Hari ni saya nak tulis pasal sains.. sebab saya mudah nak cakap pasal sains sebab saya seorang ahli sains.. dan saya tak pandai cakap pasal agama, bahasa, sejarah etc. Actuallynya, saya memang patut lebih byk bercakap tentang sains berbanding bebenda yg lain. Dan saya nak kongsi dgn sahabat2 semua, just a little bit of sains yg boleh menunjukkan kepada kita betapa besarnya kuasa pencipta.

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

Sesungguhnya, yg khusyu’ (takut) kepada Allah dari kalangan hambaNya adalah ulama’ (fathir: 28)

Kita tak payah tengok jauh.. kita tengok je diri kita… Cuba cakar/ garu tangan anda guna kuku. Tahu tak berapa banyak cells yg duduk bawah kuku tu? Dan tahu tak apa maklumat yg terkandung dalam cells tersebut? Orang yg dah biasa tengok cerita iras2 CSI sure pandai jawab ni.

لَخَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَكْبَرُ مِنْ خَلْقِ النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Demi sesungguhnya, penciptaan langit dan bumi adalah lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (alGhafir 57)

Hanya 4 huruf diperlukan untuk membina seorang manusia, seorang manusia yg unik dan lansung tidak sama antara satu sama lain (melainkan kembar seiras).. bayangkan.. berapa billion tu? Dari zaman Tok Adam sampailah yg akan datang.. takder duorang pun yg sama. 4 huruf tersebut adalah A, T, C dan G.. dan mereka adalah shortform untuk Adenine, Thymine, Cytosine dan Guanine.. molecules base code dalam DNA. Dalam strand DNA itu A berpasangan dgn T dan C berpasang dengan G (no 1). Menggunakan itu sebagai code (macam zip bila dia berpasang2) membolehkan cell copy exactly apa2 message yg diterima tanpa salah untuk membuat protein, dan segala tugas2 cells dalam tubuh. Menggunakan hanya 4 base ini membolehkan 2.8 ke 3.5 million pasang code ditulis. Pasangan tersebut terikat dalam double helix dan dalam SETIAP cell dlm badan ada sebanyak 2 meter DNA. Bayangkan.. kalau ada walau satu huruf je tersilap dalam menghantar message ni akan cacatlah seorang manusia.. itulah yg dinamakan kandungan genetic.

3% daripada codings tersebut menjadi genes dan 97%nya menjadi codes yg masih belum lagi di fahami oleh ahli2 sains. 3% yg difahami tersebut menjadi code untuk menulis arahan kepada setiap sel untuk menjalankan tugas2 sel membuat protein etc. Dan 3% yg di fahami tersebut terdiri daripada 30 ribu ke 120 ribu jenis genes yg difahami. Sungguhlah.. perumpamaan pengetahuan semua manusia di dunia ini hanyalah air yg melekat di jari yg dicelup ke dalam lautan, dan lautan itulah perumpamaan ilmu Ilahi. Sungguh manusia itu kurang mengerti.

وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِنْ بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan, dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (luqman:27)

قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

Katakanlah: Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. (alKahfi:109)

Kesemua genes tersebut, terikat ketat dan kemas dalam lingkaran yg dinamakan chromosomes. Dalam setiap manusia ada 23 pasang chromosome yg unik untuk setiap orang, 23 dapat dari ayah, 23 lagi dapat dari ibu. Semuanya duduk dalam setiap cell dalam nucleus. Bila terjadi seorang anak, tu pasal ada some of features dia yg serupa ayah, ada yg serupa ibu. Tengok, kita adalah selama2nya terhutang budi kepada ayah dan ibu kita, sedang nak buat diri kita pun kita pinjam info daripada mereka. 23 pasang chromosomes tersebut mengandungi segala info yg lengkap untuk menjadi seorang manusia… bayangkan…! Hanya dalam satu cell!

So, setiap sel masing2 menjalankan perintah dari Tuhannya.. ada yg menjadi sel darah, ada yg menjadi sel jantung, ada yg menjadi sel otak.. ada yg menjadi daging. Seorang manusia adalah terdiri daripada 100 trillion sel2 ini. Tiada satu sel pun yg ingkar. Semuanya mengikut arahan dan begitu kemas dan tersusun. Kita manusia pun seharusnya mengikut contoh sel2 ini. Tuhan yg mengarahkan setiap sel ini menjalankan tugasnya supaya segala urusan dalam badan manusia berjalan lancar dgn seindah2 bahasalah sama dgn Tuhan yg memerintahkan setiap manusia untuk mematuhi perintahNya, tapi kita manusia banyak yg ingkar. Malulah kita dgn sel dan setiap zarah yg ada dalam tubuh badan kita.

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

Sesungguhnya, yg khusyu’ (takut) kepada Allah dari kalangan hambaNya adalah ulama’ (fathir: 28)

kerana dia yg mempunyai ilmu (alim/ulama-jama’) faham dan mengerti akan bahasa Tuhannya..

 

10 Replies to “DNA”

  1. Allahu Akbar…..betapa sedikitnya ilmu yang kita ada berbanding Allah…thanks Elies for sharing this…baru le faham sikit2 pasal DNA ni…:) Sori jugak sbb baru sempat nk baca post ni. Al-maklum le, budak tua tk siap2 phd…hehe

    1. hiysh.. tak payah sorry.. setiap org terer bahagian masing.. elies pun tak tahu benda yg Anis tahu. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.