Buat yg mengenali saya di dalam Facebook, tentu nampak bahwa saya sgt jarang atau hampir tidak pernah menulis tentang perjalanan PhD saya. Saya merasa malas utk menceritakan kpd org tentang bebenda yg (bakal) memboringkan mereka. Tetapi, atas beberapa permintaan, InsyaAllah kali ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenainya.

Saya tidak pernah bercita2 utk belajar sampai ke peringkat ini. Semuanya bermula selepas saya merasa boring duduk menjadi surirumah dan berfikir2 untuk membuat contribution pada dunia dan ini ada saya tuliskan pada post saya yg lalu. Atas fikiran saya yg ‘just-do-it’ itu saya telah mendaftarkan diri saya untuk course MSc dalam bidang medical engineering; course yg pada pendapat saya boleh menggabungkan kedua2 bidang medicine dan mechanical engineering dari courses undergraduate saya.  Dalam course tersebut, bidang2 seperti tissue engineering, biomaterials, bio-interactions, nuclear fizik (medicine, imaging etc.), medical device and implantations telah di ajar dan saya mendapati saya dapat menyesuaikan diri dgn baik untuk kedua2 bidang yg incline towards both medicine dan engineering, manakala beberapa course mates saya yg berlatar belakangkan either medicine/biology atau engineering mendapati sukar utk faham bidang yg incline ke bukan latar belakang mereka, dan saya rasa ini telah banyak membantu saya. Di sebabkan itu, saya telah mendapat distinctions dalam MSc saya, hanya 3 orang course mates yg lain pass dan sebahagian besarnya telah gagal. Tahun pengajian tersebut adalah merupakan tahun terakhir MSc dlm bidang tersebut di uni saya berikutan dgn kebimbangan pihak university dgn high failure rates dgn course itu dan sehingga kini masih dalam rombakan dan sedang dikaji. Saya juga telah menceritakan tentang ini dalam post saya yg lalu.

Sebelum membuat PhD, dgn kejayaan tersebut, saya telah memohon dan telah di interbiu oleh wakil drp Malaysian universities, tapi, tak cukup dgn ditolak, saya juga telah di hina semasa interbiu tersebut, hanya kerana dia tak dapat nak decide bidang yg saya buat dan bawah jabatan apa utk meletakkan saya. Saya masih ingat lagi nama dan muka org yg interbiu saya tersebut. Oleh itu saya telah di tolak oleh Msia untuk berkhidmat di negara sendiri. Dan juga sebab itu, janganlah di tanya2 lagi mengapa saya masih belum kembali. Later, saya mendapat tahu daripada beberapa orang sahabat2 saya yg mungkn saya di tolak kerana sikap saya sendiri yg suka berfikiran kritikal apabila ditanya pendapat. Kata mereka, style begitu tidak sesuai dgn kebanyakan interview di Malaysia especially di jabatan2 kerajaan. Betul ke?

copyright serikandiku.com
Saya perlu mencipta satu alat yg dapat diguna bersama dgn mesin ini semasa pembedahan mata

Tetapi rezeki Allah itu di mana2. Saya telah dioffer oleh university sini dgn kerjasama sebuah local kompeni utk pengajian ini (double sponsorship). Research saya adalah… (here we go..): saya cipta satu material yg nipis (sekitar 5μm) yg juga porous (sekitar 1μm) dan mempunyai ciri2 yg sesuai untuk tujuan nya. Dalam masa yg sama juga, saya harvest cells daripada mata (lembu dan manusia) yg saya dapati dari iris atau retina, bajai dia dgn zat2 tertentu supaya rupa dan function dia tak berubah dan saya grow cells tersebut di atas material yg telah saya cipta. Dengan itu, saya berharap, cells dan material tersebut boleh di tanam di dalam mata orang2 (tua) yg buta, penyakit yg dinamakan sebagai age-related macular degeneration (AMD), supaya mereka dapat melihat semula.

copyright serikandiku.com
computer modern yg dilengkapi dgn pelbagai alatan untuk membantu pembedahan.

