Hati asyik sibuk memikirkan baju apa sesuai pakai dgn tudung apa, the latest trend dalam fesyen, macam mana nak jadi kaya… itulah antara tanda2 kita cintakan dunia (hubbud dunya). Hujan musim bunga yg lebat di luar lansung tidak kami endahkan. Kami tekun mendengar pesanan2 dari Sheikh Kamaluddin Ahmed tentang masalah hati. Tentang cintakan Allah. Berikut ini adalah sebahagian nota yg saya sempat salin dan campur sikit dgn nota sendiri untuk dikongsikan.

 

Bagaimana untuk menjalin cinta dengan Allah?

 

  1. Qalb (hati): Cara utama untuk menjalinkan perasaan cinta denganNya adalah dengan selalu berzikir.

 

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram”. (Ar Rad: 28)

 

Hati mengawal segala2nya dalam tubuh, ini juga kita boleh tengok dari sudut sains. Hati yg physically sihat masih boleh dipindahkan (transplanted) ke orang lain dan masih berguna walaupun tuannya telah meninggal dunia. Hati dan akal itu berbeza, dan akal, walaupun namanya akal tidak dapat berfikir/merasa dengan sendirinya, dia akan mengikut apa yg hati inginkan. Macam cerita Jack Sparrow, compass dia akan selalu menunjuk apa yg heart dia really desire, bukan apa yg kepala dia suruh. So, hati yg cintakan Allah akan membuatkan akal sentiasa berfikir tentang Allah. Orang yg sibuk memikirkan bagaimana untuk menjadi kaya, celik2 matanya berfikir bagaimana plan cari duit dia.

Perdengarkan betul2. Terdapat seketul daging di dalam tubuh, sekiranya ia elok maka eloklah seluruh tubuh dan anggotanya. Sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh tubuh badannya. Ingatlah elok2 yg ianya adalah hati” Hadith riwayat Bukhari

 

2.  Taqwa (takut kepada Allah): Apakah yg dimaksudkan dengan perasaan takut yg datangnya dari cinta? Analogynya adalah seperti seorang kekasih, dia akan sentiasa berbuat sesuatu yg di sukai kekasihnya, takut sekali melukakan perasaan si dia, seorang isteri yg taat kepada suaminya dan berhati2 melakukan sesuatu yg bakal melukakan hatinya. Pendek kata, perkara yg paling digeruni oleh seorang kekasih adalah mengecewakan kekasihnya, begitulah juga sekiranya kita mencintai Allah, kita berusaha sedaya upaya kita untuk berbuat segala2nya untuk Dia; benci keranaNya, saying keranaNya, udara yg kita nafas untuk Dia.. segala2nya..

Di dalam dunia ini terdapat 3 jenis hati; Qalbun Mayyit (  قلبٌ ميت – hati yg mati), Qalbun Mareed ( قلبٌ مريض – hati yg sakit) dan Qalbun Saleem (  قلبٌ    سليم – hati yg sejahtera). Hati kita ini jenis apa?

1.   Tanda hati yang mati

Orang yg mati hatinya menjadi hamba kepada nafsunya. Dia tidak merasa ragu2 untuk berbuat dosa dan merasakan perbuatan yg baik itu sebagai sesuatu yg menyusahkan (burden). Dia juga tidak suka kepada nasihat dan peringatan.

2.       Tanda hati yang sakit

Orang yg sebegini selalunya seperti lalang. Dia selalu mengikut siapa yg akrab dengannya, berkawan dgn org yg baik, dia akan menjadi baik dan begitu juga sebaliknya. Imannya turun naik. Kadang2 dia dapat mengawal dirinya, dan kadang2 dia jatuh. Tetapi dia still ada perasaan bersalah sekiranya dia telah berbuat dosa.

3.     Tanda hati yang sejahtera

Orang yg begini cinta dan kesukaannya adalah untuk dan kerana Allah. Dia memberi dan melarang kerana Allah.

Pernah suatu hari, seorang anak murid bertanya kepada gurunya. Wahai guru, doakanlah untuk saya. Apabila ditanya mengapa beliau inginkan doa, dia telah berkata bahawa hatinya telah tidur. Setelah ditanya gurunya mengapakah dia berkata hatinya telah tidur, maka murid itu menjawan dengan sepotong ayat quran:

 

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” (al-Anfaal:2)

 

Dia berkata, hatinya tidak merasa gerun dgn ayat Allah. Maka berkatalah gurunya bahwa sesungguhnya hati dia itu bukan tidur, bahkan telah mati. Kerana, hati yg tidur itu bisa dibangunkan dgn ayat2 Allah tetapi hati yg mati itulah yg tidak ada perasaan apa2.

