copyright www.serikandiku.com
Adam masa umur dia 2 tahun lebih..

Apa hobby/kegemaran korang eh? Macam saya, saya memang ada banyak.. dan ikut musim lak tu. Kadang2 saya rajin mengupdate blog.. (masa tu blog pun byk dgn post), kadang2 saya takder mood..(masa tu akan bersawang 2, 3 bulan.. sorry). kadang-kadang saya suka menjahit, tak kiralah jahit baju, langsir, kusyen etc, kadang2 saya memeruk kat penjuru kerusi membaca novel, kadang2 saya keluar ambik photography, kadang2 saya gila memasak… pendek kata memang tak tentu, ikut mood dan ikut musim.

Kali ni, hobby saya lain pulak. Dalam garage/storage saya, saya ada banyak kaset2 lama, yg mostly nasyid sebelum Bad dan saya kawen. Sebelum kawen, Bad dan saya both rajin kumpul kaset, dah kawen baru kitorang tahu yg combined kaset kitorang sampai tak cukup almari. Nasyid dulu2 byk yg tak sama dgn nasyid sekarang, mostly masa tu nasyid takder alatan muzik, dan masa tu nasyid Arqam yg paling popular. Diorang jugaklah yg mempelopori gendang utk nasyid yg best di dengar. Antara kumpulan nasyid yg saya suka masa tu adalah kumpulan ‘The Zikr’, yang kemudiannya menjadi kumpulan ‘Raihan’. Kumpulan Raihan pernah dtg UK and naik kereta kitorang on the way diorang nak buat persembahan.. masa tu kat Leeds tahun.. err tak silap 2003.

copyright www.serikandiku.com
Adam dgn salah seorang ahli kumpulan Raihan

Termelalut saya bab Raihan pulak. Actually, saya nak bagitahu.. masa saya punggah2 kaset tu, saya dapati byk nasyid lama yg masih belum ada kat YouTube. So, saya pun try lah buat video lagu ke YouTube.. sure pada korang senang je.. tapi saya first time buat ni.. hehe So inilah cubaan pertama saya.. see if you like it.

 

Zaman tu, nasyid ni menghibur hati kami sebab, ada diantara kami yg ‘kehilangan’ kawan hanya kerana menjadi baik, hanya kerana menegur kepada perkara2 yg benar. Tak cukup dgn hilang kawan, kutukan seringkali menjadi habuan. Recently, some of my friends dapat benda yg saya juga. Ada yg di delete dari FB (sama macam buang kawan jugak kot?) dan dikutuk etc. Saya teringat kembali nasyid ini, semoga ianya manjadi pujukan untuk sahabat semua 🙂

p/s: buat masa ni internet connection rumah saya agak rubbish, in 2 weeks time InsyaAllah tukar ke fibre optics jauh lebih laju, nanti saya akan try buat byk2 video lagi, InsyaAllah.. and kalau masa tu masih ada mood lagi 🙂 and.. oh ya.. dengan nak bagitahu, temporarily, hobby saya ialah nak buat video YouTube… 🙂

3 Replies to “kawan”

Leave a Reply

Your email address will not be published.