Sebenarnya sekarang saya merasa excited kerana ciptaan saya tersebut akan di cuba di dalam haiwan, dan sekiranya berjaya ianya akan dibuat clinical trial pada manusia. Sekarang, saya sedang bekerja sebagai post-doctoral researcher dgn university yg sama dan sedang dan membawa projek dan ciptaan saya itu dengan lebih lanjut. Saya juga sedang bekerjasama dgn konsultan surgeon di hospital untuk mencipta sebuah alat untuk digunakan di dalam surgery mata untuk menanam ciptaan saya itu di dalam mata (haiwan dan manusia). Haiwan yg digunakan sekarang Im sorry to say is… babi khinzir. Sebabnya sebagai mana yg pernah saya ceritakan dahulu yg mana khinzir ini adalah merupakan haiwan yg paling dekat persamaan dari segi genetic dan saiznya dgn manusia. Bukan monyet dan bukan beruk! So sekarang ni selain drp bekerja mencipta dari segi material dan tools, saya juga terpaksa membedah dan mengambil cells dari mata khinzir tersebut. Eiyyy… jijik.. nasib baik bersarung tangan ber’kot’ dan tutup mulut semuanya.. hehe.. Mata khinzir juga serupa dgn manusia dari segi ianya lembut dan lembek.. tak seperti mata lembu yg besar dan kenyal.

copyright serikandiku.com
saya bekerja sama dgn surgeon ini dalam mencipta alatan dan process dalam research kami.

Ok, nak disambungkan tentang PhD ni tadi. Saya pernah ditanya sekiranya apa ‘amalan’ saya dan nasihat2 yg boleh saya kongsikan dgn org2 yg baru menceburkan diri dalam dunia tersebut. Saya rasa, tips yg saya kongsikan di bawah adalah lebih kepada ‘lab-based’ projects. Tapi, kalau ada apa2 yg sesuai untuk digunakan dalam bidang lain, mungkin juga elok untuk diguna-pakai.

1.     Doa

Nasihat saya yg utama adalah, supaya tidak lepas2 untuk berdoa dan bertwakkal kepada Allah. Dia membantu saya pada setiap belok dan kornar yg tidak saya sangka. PertolongnNya kadang kala datang dalam ‘accidental discovery’ dan kadang2 datang dgn pertolongan yg dihulurkan oleh kawan2 saya, walaupun mereka bukan beragama Islam. Salah satu contohnya adalah dalam salah satu experiment yg pernah saya jalankan. Sebelum menjalankan experiment tersebut, saya telah sedaya upaya menyediakan detailed plan, semua perkakas2 dan procedures telah saya siapkan. Kemudian saya telah bersungguh2 berdoa kpd Allah supaya membantu saya dalam hal itu kerana sebelum itu tidak ada seorang pun dlm group dan department saya yg telah berjaya. Setelah siap semuanya, saya terperasan selepas experiment tersebut yg saya telah tersilap membaca label pada salah satu alatan yg saya siapkan. Saya merasa sungguh sedih. Tetapi, Allah tidak mensia2kan org2 yg berdoa dan berharap kepadaNya. Rupa2nya kesilapan saya tersebut adalah accidental discovery dan experiment tersebut telah menjadi. Malu saya kepada Allah kerana berputus harap dan berburuk sangka. Dan perkara tersebut merupakan salah satu tarbiyyah Allah untuk saya.

2.     Organised

Nasihat saya yg kedua adalah ‘be organised’. Sejak awal2 saya start, setiap kali sebelum menjalankan satu2 experiment, saya akan menuliskan langkah2nya step by step, references mengapa saya decided utk berbuat demikian, results, dan saya juga letakkan sekali dalam file mana saya letak results tersebut. Dan saya lakukan ini sepanjang PhD saya. And so, bila it comes utk writing-up, at least saya dah ada materials and methods chapter dan results chapter. Dan semua references yg saya dah sedia ada, mudah untuk saya gunakan dan rujuk bila saya berbuat perbincangan. So, saya mengambil masa yg sedikit sahaja untuk menulis, dan saya tahu dgn sungguh2 mengapa saya decided mengambil langkah2 tersebut utk setiap satu keputusan saya.

