Hari ni saya mesti post sesuatu kat blog ni (InsyaAllah). Saya nak mintak maaf lama sangat tidak menghantar ke sini walaupun banyak benda yg saya dah tulis separuh jalan. Masalahnya tetap sama.. masa. Saya selalunya menggunakan masa yg agak lama untuk berfikir masa menulis, kadang2 kalau dah tulis pun, lama saya akan fikir tentang kesesuaian sesuatu tajuk. Dan bercakap tentang masa, itulah yg saya perlukan sekarang ini. Dengan tanggungjawab kerja yg semakin banyak dan semakin mencabar, agak susah untuk saya mencari masa ketika ini.
Kebelakangan ni, banyak benda yang mencabar kesabaran saya. Tak perlulah saya ceritakan apa halnya sebab saya sure kita semua menghadapi perkara yg serupa. Tetapi sabar itu amat perlu dalam hal saya ni.. kalau ikutkan hati memang rasa nak bagi penumbuk! (ganas ek?) Tapi begitulah.. dalam banyak2 hal, saya selalu mengambil pendekatan untuk bersikap hilm.
Apakah hilm tu?
Hilm itu adalah bersikap sabar dengan meninggalkan pergaduhan walaupun kita berada di pihak yg betul (well at least that’s what I think). Semasa saya memujuk2 diri, saya teringat tentang satu ayat yg saya selalu baca masa mengandung,
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
“Hai anakku, dirikan sholat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yg ma’ruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” [Luqman 31:17]
Ayat ini telah meletakkan yg solat, mengajak manusia kepada yg baik, menghalang manusia drp yg buruk pada satu level yg sama. Dan, setelah mengerjakan perbuatan yg sedemikian, kita akan expect manusia untuk membuat ‘kacau’ dengan perasaan kita dan sebab itu ada tentang “bersabarlah terhadap apa yg menimpa kamu”. Dan semua itulah termasuk dalam perkara2 wajib.
Mengapa agaknya manusia berbalah? Mengapa agaknya ada orang yg selalu menyangka dirinya selalu betul? Bagaimana pula dgn orang yg sedar dirinya salah tetapi tidak mahu mengalah anyway? Ada orang pula suka berbalah untuk menunjuk kepada orang2 yg lain bahawa dirinya pandai dan mulia. Dia merasa angkuh dan sangat suka bersaing. Dan orang yg sebegini kadang2 disulami dgn sikap yg kasar.
“Allah bersifat sangat halus, menyukai sikap halus dalam semua urusan; dan Dia memberi karena sikap halus itu, sesuatu yang tidak akan Dia berikan karena sikap kasar” [HR Muslim]
Tapi kadang2, ada orang pula menyalah ertikan maksud kesabaran. Diam tidak semestinya sabar. Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulummuddin telah membahagi2kan sabar dalam beberapa kategori.
1. Sabar dalam menjauhi keburukan (al-iffah). Bersabar dalam kata, tidak cepat terikut dan terpengaruh dgn nafsu dan ajakan kepada yg dosa, seperti sabarnya Nabi Yusuf dalam godaan Zulaikha.
2. Sabar dalam menghadapai kesusahan (al-sabr). Dengan kata, menghindarkan diri drp melakukan perkara yg tidak lazim seperti berputus asa, mencuri, berlebih2an dalam menampakkan kesusahan. Sabar dlm hal ini tidak semestinya tidak menangis kerana itu fitrah manusia, Nabi saw juga menangis ketika kematian anak baginda, tetapi tidak berlebih2an dalam tangisan.
3. Sabar dalam mengendalikan emosi (al hilm). Ini yg awal2 saya bincangkan tadi. Sabar dalam ini adalah diam bertempat. Sabar dalam erti kata berusaha untuk membela agama, negara, diri dan keluarga. Infact, Islam menghalang umatnya berdiam diri dan tidak marah apabila kehormatannya di cela. Tetapi perlu cerdik dalam mengendalikan emosi. Pernah sayidina Ali (kalau tak silap) tidak jadi membunuh musuh yg telah meludah kemukanya. Ketika ditanya mengapa, beliau menjawab, kerana beliau takut niat membunuh musuh itu berubah dari membunuh kerana Allah kepada membunuh kerana marah terkena ludahannya.
4. Sabar dalam menghadapi perang (al-syaja’ah). Ini yg dinamakan sabar tak semestinya diam. Sabar dalam perang adalah sabar yg berani, bukan diam yg pengecut. Banyak kali bila saya menonton cerita perang especially cerita style perang2 zaman dahulu (pedang, kuda etc.) saya akan menyorok di belakang Bad sebab saya merasa takut dan seram. Bagaimana agaknya perasaan kedua2 belah pihak yg akan bertempur dan berperang benda2 gory macam tu ye? Begitu lemahnya emosi perang dan jihad saya :(.
5. Sabar dalam menghadapi kemewahan (al-zuhd). Menurut Imam Ghazali, zuhud adalah:”menahan diri dari dunia secara sukarela dengan ketaatan padahal engkau mampu meraihnya. Hmm, ini tidak mudah bagi saya, especially kalau time sale… :(. Saya telah pernah menceritakan tentang zuhud ini dalam salah satu post saya, Qana’ah.
6. Sabar dalam mendapat keuntungan yg sedikit (qadr yasir min al-khuthuth). Dalam business contohnya. Sabar dalam ertikata redha tetapi tidak pula berputus asa, malah meningkatkan lagi usaha.
