“This is not an ordinary journey. It’s not a holiday trip either. It’s a journey of mind body and soul. A special journey full of tarbiyyah from the beginning you made the intention of doing hajj. It’s not a trip to tick the list of your Islamic Pillars. It’s a journey full of pit stops for you to ponder and reflect. There will be no doubt, events that you will react to which caused you to feel despair frustrated, happy and elated mixed feeling. “
Begitulah catatan dalam journal perjalanan Badrul, suami saya. Both Badrul dan saya decided untuk menulis pengalaman Badrul mengerjakan haji baru2 ini dgn harapan semoga pembaca mendapat manfaat drpnya. Sebelum Badrul bertolak pergi, kami sentiasa berdoa semoga Badrul mendapatkan khusyu’ dan merasakan kelazatan beribadah, kerana tanpa merasa lazatnya beribadah, perkara yg susah menjadi berat kepada hati.
Sebaik sahaja mata saya baru nak terlelap setelah setelah menghantar Bad ke rumah tempat berkumpulnya rombongan Jemaah haji pada jam 3 pagi, saya mendapat call drp Bad yg dompet duitnya tertinggal. Saya dapati dompetnya ada di dalam almari dengan semua kad bank dan pengenalan dirinya. Tetapi terlalu lewat untuk saya hantar ke Bad sebab dia dah nearly sampai ke London dan flight dia akan bertolak tak lama selepas itu. “Ujian utk abg telah bermula, semoga Allah mencukupikan segalanya buat abang,” kata saya. Dalam diam, saya merasa amat khuatir dgn keadaan itu. Bagaimana Bad akan melalui hari2 selama 2 minggu dinegara asing tanpa wang, dan dia tidak pergi bersama2 orang2 yg dia kenali. Saya teringat kata2 seorang sahabat, ujian untuk setiap Jemaah haji berbeza, dan saya terfikir mengapakah Badrul ditimpakan ujian berupa itu. Bad adalah seorang yg amat organized. Kalau kemana2 dia yg akan make sure semua documents etc ada dan sepanjang 15 tahun saya menjadi isterinya, tak pernah sekalipun saya tahu yg dia pernah tertinggl wallet, walaupun untuk ke tempat kerja.
Sedang Bad merasa bimbang dan sedih tentang masalahnya itu, dia terdengar ketua rombongannya berkata, “kita semua adalah tetamu Allah.” Mendengarkan ini dia terfikir, kalau dia menjadi tetamu Allah, maka Allah menjadi host untuk dia, siapakah host yg terbaik selain Allah? Sudah tentu sebaik2 host itu akan mencukupkan keperluan dia. Mengenangkan itu, hati Bad menjadi tenang dan perasaannya bertambah humble, segala pergantungannya harus hanya kepada Allah semata.
Sekali lagi Bad menalipon saya memberitahu tentang tanpa diketahuinya (dia dapat tahu masa dah masuk kapal terbang) yg tempat duduknya telah diupgrade ke business class, dia seorang sahaja dalam ramai2 ahli rombongan itu, rezeki katanya. SubhanaLlah. Padahal, pekerja di kaunter tersebut tidak tahu pun masalah yg Bad hadapi. Dalam perjalanan dia ke tanah suci, saya telah berikhtiar menalipon bank badrul dan beberapa pihak untuk mencari jalan untuk menghantar sedikit wang kepada Badrul di Makkah. Tetapi tanpa kad bank atau identity diri ianya amat sukar dilakukan. Terakhir sekali, saya telah decide utk hantar wang kepada Badrul melalui western union (WU). Saya telah mencari lokasi agen WU sekitar Makkah dan membuat list, alamat, no talipon dan peta lengkap dan mengemailkan semuanya kepada Bad, supaya bila dia landing selepas 6 jam perjalanan nanti semuanya InsyaAllah settle.