3.     Relax

Jangan Kurangkan mengeluh dan stress. Saya merasa berat dada membaca FB status org2 yg suka stress. Kalau experiment tak menjadi, tak mengapa.. cuba lagi. Kalau lansung2 tak menjadi pun tak mengapa, boleh ditulis di dalam thesis sebagai ‘cubaan yg tidak menjadi, dan supaya menjadi rujukan kepada orang2 lain supaya tidak dicubai lagi kerana telah dicubai dan tidak menjadi’. Setiap masalah ada penyelesaiannya, dan kebanyakan penyelesaian untuk masalah adalah sesuatu yg ‘simple’. Kenali masalah asas dan tackle bab itu, tak payah tengok benda2 yg jauh dan samar2. Saya juga tidak mengeluh, saya ‘cool’ kata orang.. sehingga colleague saya pun tahu betapa coolnya saya J. Saya jarang bawa balik kerja ke rumah, di rumah saya tumpukan perhatian untuk suami dan anak2 saya. Kerja adalah kerja, tapi dia bukanlah segala-galanya. Priority utama saya adalah rumah saya, dan PhD adalah perkara sampingan. Saya akan selalu design experiment saya supaya tak terkena ke weekend, dan sepanjang 3 tahun experiment saya, hanya sekali sahaja saya terpaksa bekerja pada weekend. Pada saya quality adalah lebih penting drp quantity, bila saya ke university, saya buat kerja saya bersungguh2, saya buat 2, 3 experiment sekali gus (itu lah sebab kena well-planned and well-organised). Saya tak hanya duduk2 berborak2 dan makan2 dgn kawan2 sahaja.

4.     Tolong

Ini memang banyak kali saya stresskan before ini. Tolong orang lain, orang lain akan tolong kita. Jangan kedekut ilmu, jangan eksyen dan poyo. Jadilah seorang yg disenangi oleh colleagues. Accept kalau kita ada salah, dan jangan hanya suka mencari alasan dan kesalahan orang lain. Saya selalu mendengar sesetengah pelajar PhD yg selalu menyalahkan supevisors mereka. Saya kurang bersetuju dgn ini kerana mereka menjadi supervisors for a reason, dan telah berdepan dgn banyak pelajar2 sebelum kita. Cuba tengok nasihatnya dgn pandangan yg positive. Agaknya memang idea yg kita ada tu agak lame, tetapi sekiranya kita yakin apa yg kita buat betul, then defend the case professionally. Bukan dgn cara berdendam dan mengutuk. Kerja kita professional, so kenalah jadi org yg professional.

5.     Writing-up

Masa writing utk thesis ni, accept offer of help dari anyone. Even dari anak kecik.. contohnya ambikkan biskut, buatkan teh. Saya banyak juga di tolong oleh postdocs saya. Saya hantar part of my thesis sedikit demi sedikit supaya tidak menyusahkan dia utk tengok2 sikit sambil dia makan lunch. Bila dah banyak sikit, saya hantar pula kepada supervisors saya untuk diorang check. Kalau tiada idea untuk menulis tu.. tulis je apa yg ada dalam kepala.. nanti semakin lama kita menulis, semakin mencurah idea datang, and so boleh patah balik ke tempat yg kita tulis awal2 tadi yg masa takder mood tu. Kalau betul2 takder mood, just duduk je kat kerusi kita tu, betulkan apa2 format etc. Asalkan tulis. Kalau dah habis sesuatu ‘milestone’, reward diri kita dgn apa2.. contohnya shopping ke, holiday ke etc. Yg penting cool and jangan stress. Salah satu pengalaman saya semasa menulis ni adalah kepercayaan kepada diri sendiri. Dalam bayak2 chapter yg saya tulis, ada this particular chapter yg saya tulis tetapi saya tiada lansung reference dari mana2 sebab tiada sapa pun dalam dunia ni yg buat benda tersebut. And so saya gunakan otak saya sendiri dalam memberikan pendapat dan komen dan it turns out to be the best section of my discussions. And so boss saya cakap, aku nak semua section jadi macam ni, “you know more than you think” kata boss saya. Masa nak tulis discussions tu, kosongkan otak dgn segala step-by-step experiment yg ada.. see segala2nya dari the big picture dan kemudian tulis seperti menulis cerita.. supaya ada flow. Kalau kita asyik terikut2 dgn steps.. cerita kita akan menjadi kaku.

