Alhamdulillah sekiranya korang memang semenjak kecik jenis yg baik2.. Tidak saya.. walaupun saya dulu taklah dikategorikan nakal, tapi masa saya muda2 saya tak menutup aurat hingga agak lambat. Namun, saya bukanlah jenis yg ada boyfriend atau tak mendengar cakap mak bapak saya, tak juga jenis yg keluar rumah..
Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada fitrahmu..
Scotland 2010.
Bagaimanakah kali pertama korang tertarik kepada Islam? Saya dahulu, kalau jumpa ustad atau cikgu yg direct asyik suruh pakai tudung, saya ada rasa agak ‘memberontak’. Saya pun bersekolah di sekolah yg semuanya perempuan, sampai cikgu2nya pun mostly terdiri drp cikgu perempuan. Saya tak pernah ada kawan lelaki, pergi sekolah pun ayah saya hantar dari door to door, pergi berhantar, balik berambil.. Saya tahu mengapa kena tutup aurat, tapi hati saya masih degil, dan saya rasa kalau saya pakai time tu, macam saya mengalah dgn ‘ustad-ustazah’ yg boring lagi menjenggelkan… “semuanya tak boleh”.
Sehinggalah satu masa saya dikenalkan dgn seorang cikgu ‘Arqam’. Cikgu tersebut memakai purdah, tapi dia tak pernah menyuruh saya memakai tudung. Saya berasa senang dgn dia sebab dia jenis tidak men’judge’ saya. Saya suka dgn cara dakwah dia.. Dia selalu menceritakan dgn saya kisah2 nabi, kisah2 orang soleh terdahulu, dan yg paling kena pada saya, dia selalu bercerita tentang hati.. Dia mengajar saya supaya kasih kepada Allah dan rasulullah saw, sehingga terbit pada hati saya untuk tahu dgn lebih lanjut tentang Islam. Bila saya tahu sedikit sebanyak, barulah saya tahu dan kenal dengan Allah dan Kasih SayangNya, baru hati jadi tunduk patuh pada Allah. Tanpa banyak suruh dan banyak songel, saya mengenakan tudung dengan sendirinya dan saya yakin dan kuat dengan pegangan saya tersebut. Saya tidak ikut2 fesyen orang dan saya tetap strong mengenakan pakaian yg ‘asing’ di negara yg ‘asing’ sebab saya tahu mengapa saya berbuat begitu.
Saya teringat kisah saya dahulu sebab saya perasan recently banyak sgt ‘teguran’ especially di Facebook cara2 berpakaian wanita muslim sebenar. Ada sesetengah teguran tersebut agak kasar, dan ada sesetengahnya membawa pendekatan seolah2 ‘holier than thou’ (iaitu saya lebih mulia drp anda) apabila menegur. To be honest, kalaulah saya kini masih belum menutup aurat, saya akan merasa meluat dgn cara teguran begitu. Seolah2 sama seperti pendakwah yg selalu di gambarkan dalam TV,”ni tak boleh, ini haram, itu haram, itu tak boleh, semua tak boleh!”
Saudara saudari sekalian, bukankah ulama terdahulu berkata, Awwaluddin ma’rifatullah (seawal2 agama itu mengenal Allah)? Mengapa bila kita berdakwah, kadang2 kita menampakkan semuanya menyusahkan? Islam itu adalah agama fitrah, dan fitrah itu adalah perkara yg mudah kerana its only natural.. masalahnya sekarang adalah manusia yg tidak tahu apa lagi yg natural kepada mereka. Wanita2 yg lupa sekiranya dia mengejar kecantikan, trend semasa dan redha manusia, maka ianya sentiasa berubah dan bukan mudah untuk memenagi semua manusia. Fitrah yg paling mudah ialah mencari redha Allah. Mudah? Yes, kerana Allah tidak melihat rupa kita, tetapi Dia melihat hati kita. Mudah? Yes, kerana dengan Allah, kita tak perlu explain atau justify apa2 yg apa yg kita buat, sebab Dia Maha Mengetahui segala2nya.