Meleset rupanya sangkaan saya. Dipendekkan cerita, tanpa passport (passport para hujjaj semuanya dipegang di imigresen Saudi dan hanya akan dipulangkan kepada para hujjaj semasa pulang meninggalkan Saudi), bad telah 2 kali ke tempat agent WU bersama2 salinan pasportnya, sudahlah beratur amat panjang, ditengking dan dimarahi lagi oleh penjaga kaunter. Penjaga kaunter sangat2 tetap berdegil mahu Bad menunjukkan passport yg sebenar dan bukan salinan, walaupun dia tahu semua para haji dipegang passportnya oleh officials. Saya telah melakukan selagi boleh di pihak saya termasuk menalipon main office wu di US tetapi saya masih belum boleh menghantar bekalan wang utk Badrul. Bad tidak mahu meminta2 dan menyusahkan kawan2 yg baru dikenalinya didalam rombongan tersebut. Saya mencadangkan kpd Badrul yg mungkin saya boleh membayar wang korban ke agent yg basenya di bandar kami supaya Badrul boleh menggunakan wang agent tesebut untuk duit korban nanti. Pada ketika memberitahu ketua rombongan tersebut mengenai duit korbanlah baru mereka semua sedar masalah yg Badrul sedang hadapi. “Don’t you worry about anything brother, we will help you”, kata mereka dgn baik sekali.
Setelah saya fikir2 tentang ujian yg menimpa Badrul ini, saya katakan kpd dia, ujian ini adaah ujian untuk somebody yg selama ini tidak ada masalah untuk membeli, dan ini adalah yg Allah ujikan kpd dia. Dan Bad pun memberitahu saya yg hatinya bertambah khusyu’ beribadah kerana dia tidak perlu berfikir tentang membeli belah etc (maklumlah, dapat isteri macam saya), alhamdullilah.
Sepanjang Bad berada di Makkah, kami selalu berbual di talipon, kadangkala dipass kan talipon kpd anak2 yg rindu dgn baba mereka. Bad selalu mengupdate kpd saya apa yg sedang dia lakukan, dan tentang perasaan dia etc. Bad menceritakan kpd saya tentang betapa kesabaran amat perlu dgn para haji, especially kami yg biasa tinggal di barat yg selalu organised dlm dealing dgn ‘apa-apa’. Dan dia terkesan dgn beberapa org yg kelihatan miskin yg dia nampak mempunyai tapak kaki yg keras kematu (tanda perjalanan yg amat jauh) terutamanya dari Afrika yg mungkin telah berjalan untuk sampai ke makkah (seperti dari beberapa cerita yg saya pernah baca) dan yg tidur di tiang2 masjid kerana kemiskinan dan tidak mempunyai wang utk tinggal di hotel2 di sekitar Makkah.
وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ
Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan yang jauh. “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah.. al Hajj 27-28.
Dalam saya berpesan kepada Bad sebenarnya saya berpesan kpd diri saya sendiri bahawa hendaklah dalam semua ibadah yg dia buat agar sentiada mengikat hatinya kepada Allah. Khusyu’ akan memberikan kelazatan dalam ibadah. Kadang kala, apabila kita terlalu sibuk berfikir dari segi feqahnya, kita lupa berfikir dari segi inner dimension about a particular iabadah. Atau, bila kita sudah selalu rutin membuat sesuatu perkara (solat contohnya) kita lupa untuk khusyu’ dan untuk ingat yg kita sedang bercakap dgn Allah dan Dia sentiada mendengar dan mengetahui apa2 di dalam hati kita semasa mengerjakan ibadah tersebut. Dan saya ingin membantu Bad semampu saya, saya try ingatkan dia (saya sure Bad tahu, malah lebih tahu drp saya selalunya dalam banyak perkara) tetapi ingatan itu adalah bermanfaat utk orang mukmin.
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
Dan tetaplah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. AzZariyat: 55.