6.    Viva

Examiners saya memberitahu kepada kami (supervisors dan saya) yang viva saya adalah viva yg paling best yg dia pernah conduct. Actually, saya merasa sangat seronok sepanjang viva tersebut sehinggakan saya yg cakap banyak. If its any help kepada anda, saya bawa presentation saya dalam iPad saya, and so bila ada satu soalan yg saya rasa best if illustrated dgn pic, saya tunjukkan gambarajah kepada examiner guna iPad saya. Pictures paint a thousand words. Saya juga sediakan satu jadual (table) of all the similar experiments (baik dari segi materials atau cells) dalam dunia ni and so bila ditanya apa lainnya research saya dgn orang lain, saya buka table tersebut dan present points. Viva dalam PhD, anda boleh bawa apa sahaja, tapi at the same time takmolah nampak macam kita tak tahu apa2 kalau bawak semua benda. Saya bawa yg penting2 yg dapat membantu dalam presentation case saya sahaja and supaya nampak professional.

Last but not least, saya nak ucapkan beribu2 terima kasih kepada suami, anak2, dan pengasuh mereka serta keluarga yg telah banyak membantu samada dari segi moral support dan lainnya. Mereka sangat2 memahami sekiranya saya sibuk dan memerlukan sedikit masa untuk bersendiri. Dan mereka tahu bila saya memerlukan cheering-up. Dengan pertolongan tersebut saya telah menyiapkan PhD saya dalam masa genap 3 tahun, menulis 6 bulan, dan viva 1 jam 15 minit :-)…. And oh ya.. sempat dapat seorang baby; Adnan 🙂

Saya harap sedikit coretan ini ada manfaatnya dan sesungguhnya bukan utk tujuan poyo.. Saya juga berharap, coretan ini dapat membantu sesiapa yg sedang merasa putus harap dgn perjalanan PhD mereka. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Saya juga berharap, tulisan ini dapat juga membantu mana2 orang yg sedang bercita2.. tidak kiralah dalam apa cita2 pun, bukan PhD sahaja. Jangan rasa lemah diri, InsyaAllah semua perkara adalah possible dalam dunia ini sekiranya anda benar2 berusaha. Man jadda wa jada, siapa yg berusaha dia akan mendapat, siapa yg mencari pasti akan berjumpa. Selagi kita masih belum ke kubur, segala2nya adalah possible… InsyaAllah.

copyright serikandiku.com
pembedahan mata-vitrectomy; untuk membetulkan penglihatan. Vitreous patient terpaksa digantikan dgn saline dalam process membetulkan (samada growth atau scarring) di retina.

ps: sedikit tambahan.. kalau anda ingin berjaya, kadang2 anda perlu degil.. degil dgn kata kuat semangat. Sekiranya anda yakin, kuatkan semangat dan usah dipedulikan cakap orang yg suka meremeh2kan anda. Saya personally telah merasa ini, especially drp orang2 yg iri hati dan dengki tidak suka melihat kejayaan org lain. But at the same time, be humble to change sekiranya anda salah.. 🙂

Orang yg pernah jatuh, perlu bangun.. kalau tidak, selama2nya dia akan sentiasa dalam keadaan jatuh.. 🙂

90 Replies to “PhD”

  1. tahniah kak ellies..ada ganjaran bagi orang2 yang berusaha dan sabar, terima kaih kerana sudi berkongsi pengalaman dan post di atas tidak poyo lansung…;)

  2. Assalamualaikum Kak Elies…

    Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! syukur serta segala puji bagi Allah…Tahniah sekali lagi kak….pengalaman serta perkongsian akak ni, memberikan saya semangat untuk berusaha sungguh2 untuk buat research proposal PhD saya, insyaAllah moga Allah mudahkan…ameen 🙂 setuju kak, kena doa banyak2 pada Allah…berusaha dan bertawakkal pada Allah…

    Kak Elies, saya sebenarnya teringin nak berdiskusi dengan akak tentang tajuk research yang ingin saya buat….buat masa ni tengah dalam proses nak kumpul data lagi…tajuk ni sebenarnya, sedikit sebanyak ada kaitan dengan tajuk Master saya di UK dulu…saya ingat nak buat tajuk lain untuk PhD nanti, tetapi bila ada sesi discussion dengan ketua fakulti disini, beliau suruh saya kembangkan lagi tajuk tu untuk my PhD proposal…dan sebenarnya tajuk tu termasuk di dalam research yang pihak jabatan/University disini perlukan….

