It is a very delicate thing nak cerita tentang fesyen muslimah. Di sebelah kiri sana ada golongan yg sgt2 liberal tentang aurat muslimah (saya tak masuk lagi dgn gol yg tak pakai tudung), tidak kisah memakai tudung pendek dgn baju ketat atau berlengan pendek atau memakai leggings, dan di sebelah kanan pula golongan yg percaya yg muslimat perlu berfurdah, berjubah dan tidak bewarna selain hitam gelap. Saya pernah berada di kedua2 end spectrum. Saya tahu apa yg saya mahu tulis di sini akan tentunya mendapat tentangan sesetengah pihak, tapi saya lebih berpendapat yg mengajak manusia membuat kebaikan melalui contoh adalah lebih baik drp cara menghukum.

 Banyak org yg mengutuk habis-habisan org yg tak menutup aurat dgn sempurna tetapi at the same time tidak menunjukkan bagaimana cara menutup aurat yg baik. Tidak semua orang selesa memakai jubbah, dan saya percaya untuk menutup aurat dgn baik, ada cara lain selain berjubah. Dan ada juga keadaan di mana pekerjaan kita membuatkan jubbah tidak praktikal sebab bimbang tersangkut pada machine atau sebab2 keselamatan yg lain. Islam itu mudah dan tidak menyusahkan. Dan itulah tujuan saya membuka postings tentang fesyen muslimah di sini. Pada saya, untuk menutup aurat dgn sempurna perlu mematuhi beberapa syarat;

  1. Dada mesti tertutup dan tidak terbentuk pada mana2 bahagian badan. Dengan itu, kain yg menutupi tersebut tidak boleh jarang atau lembut (ada je tudung dah labuh tapi kainnya terlalu lembut).
  2. Tidak menyerupai pakaian keagamaan org kafir seperti pakaian sami, rahib etc. Adapun pakaian orang bukan Islam yg telah menjadi normal dipakai oleh semua orang dibolehkan oleh ulama seperti seluar, skirt, tie dan sebagainya.
  3. Tidak memakai wangi-wangian dan tidak bersolek.
  4.  Dan tujuan saya di sini adalah untuk kita sama2 membincangkan dan tunjuk contoh pakaian yg macam mana J.

Ada satu masa dahulu, seorang kawan saya pernah bertanya, bagaimana caranya utk dia memakai satu tudung yg sgt cantik patternnya, tapi sayang tudung tersebut pendek. Penyelesaiannya pada pendapat saya ada 2 cara, satu dgn cara mengikat tudung tersebut, dan satu lagi adalah tudung tersebut masih boleh di pakai dan dipadankan dgn shawl, i.e tudung panjang yg di pakai dan di letakkan sebagai selendang atau.. jeng jeng jeng.. memang ada beberapa cara lain untuk menutup dada.. dan itu salah satu muqaddimah saya mengenai fesyen muslimah di sini..

Disclaimer:

  • No.1: saya memang suka perkara2 yg cantik,
  • No.2: ambilah apa2 yg baik dari blog ini sekiranya sesuai dgn anda boleh di pakai di luar, sekiranya tidak, pakai dan melawalah di hadapan suami anda, dia sudah tentu suka melihat isterinya cantik dan kemas begaya sentiasa dihadapannya, kalau kita selekeh selalu macam mana kita nak salahkan dia sekiranya di melihat pompuan lain yg cun di luar.
  • No. 3: nak melawa tak semestinya berbelanja banyak dan mahal, kita mesti tahu bagaimana nak recycle dan padankan apa dgn apa, tak perlu ada byk dan membazir.
  • No. 4: Janganlah jadi cun sahaja tapi kebersihan tidak di jaga, kuku panjang, pengotor dan tudung berbulan tidak dibasuh. Saya pernah semasa bersalam dgn seorang muslimah yg sudah cukup sempurna tutupan auratnya tetapi baunya amatlah busuk, saya tak suruh wangi, tapi at least janganlah busuk.
  • No. 5: aurat muslimah, bukan hanya pada pakaian, tetapi perlakuan, ada perempuan yg telah tutup elok tetapi gelak mengekek2 dan ada g sometimes bercerita dgn org lain tentang kecantikan diri sendiri etc, basically tak tunjuk tapi tell.
  • No. 6: last but not least, saya bukan seorang ustazah, saya hanya seorang perempuan yg berusaha menjadi muslimah yg baik. So, sekiranya ada pendapat para agamawan yg bertentangan dgn pendapat saya, maka ambillah yg terbaik drp mereka.

 

Sekarang ni musim autumn di UK, angin selalu bertiup kencang, maka saya selalu memakai seperti contoh diatas utk berkerja dan sebab kerja saya banyak berjalan perlukan kasut yg comfy.

(..bersambung..)

3 Replies to “Fesyen Muslimah”

  1. Salam.

    Kak, sebelum ni Er mengaku yang Er suka pakai tudung yg tak tutup dada.
    Tp lama2 bila Er tgk perempuan yg pakai tudung labuh & berpakaian muslimah,
    Er rasa macam bminat nak berubah. Skrg Alhamdulillah Er dh pakai tudung tutup dada
    dan skrg nak cuba pakai baju muslimah.

    Tp kan kak, ada satu perasaan yg tak best. Badan Er agak chubby. So, Er rasa taut org kutuk Er. “Eeeeii.. macam makcik!!.. Mcm mak orang..!!”.

    Perasaan mcm ni Er tak suka. Tp skrg Er teruskn jugak pakai baju muslimah tu. Nekad krn Allah. Tp keyakinan tu dah makin berkurangan.
    Akak ada tak NASIHAT yg bleh buat Er yakin dan takkan bpatah balik?

    Thanks kak. Salam.
    (Maaf kalau Er tnya & mnyusahkan akak nak menjawabnya) =)

  2. Salam Er, akak nampak jawapan Er pun dah ada dalam soalan Er. Yakni, awal2nya niatkan pemakaiannya kerana Allah. Ada akak tulis dulu satu dalam blog https://www.serikandiku.com/2011/03/20/semua-tak-boleh/, buat anything utk pleases Allah adalah jauh lebih mudah drp untuk please manusia. Dan dalam persoalan Er tadi adalah tentang keyakinan yg menjadi semakin lemah. Dalam apa2 hal pun masalah dalam hidup ni, cara nak selesaikan masalah adalah dgn mencari punca, seperti seorang doktor nak beri ubat pada pesakit, tahu punca baru boleh tahu apa nak ubatnya, bukan sekadar bagi ubat tahan sakit… ubat tahan sakit tu pun perlu sementara untuk menanti ubat yg sebenar memberi kesan. Dalam hal Er ni, kalah masalah asalnya adalah berat badan, mungkin boleh diusahakan untuk menurunkannya. Kalau masalahnya adalah tentang keyakinan, boleh ubah persepsi diri, atau Er mungkin juga try pakai pakaian yg menutup aurat yg sesuai potongannya dgn your shape. InsyaAllah next time kita boleh discuss lagi.

    1. Salam.

      Btol cakap akak. Sblum ni er tau punca tp tak tau nak mengubah apa yg bleh diubah. Ok. Er akan cuba utk tidak mengendahkan apa org lain nak ckp (perkara yg tak penting). Janji Allah suka dengan cara Er. Hope Er kuat dan mudah2an apa yg Er buat ni bpanjangan kak. Thanks kak sbb slalu kasi jwpn yg buat Er bfikir.

      Doakan Er tak ‘hangat-hangat tahi ayam’ je kak. Amin Ya Rabb. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published.