Saya ingatkan kepada dia supaya membayangkan perasaan Siti Hajar di tengah2 kepanasan terik Makkah yg terlalu bimbang dgn anaknya yg kehausan, bayangkan perasaan seorang ibu (bapa) di tengah padang pasir, dan mengapa dia berlari kesana sini mencari air, dan betapa cekalnya hatinya menyerahkan nasibnya kepada Allah semasa Bad mengerjakan Saie’. Saya juga mengingatkan Bad supaya membayangkan suasana di padang Mahsyar semasa dia wukuf di Arafah dan mengingatkan kpd dia, yg disitulah tempat berkumpulnya pasa muslim semasa Nabi (saw) memberikan khutbah baginda yg terakhir. Kami sama2 menangis apabila memikirkan, dalam semasa Bad di Makkah itu, kemungkinan untuk Bad terpijak pada salah satu jalan yg sama yg pernah di jejaki Rasulullah saw.
Sehari sebelum tahallul haji, Bad merasa ragu2 untuk mencukur habis seluruh kepalanya (salah saya jugak sebab sebelum beliau pergi, saya telah mengejeknya dgn mengatakan yg rambutnya mungkin tak mahu tumbuh lagi setelah botak). Saya telah mengumpamakan kepada Badrul, “macam org perempuanlah. Orang perempuan mmg suka melawa (and doesn’t he know that, mempunyai isteri seperti saya), dalam fitrahnya akan melakukan apa sahaja untuk menjadi lawa, tetapi tiba2 Allah suruh wanita tutup semua kecantikannya itu. Dan, saya cover myself hanya untuk Allah and no one else..” Keesokan harinya saya menerima sms drp Bad, “I’ve shaved my head for the sake of Allah. May Allah grant me the reward from Rasulullah’s (saw) du’a”.
Al Bukhari and Muslim reported that Ibn Omar narrated that the prophet (saw) said: “O Allah forgive those who shave their heads. They asked:” what about those who only trim their hair? He again reported: “O, Allah, forgive those who shave their heads.” They again inquired: what about those who only trim their hair? This time he said: “And those who trim their hair”.
Bad telah mengingatkan kepada saya persamaan dengan bayi yg baru lahir, yg mana bayi telah bercukur dan beraqiqah. Dan menyamakan cukur kepala hujjaj dan bekorban sebagai satu symbol kpd seseorang itu in a statement of purity, sama seperti bayi yg baru lahir. Tentang korban kambing itu pula, kata saya kepada bad, cuba bayangkan yg hati seorang bapa yg disuruh Allah menyembelih anak lelaki kesayangan yg jarang2 ditemuinya, dahlah anak itu seorang anak yg patuh dan baik, sanggup diperbuatkan apa sahaja atas perintah Allah. Dan bayangkan kegembiraan bapanya itu, yg suruhan itu adalah ujian Allah kepadanya, lantas menyembelihkan korban.
To be honest dgn pembaca, sepanjang Bad di Makkah, kami sentiasa bertukar2 nasihat melalui talifon, hati kami merasa bertambah rapat dan bertambah cinta.. dan benar2 cinta itu semakin kuat apabila didasarkan kepada Allah.
Dalam perjalanan saya membawa anak2 ke masjid untuk menunaikan solat aidil adha, saya menerma satu lagi sms drp Bad yg berbunyi, “subhanaLlah, abang ada duit rupanya, cukuplah untuk beli hadiah utk sayang dan anak2.” Walaupun duit yg dia jumpa dalam beg dia itu tidak banyak, tapi dia merasa sgt2 bersyukur. Dan dia jumpa duit tersebut setelah di habis bertahalul dan setelah beberapa kali menolak pelawaan sahabat2 dalam rombongan yg telah menjadi seperti saudara untuk membantunya. Dia tak tahu bagaimana dia ada duit sebanyak itu, dia sangka dia cuma ada sedikit untuk belanja. Samada Bad mmg selama ini ada bawak duit tapi dia tak perasan, atau kawan2 dia letakkan duit dlm kantung dia masa dia tak perasan atau some sort of magic thing happened, wallahu’alam. Pengalaman haji setiap seseorang berbeza….