    Takpe kak Elies, saya ingat nak kumpul2 data dulu, once saya dah clear nanti, saya akan hantar email pada Kak Elies ye 🙂 Minta maaf kalau mengganggu dan susahkan akak 🙂 but really need ur opinion and advice, sebabnya saya rasa, akak mesti banyak pengalaman dalam tajuk yang saya nak buat nih 🙂

    Akak, doakan saya ye….Moga Allah mudahkan urusan kita semua dunia dan akhirat…ameen Ya Rabb…

    All the best kak Elies!! and you take care sis!! 🙂

    Salam
    -Faiza-

    1. sila lah Fizah, cita-citakan kepada bintang! jangan takut untuk melompat atau memanjat sekiranya perlu.. tapi jangan sekali-sekali pijak orang semasa nak naik tinggi 🙂 – saya berfalsampah lagi

      1. salam, thanks for sharing.. saya sangat teruja dan bersemangat selepas membaca entry ini.. dan saya nak pinjam kata2 akak ek wat pegangan/panduan saya… “cita-citakan kepada bintang! jangan takut untuk melompat atau memanjat sekiranya perlu.. tapi jangan sekali-sekali pijak orang semasa nak naik tinggi” Semoga saya mampu habiskan PhD kelak seperti yang dirancang. Amin

  3. Tahniah sekali lg kak. really inspiring. Pd saat ini, kisah viva tu amat berguna buat saya. Dan mohon doakan supaya viva saya berjalan lancar ye.:).Oh one more thing, sangat2 setuju..PhD adalah sesuatu dalam hidup kita, tapi ia bukanlah segala2nya. suami dan anak2, tetap no 1.:).

    1. Betul, ramai orang yg tersilap meletakkan prioriti dalam hidup. Ada org yg lansung2 takmo bergaul dgn orang dan menjadi grumpy… Kalau kita tahu kewajipan sebagai isteri dan anak2 itu lebih tinggi drp belajar, dan meletakkan belajar juga sebagai ibadah, mudah sikit perkiraan. All the best Najat 🙂

    1. Tima kasih kak Su, dari dulu selalu akak sabar mendengar celoteh2 dan cerita2 dari saya 🙂 sabar itu tidak mudah melainkan utk orang2 yg khusyu’

  4. Well-written. I’m proud of you. Again, perjalanan dan pengalaman kita hampir sama.. :-). Tiada yg mustahil dlm dunia dgn kehendak Allah. Tak sabar nk ceritakan pengalaman saya sendiri- on ‘that’ one fine day, insha Allah.. 🙂 Doakan saya, k. Elies..

  5. glad to know such a positive vibe.
    could not agree more. was there. did that.
    alhamdulillah, it works. 😉
    all the best in your adventure.

    1. Terima kasih Azizi, memang banyak org dalam dunia ni telah buat banyak perkara jauh lebih hebat dari saya, cuma tak banyak yg sudi berkongsi. Kalau tak keberatan, boleh kongsi juga kisah dan pengalaman hidup org lain.

  6. thank you for sharing…alot of positive values, aspiring research…all the best for your future reasearch. you will leave behind something precious for the human being.Good luck…

  7. Salam,

    Terima kasih di atas coretan ini. Suatu semangat baru untuk saya juga yang sedang berkira2 utk enrol PHD awal tahun depan, tapi teragak2 kerana anak2 masih kecil. Insya Allah, saya akan gunakan tips/sharing drp Puan ini sebagai panduan dan pembakar semangat saya. Thanks, again.

    1. Salam Azz, jangan takut dalam berusaha, tapi kalau nak takut, takutlah dalam berbuat dosa. Allah bersama hamba2Nya yg sabar dan ikhlas 🙂

  8. Salam,
    terima kasih kerana berkongsi cerita dan pengalaman..sungguh bermakna dan saya berharap saya dapat memotivasikan diri sendiri dan cekal seperti saudari dalam mengejar cita-cita dan impian. perjalanan saya masih jauh tetapi saya tidak akan mudah mengalah kerana saya tahu Allah maha mendengar… Diharap saudari sihat dan ditetapkan iman selamanya:) Terima kasih sekali lagi

    1. InsyaAllah. Orang2 Melayu lama kita kaya dgn kata2 motivasi. kalau tak pecahkan ruyung tak dapat sagunya, belakang parang di asah lagikan tajam etc. all the best in your future undertakings.

