Buat yg biasa membaca dan mengikuti blog saya, sudah tentu perasan beberapa kali saya menulis tentang, bila saya dah tua camni, saya banyak berfikir. Dan, apabila saya membaca kisah2 wanita zaman lalu, saya membaca dan merenungnya degan pandangan seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu..
Berita demi berita kita dengar tentang bayi2 yg dibuang, semoga yg melakukan pembunuhan tersebut terus dihantui dgn perasaan bersalah yg tak sudah2 dan semoga mereka bertaubat. Saya terfikir, bagaimana perasaan merka ini bersalin tanpa bantuan? Kuat sungguh semangat mereka tetapi digunakan dalam jalan yg salah. Dan saya telah pernah bercerita tentang keperitan bersalin dalam kisah Maryam a. s.
Bagaimana pula dengan perasaan seorang ibu yg keguguran? Saya pernah mengalami keguguran. Yg pertama, semasa saat awal pregnancy sebelum Adam. Kedua, semasa sebelum Adnan, yg saya pergi scan dan didapati jantung bayi tidak berdenyut lagi. Perasaan sedih saya hanya Allah yg tahu. Tetapi saya ‘untung’ sebab Badrul ada di sisi saya untuk memberikan sokongan.
Bayangkan tentang kisah Zainab binti Muhammad Rasulullah saw. Kisah ini yg membuatkan saya terfikir dgn dalamnya tentang pengorbanan seorang wanita.
Zainab, anak pertama Rasulullah saw dgn Khadijah, berkahwin dengan suaminya; Abul Ash ibn Rabiah, seorang yg bukan Islam sebelum keluar larangan wanita Islam berkahwin dgn musyrik. Setelah keluarnya larangan, dan para sahabat yg disiksa mendapat perintah untuk berhijrah ke Madinah, abul Ash tetap tidak mahu meninggalkan kekufurannya. Walau bagaimana pun, memberikan kebenaran kepada Zainab untuk berhijrah.
Abu Jahal & Abu Sufyan, tahu pasal penghijrahan Zainab (yg ketika itu agak lewat brangkat sebab memujuk suami tercinta) telah memarahi Abul Ash dan mengejar Zainab. Determine utk membunuh Rasulullah saw, mereka berusaha untuk menyakiti sesiapa sahaja yg Rasulullah saw sayang. Mereka telah merentap Zainah jatuh drp atas unta yg tinggi (believe me, memang unta sangat tinggi, saya rasa gayat dudk atas unta) yg ketika itu mengandung nearly cukup bulan. Hentakan itu tersangat kuat dan menyebabkan anak yg dikandung Zainab meninggal.
Zainab, bleeding very heavily.. bayangkan, kesakitan yg amat sangat atas unta (ketika itu, rombongan Islam yg berhijrah ke Madinah telah jauh meninggalkan Zainab) dan kesedihan… bayangkan.. selama 16 hari perjalanan ke Madinah.. keseorangan.. kesakitan, berdarah, kesedihan. Sudahlah terpaksa meninggalkan suami tercinta. Tetapi adakah beliau menyalahkan sesiapa? Tidak… Setelah sampai ke Madinah, Zainab telah jatuh sakit atas sebab2 keguguran tersebut. Perang Badr berlansung, Abul Ash ditangkap oleh orang2 Islam.
Gambar dari NG yg menang award, yg nampak macam unta itu sebenarnya adalah bayang2 unta (yg berwarna putih) itu sendiri. |
وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
naik bulu roma sya baca artikel nie kak..:-(
moga kita semua akan sekuat zainab..INSYAALLAH..:-)
Firdnurjue.. tima kasih.. Naik bulu roma? hehe.. Tulis masa ngantuk tu.. merapu sikit. Yer.. semoga iman kita sekuat zainab.
Sebenarnya bnyk sahaja kisah2 wanita zaman dahulu yg perlu kita rungkai kembali dan pelajari darinya.. keana mereka juga wanita seperti kita..
Akak…
As usual, I love it~~
U make re-think
to be strong and strong
until stronger
Thanks kak ^_^ Nice entry