Perjalanan Bad ke Madinah dengan bas memakan masa lebih kurang 6 jam. Sepanjang perjalanan yg dirasai amat jauh itu, hati Bad merasa sungguh sedih meninggalkan bumi Makkah. Bagaimana agaknya para sahabat yg berhijrah meninggalkan segala2nya termasuk harta yg selama ini diusahakan, rumah dan perniagaan, tempat mereka membesar dan saudara mara untuk ke Madinah semata2 kerana Allah? Cuba kita bayangkan kalau kita di tempat mereka. Kita tinggalkan segala2nya hanya untuk Allah.. sanggupkah kita?
Cara hidup di Madinah agak kurang hectic berbanding dgn Makkah, dan bandarnya juga telah byk yg telah dimodenkan. Dan saya juga telah memberikan senarai dan peta WU di Madinah, moga2 mereka lembut lagi hatinya berbanding dgn yg Makkah. Saya tak kansel walaupun Bad telah mempunyai sedikit wang kerana wang tersebut telah sedia ada di dalam WU, rugi kalau saya kansel still kena membayar charge transfernya. Setelah kali kedua mencuba di Madinah, pekerja di kaunter tersebut berfikir agak lama sebelum membuat keputusan untuk membenarkan Badrul mengeluarkan wang tersebut. Ketika itu kata Badrul, tak pernah dia merasa sebegitu happy menerima duit lansung di doakan pekerja kaunter tersebut kebaikan di dunia dan akhirat. Keluar sahaja drp bank, terus Bad membeli jubbah, kopiah dan seluar baru untuk di pakai di masjid Nabawi. Sungguh setelah selesai solat dan bad merasa syukur dgn nikmat yg diperolehi, di hadapan Bad ada seorang yg sangat buruk pakaiannya, terlalu lusuh dan banyak kesan2 jahitan2 dan tampalan2 pada pakaiannya. Fikir bad, walaupun luaran pakaian org tersebut lusuh dan koyak, tetapi mungkin ibadahnya sangat cantik dan sempurna, mungkin kita yg berpakaian cantik ini yg bertampal2 dan koyak dalam ibadahnya. Lansung Bad beristighfar dan mensyukuri sekali lagi atas segala karuniaNya.
So, dgn bekalan tu, Bad telah membelikan saya tudung2 and jubah2 yg sungguh cantik : ) Sampai sini dulu. Oh ya.. lupa. Alhamdulillah, saya telah mendapat PhD saya : ) So sekarang saya, Dr. Serikandi….
Ini adalah hanya sebahagian daripada pengalaman personal Badrul. Cerita dan step2 haji tidak diceritakan dgn lengkap. Sekiranya anda memerlukan rujukan atau cara2 mengerjakan haji, kami cadangkan supaya anda melawat byk website2 lain yg lebih sempurna untuk rujukan.
Assalamualaikum Kak Elies@ Dr.Serikandi (^_^)
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! syukur serta segala puji bagi Allah…rasa sangat sebak dan terharu baca post Kak Elies kali ni….Akak, doakan saya, moga Allah menjemput saya dan keluarga satu hari nanti untuk menjadi tetamuNya…betapa hati dan perasaan sangat terharu melihat keindahan Masjidil Haram, Mekah dan Madinah….mesti lagi sebak dan terharu, bila kaki ini benar-benar diberi izin untuk memijak tanah haram disana….Allah!