  9. salam k.ellies

    Dah lame menunggu entry the golden experience nih..hihi..hari2 duk tertacap kat laptop nih mengadap thesis dan menunggu new entry k.ellies slps entry haji..Alhamdulillah.. sebuah kisah teladan yang cukup hebat..Tahniah k.elies..;)doakan saya ye akak.. semoga Allah merahmati k.elies sekeluarga..time kasih di atas perkongsian ini..;)

    1. Terima kasih kerana menjadi pembaca setia. Saya minta maaf membuatkan Ina kecewa menunggu2 post dari saya. Al Maklumla.. recently saya sedikit busy and.. Ina sure maklum dari dulu.. yg saya selalu tunggu mood utk menulis.. maafkan saya, InsyaAllah akan try utk selalu update. Tapi sometimes takder idea nak tulis pasal apa.

  10. Salam akak. Tahniah atas kejayaan dalam PhD. Jadi sumber inspirasi kepada saya dan semua untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk berjaya. Boleh ke kalau saya nak tanyakan sesuatu kepada akak secara ‘personal’? Ada perkara yang saya perlukan pendapat akak, memandangkan akak telah selesai pengajian PhD. Harap akan mendapat ‘input’ dan nasihat yang berguna dari akak, untuk saya jadikan panduan dalam menamatkan misi pengajian PhD ni. Berbanyak terima kasih.

    1. Terima kasih. Saya ni nama je dah habiskan PhD tapi bab nak menasihat org tu tak berapa reti sgt.. honestly saya no org yg biasa2 je.

  11. assalamualaikum kak. congratulation for all your excellent achievements:). sungguh i’m inspired , bile saya baca post ni. cara penulisan kak mengenai cabaran menuntut ilmu, bagaikan seperti menikmati makanan yang sedap.sangat enjoy.currently i’m still an undergraduate student in environmental tech. mohon doa dari kak,sy dpmdhkan urusan,dtenangkan hati utk end my first degree.wish to be like you too.amin:D

  12. Assalam kak,

    Bila terbaca entry akak kena hina time interview, saya pun mngalami situasi mcmtu kak. Alhamdulillah relief `1 hari je. esok saya mcm rasa xde pape yg blaku. yg sdihnya, dihina oleh staff university saya sndiri. xpela blum rezeki kan 🙂

    Kak, tgk pd pngkajian akak, lebih kpd ortopedik kan? apa pendapat akak ttg kajian Dr Muhaya yg boleh merawat mata hingga tak perlu pkai crmin mata tu kak? Rawatan apa ntah tak ingt plak tp pembedahan laser potong bhgian blakang mata. akak rasa selamat tak? ada side-effect ke?

    Maaf akak ats pertanyaan. Semoga terus bjaya kak ^_^

    1. Salam Nisa, sorry lewat balas, a bit busy recently. Bukan ortopedik Nisa.. ortopedik tu tulang-belulang.. ophthalmology.. mata. Dan sorry saya tak tahu apa yg Dr Muhaya buat and so tak boleh nak komen. Rasanya elok tanya dgn dia sendiri kot tentang kajian dia, keselamatan dan side effect nya. 🙂

  13. Assalamualaikum

    Mabruk! To you and Bad, and all your lovely children.
    I can see your first degree in London was in fact a reward. And you are so lucky to have a strong ground in both field of medical & engineering. Allah SWT has plan for you, and that plan started in London. And there must be a big job waiting for the ummah!
    So, when you’re on vacation in Msia please let us know. We are now in Msia for a new life.
    Wassalam.

    1. Salam akhi Amin (and Syaz)! Alhamdulillah nice to see you here although it is a bit embarrassing errr.. that you were actually read this blog 🙂 Yup, I am so indebted to Him for every single thing that has happened in my life. And thank you for being my naqib for a while (kalau rajin baca saya ada tulis sikit2 pesanan bekas naqib dalam this blog. Kimsalam kat Shaz ye? Saya ada tulis pasal both of you .

      https://www.serikandiku.com/2008/07/21/cuti/

        1. Thank you for your visit, although I must admit that this site is way too much inferior to SaifulIslam. Nevertheless, welcome to serikandiku.com 🙂

          1. I miss you in our bulatan gembira too 🙁 so sekarang, saya sorang jek yg nakal situ takder geng..

  14. Salam kak,

    Saya sangat bersyukur bila ada orang share entri akak ni. Sebenarnya sekarang saya dalam proses menulis proposal untuk master tapi baru tahap ni pun saya dah rasa nak mengalah. Tapi bila saya baca tulisan akak, dengan dugaan yang akak dah hadapi, sekarang saya yakin yang saya juga boleh habiskan master saya dan insya-allah teruskan dengan phd. Terima kasih akak. Semoga Allah merahmati usaha akak.

