Sekiranya anda rajin melayari internet untuk membaca berita2 semasa, especially yg berbahasa Inggeris, anda sure nampak banyak sangat kutukan2, hinaan dan cacian dilemparkan kepada orang2 Islam dan kepada baginda Rasulullah saw. Tengok sahajalah komen2 di youtube tentang islam, dan surat2 khabar tabloid murahan. Sebak dan sempit dada membacanya. Tetapi, hati akan menjadi lebih pilu membaca tohmahan kepada islam yg datangnya daripada orang2 Islam sendiri, sisters in islam contohnya. Lukisan kartun yg menghina nabi tu adalah tips of the iceberg, sebenarnya banyak lagi cacian dan kebencian mereka terhadap islam, mostly due to mis-information by the media.

Kota Paris, may 2011.
Paris, May 2011.

Sedang saya terfikir2 mengapakah datang perasaan bencinya mereka kepada islam, padahal Islam itu membawa banyak kebaikan kepada semua, dan tentang apa yg boleh kita lakukan… saya teringat benda ni telah terjadi sejak zaman nabi lagi. Bukan sekadar hinaan dan cercaan daripada mulut2 mereka, bahkan ada yg memijak kepada nabi semasa baginda sedang sujud solat, menjerut leher nabi, yg ingin menikam nabi (kalau tidak di halang jibrail a.s), meracun makanan nabi dan melontarkan campuran najis dan darah kepada nabi yg mulia. At least sekarang, generally2 di negara ‘demokrasi’ mereka hanya boleh mengata dengan mulut mereka.. masih belum boleh harm physically. Itupun kita masih takut untuk berdakwah dgn mereka. Selain drp berdakwah selagi upaya kita melalui perbuatan, percakapan, penulisan dan seumpamanya, probably there’s nothing more yg boleh kita boleh buat sebagai individu (selain drp doa of course).

Allah berfirman di dalam al-Quran suraf as-soff ayat 8:

 يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

“mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang2 kafir tidak menyukainya..”

Tak cukup sekali Allah berjanji lagi dalam ayat seterusnya:

 لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

“…supaya Dia memenangkan dan meninggikannya atas segala agama yg lain, walaupun orang2 musyrik tidak menyukainya..”

So, bagaimanakah caranya kita deal dengan orang2 sebegini?

Di dalam surah al Furqan ayat 63 pula Allah telah berfirman:

 وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

“Dan hamba2 ar rahman adalah mereka yg berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang2 yang berkelakuan kurang adab menghadapkan kata2 kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan selamat (salam untuk kamu). “

 

Grande Mosquée de Paris
Courtyard di Grande Mosquée de Paris (Masjid Besar Paris), May 2011.

Berdakwahlah kepada mereka dgn sopan santun. Dan boleh saja ucapkan “peace (salam) bro..” kepada mereka apabila nampak sangat yg mereka kadang2 berhujjah dgn kita bukan untuk mencari kebenaran, tetapi hanya untuk menghina dan untuk menang, dan believe me inilah yg selalunya terjadi. Ada sesetengah kita org2 Islam yg merasa malas dan juga yg merasa segan untuk berdakwah, especially dgn orang2 yg bukan Islam. Ada yg hanya mahu bergaul dgn kelompoknya sahaja walaupun tinggal di negara majority org kafir. Sahabat2 sekalian, pengetahuan untuk berdakwah itu perlu di cari, cara2 berhujjah (memberikan penerangan dan jawapan) perlu digilap, confidence (keyakinan) itu datangnya dengan ilmu. Jangan sahaja disebabkan kemalasan kita, kita akan ditarik ke neraka oleh mereka ini kerana kita tidak pernah mengajak atau melayan pertanyaan kita… na’uzubillah. Setelah kita berusaha bersungguh2 maka yg lain itu terserahlah kepada Allah kerana hidayah itu milikNya.

Grande Mosquée de Paris
Pemandangan waktu malam di salah satu courtyard Masjid Besar Paris (Grande Mosquée de Paris), May 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published.