Alhamdulillah, syukur pada Allah, segala urusan Dr.Bad dimudahkan, walau didatangi ujian dan dugaan….tentu banyak hikmah yang diperolehi…Sesungguhnya, Allah hanya beri yang terbaik kepada hamba-hambaNya…semuanya adalah pelajaran agar kita menjadi hambaNya yang lebih baik, insyaAllah…
Jazakillahu khairan Kak Elies diatas sharing yang sangat bermakna ini…Moga kita semua sentiasa di dalam pelihara, rahmat serta redha Allah…Moga kita juga sentiasa berada di dalam maghfirah Allah SWT….ameen ameen ameen Ya Allah…
Teruskan menulis ye kak….saya kat ofis ni, pagi2 mesti buka blog akak dulu…hehe….terasa sangat bersemangat di pagi Jumaat yang mulia ini, membaca post akak…Alhamdulillah….Jazakillah khair kak 🙂
anyway, Tahniah sekali lagi diatas kejayaan akak memperolehi PhD….Alhamdulillah, saya sangat happy mengetahuinya semalam….terbayang2 segala susah payah akak selama ini…Alhamdulillah….Allah memang sangat penuh dengan cinta dan kasih sayangNya yang Maha Luas….Doakan saya ye kak…saya ni pun telah diberi tempoh serta “peringatan mesra” oleh UiTM untuk mula membuat PhD proposal…Moga Allah mudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita semua…ameen
Sampaikan salam saya pada semua di UK ye kak…InsyaAllah, moga kita dapat jumpa lagi satu hari nanti…
Salam dari Malaysia
-Faiza-
Salam faiza, terima kasih kerana antara pembaca yg paling setia mengikuti blog saya ni dari dulu2 walaupun saya kuat merepek. All the best utk ur future, dan semoga dipanggil Allah untuk menjadi tetamuNya. Semoga selamat semuanya, InsyaAllah ada rezeki jumpa lagi 🙂
Kak Ellies,
Tahniah, Sudah Dr rupanye.hehehe.
Saya dah ikut blog ni dah lama,baru je nak komen.terkesan baca entri ni.
Sayu hati saya.Rasa semakin berkobar-kobar nak kumpul duit pegi haji.
Terima kasih kak, atas perkongsian.
Jannah, terima kasih.. oo pembaca senyap rupanya, its nice to know ada pembaca sebab mmg kadang kala rasa macam senyap sunyi macam kubur.. ehehe InsyaAllah semoga menjadi tetamuNya satu hari nanti 🙂
salam dr serikandi,
suka baca ~~
keep writing sis..
u inspired me -continue study to further level..mungkin blh cerita pengalaman buat phd@UK..keep inspiring others:)
p/s:people with a soft heart will be inspired with good deeds on what others do, but vice versa, people with a rock heart will feel annoyed or irritated..
Syahidah roslam, terima kasih kerana sudi membaca, insyaAllah satu hari nanti saya akan tulis pasal PhD 🙂
salam kak…
dari hari tu tertanya2, kenapa akak tak pergi sekali dengan hubby. erm, cerita akak mengenai pengalaman suami menunaikan haji amat memberi kesan kepada saya. terfikir pula saya, yang kita boleh buat sehabis baik setiap saat menjadi hamba Allah tak kira di mana kita berada. takkan nak tunggu sampai masa utk ke Mekah sahaja baru nak buat baik, kan. hehe. bukanlah maksud saya sekarang ni boleh berbuat jahat. cuma, bila mata kita jauh (tak melihat) segala macam kesusahan orang lain, kadangkala kita akan terlupa. terlupa mcm2. tujuan hidup. kenapa kita hidup. untuk apa kita hidup. mcm2 lagi.
tahniah utk akak sbb dah dapat Dr. akak memang inspirasi saya dalam mengejar ilmu. cumanya utk diri saya sendiri, segalanya masih kabur. saya cuma berdoa, tak kira siapa pun saya hari ini, jika saya buat sehabis baik sebagai seorang saya pada hari ini, moga Allah permudahkan segala niat dan hajat dalam hati saya. walaupun buat masa sekarang, tidak ada apa yang pasti.
tahniah kak… benarlah kembara menunaikan haji itu kembara iman seseorang. seolah2 kita kembali mencari diri kita sendiri. tahniah buat akak dan suami ya.