  15. salam,

    seperti anda juga, saya cukup terasa dgn sistem pendidikan di Malaysia yg dh ‘old-fashion’ sampaikn pemikiran org yg nk interview kerja di universiti pn pandang rendah pada kita..to be honest, dh rmai graduan2 PhD Malaysia yg sanggup keluar negara sendiri (even kalau dpat jadi lecturer di luar Malaysia)sebab lebih bnyak peluang untuk bekerja atau buat research berbanding di dalam Malaysia..dan to be honest jgk, ramai yg pegang jawatan dlm pentadbiran tertinggi universiti ni terdiri dari org2 yg bodoh + banggang..

  16. salam,

    terima kasih kerana decide utk tulis entry ni. SANGAT MEMBANTU =) saya sedang writing utk Msc in microbiology… nk ngabiskan lab pun mcm2 pancaroba, berliter2 air mata dah kot kuar =P

    betul kata akak, jgn stress.. kalau stress mmg xleh buat keje. dan, utk mereka yg buat labwork, buat keje mmg xleh sorg2…x sama bidang pun xpe,yg penting ada tpt utk mengadu/berbincang/gaduh =P kalau sorg2, tu yg stress =S

    sekali lagi, teima kasih. good luck on your innovation (jgn lupa patent kalo dapat!). doakan saya dpt writing dgn lancar dan dapat scholar utk sambung phd thun depan =)

  17. kak, nak mohon share ayat2 semangat yang best..nk buat panduan utk org lain dan sendiri yang akan menempuh PhD x lama lagi..

    Shukran ya Allah..

  18. Salam K.Elies,
    I knew you from my degree days in UK back in ’98. I was in Hull & we met couple of times all around UK. Maybe K.Elies dah tak ingat saya kot 🙂 Tapi saya masih ingat tumpang rumah K.Elies kt London masa nak balik 1 of the summer holiday..Also, I’m a friend of Yati (Akhi Rohimi’s zaujah). Anyhow, thanks a lot for this sharing of experience. Am currently preparing myself for pursuing PhD tapi at the very early stage. Last week attend Proposal Defense by post grad students at 1 of the IPTA here in M’sia, mak aiiihh gerun dgn expectation panelist tu..K.Elies bole jd mentor saya tak?

      1. alaaa…frustnya 🙁 tp saya tau k.elies sbnarnya humble. x jd mentor pun xpe.saya follow blog utk cari mana2 tip yg berguna.keep on posting & take care.

  19. assalamualaikum…
    sy amat tertarik dgn artikel ni…memandangkan sy pn akan melanjutkan pengajian ke peringkat phd dan bercadang utk ke oversea, maka sy ade byk kemusykilan utk dirungkaikan…maklumla, ni first time sy nkblaja kt oversea dan akan mmbawa keluarga bersama…hrp dr elies tk keberatan sekiranya sy nk berhubung dgn dr elies melalui email so that mudah utk sy bertnya lebih byk soalan, mainly berkenaan university environment, child’s education, family and financial planning…email sy botolkicaps@yahoo.com…syukran…

  20. terima kasih, tapi saya doubt yg saya boleh menjawab soalan2 tu, sebab keadaan masing2 tak sama. Setiap uni pun lain. Kalau post ke sini, at least kawan2 yg lain yg tahu jawapannya mungkin boleh tolong jawabkan. Anyway, emailkan ke serikandi@serikandiku.com

  21. Salam kak Ellies (akak ke? Hehe)
    Your post ni really helpful and it came sincerely from your heart.. Sapa yg pernah buat phd tahu lah peritnya tapi masa tak boleh di undur.. Mesti kuat semangat Dan teruskan perjalanan.. Saya suka part viva tu.. I wish mine would be as smooth as yours.. Tp dlm perjalanan phd yg hanya separuh susah untuk duga keyakinan kita terhadap research sendiri.. Sering tertanya betul ke valid ke cara aku ni.. Antara faktor yg menyumbang stress.. Duh!