Pendek kata, semakin banyak saya pelajari tentang sikap sabar, semakin saya nampak kehodohan sikap dan diri saya ini. Semoga kita menjadi insan2 yg bersabar. Cukuplah ayat2 dan peringatan Allah ini untuk menjadikan kita antara orang2 yg sabar dan cuba menjadi sabar.
فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ
“Maka bersabarlah kamu seperti bersabarnya orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari para Rasul..”
[Al-Ahqaf 46:35]
وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ
“Bersabarlah dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah, dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan”
[An Nahl 16: 127]
وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
“Dan bersabarlah, karena sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan.” [Hud 11:115]
Salam, tahniah atas penulisan yang hebat!…Moga saya menjadi insan yang penyabar, InsyaAllah..walau sabar itu pahit…tiada daya yang lebih berkuasa melainkan Allah. Manusia mampu berusaha, namun Allah yang menentukan dan hati2 manusia juga dipegang oleh Allah. Umat islam mesti cemerlang walau orang kafir akan terus cuba menjatuhkan…membuat sesuatu kerana Lillahi Taala, kena persembahkan yang terbaik untukNya dan mendapat keredhaanNya.. Akak,lepas ni bagi tips ‘time management’ boleh? Bak kata patient saya, course saya ni dah buat saya macam dentist, dental technician, researcher, photographer, engineer, bdk sekolah yg byk homework & mental torture dan sebagainya…Tapi patient saya best2, mostly yang dah pencen or 40 plus, yang anggap saya cam anak, banyak bagi nasihat kata2 motivasi & very cooperative & selalu bagi hadiah eg makanan (tapi selalu saya x makan & bagi orang) atas sebab2 tertentu…Keep it up writing sis! =)
oo pasal tips dan lain-lain ye? ehehe.. watch this space! btw, terima kasih atas perkongsian cerita (saya rasa macam tahu apesal tak makan tu) dan atas ziarah 🙂
Semalam, jumpa visiting lecturer in personal, saya suka dia coz tegur irect ape kelemahan kita yg dia namapak, x mcm lecturer local, tau nak punish tp x bg tau ape kelemahan kita secara direct & suka ckp belakang dgn lecturer lain…saya kena improve my english supaya saya lagi confident utk bagi idea & dia suggest saya fokus more to the course, balk jumpe family sabtu ptg & blk sini ahad petang ( almaklum saya PJJ dgn hubby& anak)…ok, kena mulakan jihad fi sabilillah….doakan saya berjaya macam akak… (“,)
InsyaAllah, semoga dipermudahkan segalanya..
Saya suka baca ayat ni:)
Sabar dalam mendapat keuntungan yg sedikit (qadr yasir min al-khuthuth). Dalam business contohnya. Sabar dalam ertikata redha tetapi tidak pula berputus asa, malah meningkatkan lagi usaha.
yes.. yes.. saya pun suka bab2 business ni.. dan memang ada satu business yg telah terhenti : (
Salam Sis 😉
Saya baru start membaca entri2 disini.
Adik kembar yang ‘temui’ blog ini.
Kami berdua listkan dalam blog masing2 utk tatapan harian.
Teruskan tulisan ini 😉
terima kasih listkan dalam blog korang 🙂 semoga ramai lagi ke sini membaca benda2 merepek yg saya tulis : )
you are most welcome 😉
Salam kak.
Er baca tentang ‘Al hilm’. Er nak tanya sgt2 psl situasi er. Mungkin kuar topic skit.
Er ada 2 org kawan baik (suami isteri). Ada skit perselisihan faham antara kitrg yg Er rasa Er susah nak terima. Rasa diri Er dipijak-pijak. Er fikir, Er dipihak yg betul(selepas tanya pendapat kwn2 yg lain). Semenjak kes tu, kitrg dah tak bertegur sapa. Er bersabar dan ambil tindakan dgn berdiam diri (lebih kurg Al hilm). Tp lama2 Er rasa rindu sangat kat dorang. SAmpai termimpi-mimpi.
Er cuba tegur dorang ni kat FB. Tapi sayang. Dorang tak endah Er kak. Er cuba merendahkan diri Er dan buang rasa ego dengan meminta maaf kat dorang wpun Er tau Er tak salah. Dorang ignore Er. Dorang macam tak terima perkataan ‘maaf’ tu. Sampai satu tahap, Er rasa Er berdosa. Er slalu pikir, adakah kesusahan hidup Er skrg disebabkan dorang tak maafkan Er?? Er takut Allah tak maafkan Er selagi dorang tak redha dgn Er.
Er takut la kak wpon er tak salah. T__T
PERLU SANGAT2 PENDAPAT AKAK. Thanks kak.
Salam.
Diorang suami isteri ye? akak rasa baik Er tak payah campur, banyak benda yg kita sebagai orang luar tak tahu. Kalau dah minta maaf diaorang buat tak tahu, biarkan aja. Cari kawan lain. Jangan susahkan hati dan perasaan sendiri.
assalamualaikum kak
lama sangat tak ziarah. rupa pun dah bertukar. Saya pun sedang melanjutkan pelajaran. moga diberkahi dan mohon doa juga insahallah…kak, ada fb tak teringin nak mengeratkan ukhuwah lagi since im quite busy kadang2 tak dan nak baca blog and fb is a quick one.
Salam Nai 🙂 lama tak dgr khabar berita. Harap2 semua ok
saya pembaca since 2010.. saya nak mintak kebenaran untuk mengamati gambar2 dalam page sabar(2) ni and ..maybe saya nak lukis semula.. boleh ker?? reading your posts gives me a sense of therapy and i really mean it. 🙂
terima kasih dan silakan.. lukis semula? wah… nanti boleh tunjuk kat kami di sini lukisan tu?