Salam Leen, haah, mmg kali ni saya belum ada peluang pergi haji bersama suami atas byk sebab, tapi tu tak boleh pulak membuatkan kita tak boleh merasai nikmatnya menjadi tetamuNya. betul kata Leen, nak jadi baik tak semestinya kena tunggu pi haji, takut tak sempat apa2 meninggal pula. Tima kasih, it never is too late untuk mengejar segala cita2..
sgt tersentuh membaca perjalanan dan dugaan Bad ..alhamdulillah semua nya memberi pengajaran n pengalaman yg sgt bermakna..
tima kasih kak Shuk, tak sangka perkenalan kita melalui internet sejak lebih drp 8 tahun yg lalu diberkati, dan akak selalu memberikan ingatan2 dan tazkirah2 yg baik buat kami sekeluarga, terima kasih.
AsSalam Elies, this entry cukup terkesan dihati. Alhamdulillah, both of u diuji dan direward dgn ganjaran yg besar. Teruskan menulis Elies.
Tima kasih Ikin, terima kasih atas segala doa 🙂
salam kak elies n abg bad..
saya membaca catatan akak pd waktu ptg jmaat dgn cuaca yg cukup tenang di sini.. dan entah kenapa hati rasa sungguh terkesan dgn catatan ini.. mgknkan kerana gaya penulisan akak..? atau ada smthing inside yg sudah touch my heart..? apapun.. terima kasih atas catatan ini.. saya doakan yg terbaik utk akak sekeluarga..
assalamualaikum kak elies n abg bad..
saya membaca catatan akak pd waktu ptg jmaat dgn cuaca yg cukup tenang di sini.. dan entah kenapa hati rasa sungguh terkesan dgn catatan ini.. mgknkah kerana gaya penulisan akak..? atau ada smthing inside yg sudah touch my heart..? apapun.. terima kasih atas catatan ini.. saya doakan yg terbaik utk akak sekeluarga..
Salam wan sue, terima kasih. Segala2nya dari Allah jua, Dia yg memberi hidayah pada sesiapa yg Dia kehendaki, dgn mana2 jalan yg Dia pilih.
wow elies, a well written piece based on true experience. dlm sebak2 ni hati i melaung AllahuAkbar byk2 kali. Allah Maha Kuasa and Allah always there for us tak kira dimana, itulah pesan i kat anak2. lagi satu i pun tersentuh pasal hubungan suami isteri yg sungguh istimewa, walau jauh tapi sgt dekat di hati seperti elies sama2 menuanaikan haji dgn bad..so beautiful. sgt2 menyentuh hati, InsyaAllah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki utk the whole family menunaikan haji sama2 one day. thank you serikandiku 🙂
Terima kasih Nurni. Kita hamba yg banyak berdosa, kadang kala perlukan something happened to us sebagai ‘gentle reminder’ from Allah. Semoga kita semua di jemput Allah untuk menjadi tetamuNya satu hari nanti, InsyaAllah.
Salam.
Akak.. T__T
Bismillahirahmannirahim..
Ya Allah, mudah-mudahan kami semua layak menjadi tetamu-Mu Ya Allah. Semoga kami dapat menikmati kelazatan yg sbnar dalam ibadah. Hanya untuk-Mu Ya Allah. InsyaAllah.
Amin.
InsyaAllah amin..
what a wonderful true stories…alot of lessons to be learnt. SA
Thank you SA.
I think you should write about your Phd experience to benefit others…BTW congratulations! SA
Thank you, insyaAllah I would…
Assalam Dr.Elies,
Akak, tahniah diatas penganugerahan PHD ye dan Haji Badrul sebagai peneman dunia akhirat akak. Byk nasihat dalam entri akak macam biasa. Stiap yang Allah jdikan bukanlah dgn sia2.. smoga kita sama2 amik ikhtibar
P/s: saya punmcm inche Bad akak, organized jgk tapi kadang2 kalut bila tiba2 apa yg dirancang tak menjadi seterusnya terpaksa buat plan B
Terima kasih Khairunnisa 🙂 lama tak nampak?
