Kadang2 bila kita terlalu sibuk dengan urusan dunia, baru kita tersedar kita lupakan akhirat. Mengapa, perniagaan yg lebih besar dan mendatangkan kesan berpanjangan dilupakan, perniagaan yg kecil yg short term yg saya kepohkan.. Manusia ini memang pelik…
Masa saya muda2 dulu, saya agak berminat bidang astronomi. Saya gather 2, 3 orang kawan2 saya yg nak belikan hadiah hari jadi saya ketika itu, ”daripada korang beli sorang satu hadiah yg kecik2, saya lebih prefer korang kumpulkan duit tu utk belikan saya sebuah teleskop!” dengan tidak malunya saya berkata kepada mereka. Dan teleskop merah tersebut masih berdiri megah di atas almari di bilik Adam.
I see so deeply within myself. Not needing my eyes, I can see everything clearly.
Why would I want to bother my eyes again. Now that I see the world through His eyes?
Jalaluddin Rumi (1207-1273)

Dalam ilmu astronomi pula, kalau kita mahu melihat bintang, kita tak boleh ada banyak cahaya dari tempat yg kita lihat. Contohnya, kena gelapkan bilik baru boleh Nampak bintang dgn terang. Ahli2 astronomi professional pula, selalunya menggunakan tempat yg tinggi yg jauh drp kehidupan (cahaya) untuk mencerap. Noise (cahaya) boleh mengganggu kita melihat bintang yg jauh.

Begitulah saya fikir, kalau hati kita ini terlalu banyak dunia, susah untuk kita mengenal Allah dengan sebenar2nya. Bila hati penuh dunia, susah untuk kita ‘nampak’ Dia. Kadang2 kita lupa tentang bab menghadirkan khusyu’ dalam bacaan2 solat. Kita lupa yg semasa kita bersolat itu adalah bicara kita dengan Allah, Tuhan semesta ‘alam. Kita lupa yg Allah tahu segala2 dalam hati kita, kita lupa yg Allah tahu apa yg kita buat sebentar tadi semasa kita berseorangan, kita lupa betapa besar dan powernya Dia.

Di sebabkan itu, kita solat laju2.. ayam patuk makanan pun tidak selaju itu. Kita solat tanpa rasa takut atau berdosa kepadaNya, tanpa rasa malu kepadaNya. Kita lupa bacaan solat kita, “sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian ‘alam” adalah janji kita kepadaNya yang kalau kita hayati, tidaklah sepatutnya membuatkan kita dalam kehidupan dunia ini membuat pekerjaan kita sambil lewa atau cepat berputus asa.. kerana segala2nya adalah hadiah kita buat Dia….

Antara dua cinta

apa yang ada…
jarang disyukuri..
apa yang tiada…
sering dirisaukan..
nikmat yang dikecap..
baru kan terasa..
bila hilang..
apa yang diburu..
timbul rasa jemu…
bila sudah di dalam genggaman…
dunia ibarat air laut..
diminum hanya menambah haus..
nafsu bagaikan fatamorgana..
di padang pasir..
panas yang membahang disangka air..
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang..
dilihat ada ditangkap hilang..
Tuhan.. leraikanlah dunia..
yang mendiam di dalam hatiku..
kerana di situ tidak ku mampu..
mengumpul dua cinta..
hanya cintaMu ku harap tumbuh..
dibajai bangkai dunia yang kubunuh..

 

(lagu kumpulan the zikr, lirik Pahrol Mohd Juoi)

4 Replies to “Dunia”

  1. Salam Kak Elies…

    RINDU pada entry akak…Alhamdulillah 🙂

    Jazakillah khairan diatas entry ini kak…a good reminder indeed…

    Moga Kak Elies dan keluarga, sentiasa berada di dalam pelihara, rahmat serta redha Allah…Ameen

    All the best and you take care ye kak! 🙂

    Salam dari Malaysia:
    -Faiza-

  2. Faiza, maaf terlalu lambat membalas post Faiza ini. Akak harap Faiza selamat dan sentiasa dlm redhaNya.

    Baiti.. kita memang banyak yg sama 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.