Sahabat2 yg disayangi sekalian, ketahuilah bahawa Cinta Allah itu melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, dan ketahuilah bahawa cinta ibu itu amat besar, saya sendiri seorang ibu, saya akan berbuat apa sahaja untuk anak2 saya. Kenali diri anda, kenali Allah. Bila ada keinginan untuk bertaubat, janganlah dilengah2kan lagi, entah hari ini atau esok maut menjemput kita, dan time itu kita akan menyesal dengan sesesal2nya, tiada berguna apa yg kita ada. Bila kita pergi kepada Allah sejengkal, Dia akan datang kepada kita sehasta, bila kita berjalan kepadaNya berjalan, Dia akan berlari kepada kita. Beringatlah wahai sahabat2 tentang hari di mana tiada siapa dapat menyelamatkan kita melainkan Allah… Sesungguhnya, tiada yg saya inginkan melainkan supaya Allah memanggil saya dengan panggilan sebegini apabila saya kembali mengadapNya:
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً
فَادْخُلِي فِي عِبَادِي
وَادْخُلِي جَنَّتِي
Wahai jiwa yg tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dgn keredhaan lagi diredhai, masuklah kedalam golongan hamba2ku, masuklah kedalam Jannahku.. (al Fajr:27-30)
Salam Kak Elies…
Akak apa khabar? Moga akak dan keluarga sihat walafiat, serta sentiasa berada di dalam pelihara, rahmat serta redha Allah SWT…ameen
Sangat rindu kat akak dan entry akak!
Jazakillah khair diatas perkongsian yang sangat bermakna itu kak…Moga ianya bermanfaat bagi yang membaca…terima kasih banyak2 kerana sudi berkongsi ye kak…Moga Allah mudahkan segala urusan akak dan keluarga dunia dan akhirat…ameen
All the best for ur Phd Kak Elies! Moga Allah mudahkan urusan PhD akak… moga Allah beri yg terbaik…ameen Ya Allah
you take care ye Kak Elies!
Salam sayang dr Malaysia:
-Faiza-
Salam Faiza, terima kasih kerana masih mengikuti blog akak, rasa2nya dah takder sapa baca pun, akak menulis ni pun sekadar luahan hati yg tak sesuai diletakkan dlm FB. How's life? Kitorang pun amat rindu dgn Faiza.. sibuk ye recently?
Assalam kak,
Saya mengikuti blog akak. Akak, saya ada sesuatu nak kongsi dgn akak. kalau akak ta keberatan, boleh kita btukar-tukar emel? saya lebih suka personal
Kak Elies, faiza masih tetap setia sampai bila2 utk baca setiap entry Kak Elies…sangat2 bermanfaat sis…Kak Elies teruskan menulis ye…moga Allah beri ganjaranNya yang besar pada penulisan akak yang bermanfaat ni…ameen
faiza percaya, masih ramai lagi di luar sana, yang tetap setia membaca setiap dari entry Kak Elies…so,teruskan menulis ye kak…(permintaan yang bersungguh2 ni) (^_^)
Alhamdulillah,life faiza kat Malaysia ni ok kak…Alhamdulillah serta syukur pada Allah diatas nikmat dan rezeki yang Allah berikan ni…
Recently memang agak busy jugak Kak Elies…busy dengan activities students,jabatan dan sebagainya…mencabar jugak rupanya tugas pensyarah ni…student sekarang totally dah tak macam student dulu…apapun,Alhamdulillah Kak Elies, Allah bagi persediaan pada diri faiza dengan usrah dan tarbiyah yang diperolehi sewaktu di UK dulu…sangat banyak membantu dalam kehidupan sekarang ni…syukur pada Allah…
Hope that i can meet you again one day sis…rindu dekat Adnan yang dah semakin besar tu…
take care Kak Elies! (^_^)
Salam,
Tima kasih khairunnisa' atas kesabaran mengikuti blog yg sgt2 jarang diupdate ni. Yup, you can email me @ serikandiku@yahoo.co.uk
Faiza, elok la sibuk.. selalu je akak nampak Faiza update kat FB tu. All the best in whatever you do 🙂
salam kak ellies,
saye adelah one of silent reader here..selalu rindukan post dr serikandi…banyakkanlah update kak koz blog akak ada nasihat yg baik..
dear anonymous,
terima kasih kerana mengikuti blog saya 🙂
Bestnya Kak Elies! You've got a beautiful way of story telling! Keep on writing! I'm reading all your entries tonight!! (It's my first visit today!!)
Salam Azza.. aisey.. malulah saya.. tak pandai menulis macam tulisan Azza.. ni start menulis sejak 2005 masa boring2 tak tahu nak buat apa.. sekadar luahan hati je.. kalau Azza larat nak baca, bacalah Azza.. lagipun tak byk sgt entri.. sebab saya jarang menulis.. welcome to my blog 🙂