasa kita mulia dan org memijak2 kemuliaan kita itu bila dia berbuat sesuatu pada kita? Adakah kita lebih mulia drp Rasulullah saw bila masa baginda dibaling batu di Thaif sehingga darah darp kepala banginda meleleh hingga ke kaki, dan dikatakan darah itu membeku sampai melekat kasut baginda. Malaikat yg menjaga gunung ketika itu offer utk menjatuhkan gunung kepada org2 yg berbuat begitu kepada baginda, tetapi apa kata Rasulullah saw? “Jangan, boleh jadi ada antara anak2 mereka yg akan memuliakan Islam…” Betapa tingginya akhlaq baginda, begitu berwawasan jauh, begitu pemaaf sehingga selepas itu lahir drp golongan tersebut pahlawan2 Islam, maaf saya lupa nama2 mereka.
Kita perlu mengikut contoh baginda. Allah befirman dalam al-Quran surah an-Nahl ayat 127,
وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ
Hendaklah engkau bersabar, sedang kesabaranmu itu hanya kerana keredhaan Allah.
Dan banyak lagi contoh yg ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah saw tentang sikap sabar, antaranya ketika baginda kembali ke rumah dan mendapati tiada makanan disediakan, maka baginda berkata beliau akan berpuasa, tiada keluhan, tiada leteran. Jauhnya dengan sikap kita sekarang yg suka mengeluh, komplen, siapa tuan, siapa hamba semuanya hilang. Sesungguhnya kata Allah, orang2 yg bersabar adalah golongan yg menjadi pemimpin,
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا
Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin2 yang membimbing mereka dengan perintah Kami,iaitu apabila mereka bersikap sabar. (As-Sajdah:24)
Semoga Allah menjadikan kita termasuk drp golongan mereka yg sabar. Dan terlebih pentingnya, sebagai seorang ibu, saya perlu menjadi seorang yg sangat sabar… lillahi ta’ala.
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Hanyasanya orang2 yg bersabar itu akan disempurnakan pahalanya tanpa kiraan (Az-Zumar:10).
salam kak.
Alhamdulillah dgn kesabaran sy akhirnya dpt gak sy baca blog akak lg. Lama akak tak buat new entry. 🙂
Sebenarnya, sy pon skrg diuji dgn pelbagai ujian yg kadang2 buat sy hilang sabar. Bila hilang sabar, sy hanya mampu mnangis supaya sy tak buat benda2 yg boleh myakitkan hati org dgn hanya sb sy mluahkan sikap tak sabar sy.. Akak rasa mnangis tu tanda org yg lemah ke kak? 🙁
Apa pun, ilmu yg baru yg bleh buat kami yg baca post ni bfikir sejenak! 🙂