Debu2 yg berserakan dari kudanya yg tampan dan gagah, libasan pedangnya yg sungguh cekap dan menggerunkan musuh. Begitulah cerita2 yg kita dengar tentang Khaulah al-Azwar (atau Azur), seorang pahlawan wanita yg tidak dikenali jantinanya sehinggalah diperintahkan oleh panglima Islam, Khalid al Walid untuk reveal herself.
Itu cerita2 zaman dahulu, dan bila kita dengar cerita2 zaman dahulu kadang kala kita susah untuk contemporaries cerita tersebut dan susah untuk membandingkan ‘kita’ dan ‘mereka’. Kita rasa mereka jauh, kita rasa susah untuk mengambil mereka menjadi role model atau contohi kalau kita tak tahu pengajaran yg mana yg boleh kita ikuti.
Mari ke zaman kini. Adakah wanita serikandi yg boleh kita ikuti?…. Kenapa dalam kepala banyak celebrities sahaja? Mengapa banyak wanita popular dalam kepala kita adalah wanita cun2, penyanyi atau pelakon? Wanita bagaimanakah yg kita nak jadi? Yang hanya tahu bincang tentang handbag, kasut, alat solek dan perkakas dapur sahaja? Apa agaknya maksud dgn kata2 wanita boleh mengegar dunia?
Tawakkol Karman, Razan Ghazzawi adalah contoh2 wanita zaman sekarang yg menggegarkan dunia. Tawakkol, yg juga pemenang nobel peace prize, telah berjaya membangkitkan semangat rakyat Yaman untuk berjuang menjatuhkan pemerintahan zalim President Ali Abdullah Saleh. Razan pula telah menyedarkan rakyat Syria untuk bangkit menentang pemerintahan President Bashar al-Assad yg telah berlaku kejam kpd rakyatnya, melalui penulisan blog beliau.
Seorang wanita yg tidak dikenali dan berjubah hitam, tetapi telah dipukul dgn teruknya oleh askar Mesir sehingga tersingkap pakaian beliau sehingga menampakkan bra nya yg bewarna biru, dan popular dgn panggilan ‘the woman in the blue-bra’ telah berjaya menyalakan api kemarahan rakyat Mesir sehingga telah berjaya menjatuhkan kerajaan zalim Husni Mobarak. Begitu juga dgn seorang wanita yg berbaju merah (Azza Suleiman, seorang anak bekas general di Mesir) yg dengan tidak berfikir tentang keselamatan dirinya untuk membantu the blue bra girl.
Itu adalah contoh2 wanita2 Arab yg telah menaikkan the Arab spring movement. Saya juga telah beberapa kali menceritakan tentang wanita2 Islam zaman silam yg telah berjaya menggegarkan dunia dalam post2 saya yg lalu. Cerita2 tentang Tun Fatimah, Tjoet Njak Dien adalah contoh2 wanita serikandi dari rumpun kita perlu kita ceritakan dan kita tekuni kepada anak2 kita. Bukan cerita hantu pontianak dan harum sundal malam. Saya minta maaf kerana menceritakan wanita2 hebat ini secara ringkas, saya tidak mempunyai masa yg banyak buat masa ini, InsyaAllah saya akan cerita later (bila ada masa lebih).
Selamat hari wanita sedunia. Buat yg bertanya, mengapa perlunya hari yg dikhususkan untuk wanita, seolah2 wanita adalah satu species yg pelik yg perlu diperingati, jawapan saya, even dalam quran pun ada satu chapter khas untuk wanita, surah an-Nisa’. Allah memberikan satu penghormatan yg tinggi kepada kaum wanita, tetapi adakah kita layak untuk mendapatkan nya? Wanita bagaimana kah kita?
ps: saya tak own semua gambar2 yg saya siarkan dalam this particular post, saya telah mendapatkannya dari internet. Credits untuk pictures adalah daripada pemiliknya.
akak, saya minta share lagi ye
Silakan, tapi saya rasa mcm perlu byk edit 🙁
Puan, nk bc post2 sebelum ni psl sahabat wanita. Interested walaupun saya lelaki 🙂
silakan Hariz. Does’nt really matter kita pompuan atau lelaki, sebab surely kita ada mak, adik beradik pompuan, kawan2 pompuan and hopefully satu hari nanti isteri dan anak2 pompuan. Semoga article kecil ini menjadi salah satu rantai dalam satu chain reaction yg besar.