    1. saya lebih suka menulis dari nukilan diri sendiri daripada copy paste orang lain.. lebih bermakna kan? So.. separuh jalan still ke sekarang ni? Pasal keyakinan tu, kayakinan datangnya dari pengetahuan dan ilmu. Kalau kita TAHU, barulah datangnya YAKIN. Its never is too late kalau nak tukar apa2 pun. AND still tak salah kalau taknak tukar pun. At the end, PhD hanyalah satu process untuk merekrut seseorang menjadi seorang researcher.. thesis yg tak menjadi kalau ditulis se-elok2nya dan dipelajari daripadanya worth a PhD. ‘Its only for a PhD, bukan untuk Nobel price’ supervisor saya selalu bagitahu each time saya nak kerja saya jadi perfect. All the best!

  22. thank sangat.. saya rasa ini sedikit sebanyak dapat membantu saya. saya nak tanya kalau kita malas untuk buat projek sendiri, apa perlu buat? saya buat modelling and simulation and it is a bit hard when i first started. ada apa apa nasihat tak? thanks

    1. Sorry mizzue, saya tak berapa faham sangat soalan.. when u said “when I 1st started..” does that mean dah start on a project? Or are you thinking of starting one?

  23. Salam Dr. Serikandi,

    Maaf, tapi msg yg Dr. balas pada FB Hana tak dpt Hana buka. For certain reasons, it does not open and I have tried it since last night. So, boleh tak Hana minta Dr. post balik msg tu ke email Hana? Terima kasih! `:D

    1. Saya dah balas dalam email. Nasib baik boleh copy-paste.. punyalah panjang saya tulis.. hehe hopefully it helps.

  24. Salam,

    Entry ni buat saya bersemangat nak sambung belajar… di saat otak jem buat proposal PhD ni saya terbaca entri ni…

    Thanks kak

  25. Sikap memberi adalah sikap orang seperti Dr. Dengan memberi Dr telah mengembang satu rantaian keyakinan yang kukuh. Saya merasa kerdil untuk menulis ini kepada Dr. Tetapi atas perasaan bangga di atas kejayaan Dr dan input tentang keyakinan untuk berjaya menyebabkan saya amat yakin Dr adalah kurniaan Yang Maha Esa yang amat terbaik. Tahniah sekali lagi.

    1. Terima kasih. Jgn sekali2 rasa kerdil dgn keupayaan diri sendiri. Batu kerikil amat penting untuk membina sebuah bangunan yg kukuh!

  26. Terima kasih kerana berkongsi. Saya mungkin lambat terjumpa coretan ni sebab dah tinggal setahun je lagi. Tapi bila terbaca proses menulis akak cuma 6 bulan, rasa lega. Maknanya saya masih ada kesempatan.

  27. Assalam. Seronok betul baca artikel. Bagi saya semangat untuk further studies. Tahniah ye akak sebab berjaya menamatkan PhD akak. Jadi penemuan akak berjaya lah ye? Kagum walaupun sudah berkeluarga dan memiliki anak tapi masih dapat menamatkan PhD dengan jayanya. Tahniah ye akak 🙂

    *teringin nak jadi macam akak 🙂

  28. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman ..Sedikit sebnyak memberi inspirasi kepada saya yg saat ini teringin nak sambung pengajian peringkat Phd.

  29. Tahniah, best sgt dpt semangat macam ini, saya pun bercita2 nak buat phd…insyaAllah semoga allah permudahkan perjalanan saya

  30. alhamdulillah congrats Dr 🙂 saya tidak dpt focus spnjang setahun PhD saya, dsebabkan ujian dr Allah kepada kesihatan ibu dan masalah kewangan. Saya baru mndirikan rumah tgga 4 bulan lepas dan sedang mencari inspirasi untuk betul2 focus selagi masih berbaki 2 tahun ini. alhamdulillah, rezeki lepas kawen, pembiayaan PhD sye tlh ditaja ditmpat bljar sye. Allah maha mengetahui. Saya akan study smart macam Dr. InshaaAllah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.