 

أستغ فر الله   Astaghfirullah  . Ada diantara kita yg masih belum berubah walaupun banyak peringatan telah diberikan…

 

Diriwayatkan dari AbyUmamah bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda, sekiranya seseorang yg mencintai disebabkan oleh Allah, membenci disebabkan oleh Allah, memberi untuk Allah dan menahan untuk Allah, dia telah mendapatkan iman yg sempurna. Hadith riwayat Abu Dawud 40:4664

copyright www.serikandiku.com
O Allah, bear witness that I love You, only You and anything liLlah, fiLlah.

 

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Qalbun Saleem?

 

1. Dengan cara mengingati Allah (dzikir). Berdasarkan kepada hadith, “Perbandingan antara mereka yg mengingati Allah dan mereka yg tidak adalah seperti yang hidup dengan yg mati” Hadith riwayat Bukhari.

 

Rasulullah saw bersabda lagi, “ Setiap sesuatu ada penggilap, dan penggilap untuk hati adalah dengan dzikrullah

Allah telah berfirman di dalam alQuran:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ

Ingatlah Daku, dan  Aku akan ingat kepadamu.. (alBaqarah: 152)

 

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang Qalbun Saleem. (as Syuara: 88-89)

 

2. Dengan cara tazkiyatun Nafs. Kenali masalah utama dan puncanya, dan berusaha memperbaikinya. Allah telah berfirman:

 

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا

وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang mentazkiyahkan (membersihkan) jiwanya, dan rugilah orang yg mengotorinya. (as Shams: 9-10)

 

Orang-orang yg mendapat hati yang sejahtera akan dikurniakan Allah ganjaran berupa ketenangan, kemanisan iman dan kasih sayang dariNya.. dan apa lagi yg kita mahukan dalam dunia dan hidup kita ini melainkan kasih sayang daripadaNya… أكبر  الله

 

Hubbud Dunya (هبد دنيا –  cinta kepada dunia)

 

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّىٰ

وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ

Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri, dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia solat. Tetapi kamu memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. (al ‘Ala: 14-17).

Apakah yg dimaksudkan dengan dunia? Dunia adalah segala2 yang menjauhkan kita daripada mengingati Allah. And so, sekiranya seseorang itu mempunyai RM1 million pun tetapi dia tidak berganjak daripada mengingati Allah, maka duit RM1 million itu bukanlah dunia padanya. Manakala, sekiranya seseorang itu mempunyai RM1, tetapi asyik terkenang2kan duitnya (yg hilang sebagai contoh), maka duit RM1 itulah dunia padanya. Ianya bukan nilai sesuatu, tetapi apa effek benda itu pada tuannya. Itulah dia dunia. Sebagai contoh yg mudah, sekiranya kita seorang ibu yg sedang membawa anak kecilnya di taman permainan, sudah tentu kita syik mengawasi mata kita supaya sentiasa melihat anak kita tersebut. Bila datang seorang kawan berbual2 dengan kita, walaupun kita asyik berbual2 dgn dia, mata kita sentiasa tetap sahaja mengawasi anak kita tersebut, the moment anak terjatuh contohnya, cepat2 kita lari ke arah anak kita itu dan meninggalkan kawan yg sedang berborak dengan kita. Anak dan ibu itu adalah contoh hubungan hamba dan Allah, manakala kawan yg datang itu adalah dunia, tetapi dunia itu tidaklah melenyapkan pengawasan si ibu dari si anak. Benarlah kata bijak pandai, letakkan dunia itu di dalam tangan, bukan di dalam hati.

Allah telah berfirman:

 

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Al Hadid: 20)

 

Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhuma berkisah, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melewati pasar sementara orang-orang ada di sekitar beliau. Beliau melintasi bangkai seekor anak kambing yang kecil atau terputus telinganya (cacat). Beliau memegang telinga bangkai tersebut seraya berkata:

أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنَّ هَذَا لَهُ بِدِرْهَمٍ؟ فَقَالُوا: مَا نُحِبُّ أَنَّهُ لَنَا بِشَيْءٍ وَمَا نَصْنَعُ بِهِ؟ قَالَ: أَتُحِبُّوْنَ أَنَّهُ لَكُمْ؟ قَالُوا: وَاللهِ، لَوْ كَانَ حَيًّا كَانَ عَيْبًا فِيْهِ لِأَنَّهُ أَسَكُّ فَكَيْفَ وَهُوَ مَيِّتٌ؟ فَقَالَ: فَوَاللهِ لَلدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللهِ مِنْ هَذَا عَلَيْكُمْ

