…Sambungan daripada cinta (I)     

South Lake District, Cumbria, Oct 2011.

When you love someone

(Bryan Adams)
When you love someone you’ll do anything
You’ll do all the crazy things that you can’t explain
You’ll shoot the moon put out the sun
When you love someone
You’ll deny the truth believe a lie
There’ll be times that you’ll believe
You can really fly
But your lonely nights have just begun
When you love someone
When you love someone you’ll feel it deep inside
And nothing else can ever change your mind
When you want someone – when you need someone
When you love someone
When you love someone – you’ll sacrifice
You’d give it everything you got and
You won’t think twice
You’d risk it all – no matter what may come
When you love someone
You’ll shoot the moon – put out the sun
When you love someone

Tahun ini masuk 15 tahun saya menjadi isteri Badrul. Setiap anniversary, semenjak kami bernikah, kami akan memberikan hadiah kepada each other. Dulu saya pernah bercerita tentang bagaimana kesusahan (financial) yg kami alami pada awal2 perkahwinan.. maka hadiah2 pada zaman tersebut, tidaklah mahal.. hanya mengikut kemampuan kami pada masa itu, tetapi ianya sangat2 bermakna.

Kini, apabila kami menjadi semakin tua, semakin susah untuk fikir apa yg patut kami berikan each other, especially bila kita rasa yg kita ada ‘segalanya’, daripada sekecil2 barang perhiasan, electronic gadgets hinggalah ke kereta, rumah etc. Maka, tahun ini, Badrul telah memberikan saya lagu di atas dan saya sangat2 menyukainya.
Sambungan daripada kisah yg lalu.. (hehehe.. rasanya hari tu ada yg tunggu.)
Actually, dalam sebulan dua sebelum Bad meminang saya, saya ada mendapat mimpi tentang dia. Saya fikir ianya datang dari syaitan sebab saya tak pernah menaruh hati pun pada Badrul dan tak pernah kenal pun lebih2 lagi berborak2 pun dgn dia. Later (lepas berkawin) baru saya tahu rupanya yg time saya mimpi Badrul tu coincidental dgn dia solat istikharah tentang saya, twice!
Anyway, di depan saya pada ketika itu di dalam sebuah Masjid (Masjid Didsbury), sorang kakak (kak Ina) memberitahu saya yg Badrul telah meminang saya melalui suami kakak Ina. Saya tak rasa apa2 pun ketika itu melainkan mahu tergelak besar. Sebabnya saya rasa masih terlalu muda untuk fikir pasal kahwin (baru 19 tahun) dan tak rasa apa2 pada Badrul.. tak benci dan tak saying.. nothing! Saya beritahu pada kakak tersebut, berilah saya masa dahulu utk fikir. Semasa itu, kami pelajar2 Malaysia sedang berkumpul di Masjid Didsbury sebab program gathering musim sejuk. Pada setiap musim di sini, ada program berkala untuk pelajar2 berkumpul dan mendengar ceramah2 mengenai motivasi belajar, mengenai Islam dan sebagainya. So, pada malam tersebut, bertempat di dalam ruang wanita masjid yg sunyi sepi berseorangan (tempat tidur wanita ada di ruang bawah masjid di tempat lain, tiada siapa di situ sebab sangat sejuk, pemanas dalam masjid dimatikan pada waktu malam), saya telah bersolat istikharah dan hajat bertanyakan kepada Allah supaya menunjukkan saya jalan yg betul, bertanya tentang apakah yg harus saya lakukan, bertanyakan tentang petunjuk. Saya solat banyak2, saya mengaji hingga saya tertidur atas sejadah tersebut. Sedar2 telah hampir waktu subuh, tetai saya bangun dengan perasaan yg saya tahu yg saya perlu menerima pinangan Badrul.. hati saya juga ada timbul sedikit perasaan…. Senang dgn dia.
Kak Ina bertanya kepada saya sekiranya saya mahu respon, saya kata belum lagi (baru 1 hari fikir saya, takmolah nampak macam mudah sangat.. kononnya saya menjual mahal), saya beritahu kak Ina, beri saya 2 minggu. Setelah saya kembali ke London, saya masih lagi istikharah seperti biasa so that I wanted to be sure. Ingat tak dulu saya cerita yg saya selalu baca Quran dan biasanya ayat yg saya baca hari tu ada kena mengena dgn apa yg berlaku hari tu? And so, hari itu saya telah membaca suatu ayat,


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ



“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.”(ali-Imran:190-191)

South Lake District, Cumbria, Oct 2011.

 

Setelah habis saya menutup alQuran, “tung!” bunyi posmen memasukkan surat ke tempat surat. Ha surat untuk saya (zaman tu takder tenet2 ni..). Saya buka rupanya surat tersebut adalah daripada Badrul dan guess what, ayat pertama yg dia tulis adalah sebiji ayat ali-Imran 190-191 tersebut. Saya berfikir yg this must be it, Badrul adalah bakal suami saya dan saya harus menerima pinangan beliau..
(bersambung..)

3 Replies to “Cinta (2)”

  1. Salam my dearest Kak Elies…

    Moga Kak Elies dan keluarga berada di dalam keadaan sihat, dan sentiasa di dalam pelihara, rahmat serta redha Allah…ameen

    Bila Akak tulis "Sambungan daripada kisah yg lalu.. (hehehe.. rasanya hari tu ada yg tunggu.)" saya jadi tersenyum sorang-sorang kat office nih…hehe…mmg dah lama tunggu episode nih (^_^)

    anyway, waiting for ur next episode kak 🙂

    Kak Elies, gambar Lake District kat atas tu, buat saya sangat sangat sangat rindu dengan UK…last few days ni, saya membelek gambar-gambar sewaktu di UK dan di Lake District juga…How i miss them tremendously!

    All the best Kak Elies and you take care ok! miss you kak!

    LOVE from Malaysia:
    -Faiza-

  2. indah andika and faiza,

    sila lah tunggu.. say sebenarnya segan tulis bebenda camni sebenarnya hhehe

    Faiza, dtg lah holiday UK, miss u too.

Leave a Reply

Your email address will not be published.