assalammualaikum hi k elies..t br tau k elies de blog ni..izinkn t add blog akak lam favlist t yeh..ni yg dok congok ngdap laptop abiskn story k elies..xsabo nk bace sume hihihi…br prsan post haji ni..Ya Allah bsr sunggah uijanNYA pd bang bad..alhamdulillah bang bad slmt pulang..teruskan update yeh t akn jd pembace blog k elies yg setia..huhuhuhu..ayat xleh bla erk…;-)..tk cr n mis u…daaaa
sila Bafti.. eisyh.. lama sungguh saya tak mengupdate blog ni.. hmm..
salam..terima kasih ust atas perkongsian yg bermakna..banyak saya belajar dr blog ust selama ni..live experience..baca entry ni sayu hati dan terasa setiap rukun haji itu yg bermakna dr sisi yg berbeza atau terlepas pandang sebelum ni. semoga kita semua dijemput Allah menjadi tetamuNYA.InsyaAllah.
Salam, terima kasih atas ziarah 🙂 But please.. saya bukan ustazah… saya orang biasa je 🙂
Salam Dr Kak Elies,
Teringin saya nak pandai tulis berjela2 mcm akak…syok je baca.
Saya selalu heran cemana org boleh tulis best, contohnya mcm akak…mmg mampu menaikkan semangat sipembaca. Syabas kak. Tahniah (belatedly) for ur PhD completion, for ur husband’s Hajj, and for ur family’s Umrah. Semoga mabrur haji & umrah kalian. 🙂
p/s: k.elies senior saya kat Jasin rasanya… 😉
Terima kasih Rita Zaharah.. ye dulu saya Jasin.. ni budak yang mana eh? ehehe sorry nama tak berapa ingat kalau tengok muka mungkin cam. Saya tulis best ke? Saya tulis ikut apa yg saya cakap kat mulut je selalunya.. hehe. Amin atas doa.
Saya SPM ’92. Akak satu batch dgn Aida Haris, Nita Ilham, Anis Lazim, Amy (Fazmi), etc. kan? Saya tinggi mcm K.Nita, k.amy tu la…hihi…main netball sama dia. Kalau akak tgk kat FB saya ada la gambar kot.
Akak dok UK kan skrg? Kat mana? Sygnya saya baru je balik ke Malaysia from UK for good, kalau tak maybe sempat buat kunjungan muhibbah to ur place 🙂
p/s: akak tulis mmg ikut mulut tp yg best tu sbb ada selit2 ayat Quran dan bukan citer merapu2 🙂
oo ni geng2 netball ye… saya geng2 cheerleader jer.. (cheh perasan!). Nanti saya tengok FB.. macam teringat2 gak nama ni. Oh dah balik Msia ke? bestnya…
Assalamualaikum Elies..
Subhanallah..Maha Suci Allah..sesungguhnya ujian yg diberikan adalah nikmat tanda kasih dan sayangnya ALLAH kpd hambaNYA.. Sebak Yan baca catatan berkenaan dan dpt rasakan apa yg Elies kongsikan berdasarkan rezeki Allah menjemput kami ke Bumi Suci Haramain thn lepas @2017… semoga pengorbanan dalam mencari keredhaan Allah di bumi suci Mekah dan Madinah serta nikmat di Arafah, Mudzhalifah dan Mina akan dianugerahkan haji yg mabrur buat Elies dan Badrul..salam AidilAdha buat kalian berdua sebagai Dhuyufurrahman…
Assalamualaikum Elies..
Subhanallah..Maha Suci Allah..sesungguhnya ujian yg diberikan adalah nikmat tanda kasih dan sayangnya ALLAH kpd hambaNYA.. Sebak Yan baca catatan berkenaan dan dpt rasakan apa yg Elies kongsikan berdasarkan rezeki Allah menjemput kami ke Bumi Suci Haramain thn lepas @2017… semoga pengorbanan dalam mencari keredhaan Allah di bumi suci Mekah dan Madinah serta nikmat di Arafah, Mudzhalifah dan Mina akan dianugerahkan haji yg mabrur buat Elies dan Badrul..salam AidilAdha buat kalian berdua sebagai Dhuyufurrahman…
Terima kasih Yan.. alhamdulillah.