Siapa di antara kalian yang suka memiliki anak kambing ini dengan membayar seharga satu dirham?” Mereka menjawab, “Kami tidak ingin memilikinya dengan harga semurah apapun. Apa yang dapat kami perbuat dengan bangkai ini?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian berkata, “Apakah kalian suka bangkai anak kambing ini menjadi milik kalian?” “Demi Allah, seandainya pun anak kambing ini masih hidup, tetaplah ada cacat, kecil/terputus telinganya. Apatah lagi ia telah menjadi seonggok bangkai,” jawab mereka. Beliau pun bersabda setelahnya, “Demi Allah, sungguh dunia ini lebih rendah dan hina bagi Allah daripada hinanya bangkai ini bagi kalian.” (HR. Muslim no.7344)

لَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوْضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

Seandainya dunia punya nilai di sisi Allah walau hanya menyamai nilai sebelah sayap nyamuk, niscaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir seteguk airpun.” (HR. At-Tirmidzi no. 2320)

 

copyright www.serikandiku.com
كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau bahkan seperti orang yang sekedar lewat (musafir).” (HR. Al-Bukhari no. 6416)

 

 

Sahabat2 yg dikasihi sekalian, seringkali di dalam kehidupan di dunia ini kita mahukan segala yg terbaik. Perkakas rumah yg terbaik, kereta yg terbaik, telefon yg terbaik, pendek kata, sebelum kita membeli apa2 habis segala product review kita baca (sayalah) hanya untuk mendapatkan yg terbaik. Allah telah selalu mengingatkan manusia supaya menjadi yg terbaik dalam menjadi hambaNya. Contoh:

 إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ

Sesungguhnya orang yang paling mulia dalam kalangan kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Al Hujurat:13

Allah selalu menggunakan piawaian akram (ter/paling mulia), atqa (ter/paling taqwa) dalam menjelaskan ciri2 hambaNya. And so, sudah sepatutnya kita ingin menjadi hamba yg paling di sayangi Allah, kita perlu berusaha untuk menjadi hamba yg paling taqwa, bukan sekadar taqwa, paling sabar.. bukan sekadar sabar, paling taat.. bukan sekadar taat, sebab itulah piawaian Dia.

Tanda2 seseorang itu cintakan dunia:

  1. Dia menjadi hamba kepada hawa nafsunya.
  2. Dia selalu inginkan kegembiraan dan kesenangan.
  3. Dia melihat dirinya lebih mulia daripada orang lain. Yakni, dia mengukur orang lain mengikut kayu ukur dunia, melihat kejayaan orang lain melalui kekayaan, kejayaan etc.
  4. Dia selalu berfikir tentang bagaimana untuk menjana kekayaan.
  5. Dia selalu membuat plan jangka masa panjang.
  6. Dia selalu menginginkan (atau mempunyai) alatan hiburan yg banyak dan bagus.
  7. Dia merasa runsing/gelisah dengan kehilangan harta atau business yg merudum.
  8. Dia selalu asyik bercerita tentang dunia.
  9. Dia lebih cenderung kepada keuntungan dunia berbanding akhirat.
  10. Dia suka mengaut kekayaan.
  11. Dia tidak peduli dengan kesusahan atau masalah orang lain.

أستغ فر الله  Astaghfirullah.

See, benarlah kata nabi saw, selalu2lah berdampingan dgn para ulama’. Nasihat2 itu amat berguna kepada kaum mu’min. Saya minta maaf sekiranya tulisan ini tidak dapat menyentuh hati pembaca, tetapi pesanan Sheikh tersebut telah benar2 menyentuh hati saya, di dalam masjid di pagi yg hening. Mungkin ianya berpunca dari hati saya yg kotor. Islam itu cahaya, dia terpantul melalui hati orang yg menyampaikannya. Dan hati saya kotor, tidak dapat memantulkan cahaya iman itu dengan sempurna dan saya minta maaf. Sampai sini dahulu, nota saya masih panjang dan banyak muka surat, tapi saya berhenti di sini dulu untuk kita digest dan InsyaAllah saya akan cuba sambung pada kali yg lain .

والله أعلم

 

10 Replies to “Hati”

  1. Astaghfirullah Al-Azim. Scra tak sengaja, ‘hati’ sy mengalami masalah yg sama yg lbh mengejar dunia bbanding akhirat. T__T

    Sy akan cuba tambahkan ‘cahaya’ dlm hati ni kak. Thanks kak.

    1. samalah kita. Syaitan menjadikan segala di dunia ini indah pada mata kita, dan melupakan kehidupan akhirat yg abadi.

  2. as-salam sis,

    saya juga lalai selalu memikirkan mengenai dunia, kerjaya, duit, kekayaan, beniaga, tapi semakin saya memikirkan benda2 tu hati saya semakin runsing, kenapa saya tak da kerjaya yg bagus mcm org lain, mempunyai gaji yg bnyk mcm org lain. Tapi tu la dunia ne semua perhiasan kalau kita tak kuat nak hadapi kita lalai kepada Nya SubahanAllah……

    YaAllah berikan aku kekuatan…

Leave a Reply

Your email address will not be published.