Hiasan corak2 dalam istana Alhambra. Islam pada ketika itu telah banyak mencorakkan dunia.

Masa saya first time England, kat skolah cikgu selalu ajar,” the first person who describe this mathematical formulation was.. this latin person,… then suddenly it was developed next by this English person”… dan saya tahu itu satu penipuan..even numbers yg diguna pakai pun orang Islam yg cipta.
Masa saya di medical school juga begitu, “the first person who described blood flow inside the body was William Harvey,” dan saya tahu sebenarnya lama sebelum itu di described dgn detailnya oleh Ibnu Sina (Avicenna). Saya rasa benci dan meluat, dan saya tak mahu perkara dan penipuan yg sama diberikan pada anak2 saya. Mereka, adalah orang2 yg selalu menyebut tentang, “give credits where it belongs, and about citations, dan tentang plagiarism, tapi dalam masa yg sama, mereka yg menipu diri sendiri. Macam mana boleh sebut tentang Latin dan Roman BC, then suddenly ada gap 800 tahun then org puteh yg buat? Apa terjadi dalam 800 tahun tu? Dalam 800 tahun itu, ilmu itu dikembangkan dgn baiknya oleh orang2 Islam.Ilmu dijaga, dikembang-biak, di kritik, di baik boleh, scientific methods dicipta, terkenal oleh Ibnu Haytham atau Alhazen. Infact, banyak apa yg mencorakkan process research kita sekarang dicorakkan oleh orang Islam, pakai jubah masa graduation pun sebab ikut orang Arab.
Baru2 ini, saya ke Granada, Spain. Saya melihat tinggalam architecture oleh orang2 Islam masa yg lampau. Cantik dan canggih sungguh teknik, ciptaan dan teknologi org2 Islam dahulu. Salah satu yg mengkagumkan saya adalah Alhambra. 

Alhambra di cipta sempena ‘heavens on earth’, ada sungai2 yg mengalir, pancuran air, internal garden, fortress dan towers. Ukiran2nya delicate, design architecturenya menggunakan mathematical fractions, sedap dan nyaman di pandang mata.

Bagunan yg dahulunya merah dgn lapisan keemasan telah di robohkan, dimusnahkan oleh penakluk kristian pada waktu mereka merampas Spain. Sebelum mereka menakluk spain, semua org Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman dan damai.. bila Spain di rampas, org2 Islam dan yahudi di bunuh atau dipaksa menjadi kristian.

Sebenarnya.. banyak sangatlah benda dalam kepala saya.. saya tak tahu camner nak start, apa nak tulis, perasaan pun bercampur baur, sedih, bangga,.. So saya letak je lah pics supaya korang Nampak apa yg saya maksudkan. Yang penting drp sejarah adalah kita pelajari daripadanya. Manusia akan dapat dunia apabila mereka mengekar akhirat. Islam membawa kemuliaan pada semua. Semakin banyak kita belajar, semakin kita rasa tawadhuk pada kekuasaan Allah, dan itulah yg menentukan kejayaan yg sebenar. Pada zaman dahulu, mereka menggunakan Al-Quran sebagai guidance utk mencari kebenaran, dan sebab itulah terjadinya kajian sains. Imam Al-Ghazali bukan sahaja pintar dalam ilmu fekah, tetapi adalah seorang ahli sains yg sangat mahir. Amat berbeza sekarang dgn uztads yg ada sekarang (maaf… sistem pembelajaran sekular yg membentuk kita jadi begini..)

Orang2 Islam jatuh sebab leka dgn dunia. Begitu juga yg terjadi dgn Spain, Egypt, Turkey; Khalifah Islam 1924.

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Al-Araf 96.

Gambar hiasan pada dinding Istana Carlos V, menunjukkan bagaimana mereka telah menewaskan orang2 Islam.
So bagaimana kita dapatkan kembali kegemilangan Islam ini kembali? Cukupkah dgn hanya berbangga dgn hasil nenek moyang kita terdahulu? Kata pepatah Arab, bukan dinamakan anak muda kalau hanya berbangga dgn tinggalan yg lama. Cukupkah dgn hanya mengingat kembali, rasa sedih, kemudian menyalahkan yahudi dan nasara terhadap apa berlaku? Cukupkah dgn hanya memboikot keluaran mereka? Bahkah tidak! Pada pendapat saya, anak2 muda sekalian, bangun! Kenali Allah. Kenali diri sendiri. Kenali Islam. Bangunlah bersama Islam. Islam penyelamat kita semua. Usaha, belajar dgn tekun, kuatkan keyakinan, tingkatkan semangat, taqwa sebenar2nya kepada Allah, nescaya penganut2 Islam pasti akan gemilang semula… Percayalah..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Muhammad: 7.

Masjid Besar Granada, bawah seorang budak sedang menuntut ilmu di hadapan imam masjid Granada.

 

2 Replies to “Corak”

  1. Jazakillah khairan ukhti,
    Sentiasa up-to-date perkembangan blog akak ni
    TQ atas peringatan..buat diri utk terus maju mara demi Islam =)

Leave a Reply

Your email address will not be published.