Seorang muslimah, bertudung labuh dan berjubah. Petah bercakap tentang agama, sangat di hormati oleh sesiapa yg mengenalinya. Melintas jalan di hadapan library, di langgar dgn tidak sengaja oleh sebuah kereta. Beliau terlantar koma di hospital sebeberapa ketika. Setelah sedar dari koma, perwatakan beliau berubah. Tidak lagi memakai tudung apatah lagi bercakap tentang islam.

Seorang muslim, beserban, senantiasa menundukkan pandangan. Hidup dan matinya untuk dakwah, pelajarannya bagus, malah menjadi best student d university. Tiba2 dia ditimpa musibah, yg bertalu2, kecewa dia dalam bercinta. Dia menjadi murung. Tiba2 dia hilang. Sahabat2 mencarinya tetapi tiada berjumpa. Sedekad berlalu, tiba2 beliau ditemui. Salam tidak lagi bersambut dgn salam. Dia berkepit dgn ‘suami’nya.

Seorang wanita yg cantik, di tambahi pula dgn sikapnya yg peramah menjadikan beliau di minati oleh ramai jejaka. Boyfriendnya bertukar ganti. Rokok dan arak biasa dalam kamus hidupnya. Tiba2 dia merasa kekosongan dalam hidup walaupun di kelilingi kegembiraan. Soalan demi persoalan datang di dalam benaknya. Di universiti, beliau menemui segolongan manusia yg berjaya menjawab persoalan2nya. Dia merasa tenang mengenakan tudung dan abaya. Beliau yakin dgn Islam yg baru ditemuinya dan menjadi seorang pendakwah yg cekal.

copyright serikandiku.com
perubahan adalah fitrah manusia. Yang menjadi persoalannya samada perubahan ke arah kebaikan atau sebaliknya. Morocco June 2012

Semua cerita2 di atas ini bukanlah cerita rekaan saya. Ianya adalah sebenar2 kejadian. Saya berkongsikan cerita2 di atas bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi saya kebelakangan ini sentiasa risau. Bagaimanakah akhir hidup saya. Apakah yg Allah taqdirkan dgn penghujung hidup kita. Perubahan adalah fitrah hidup manusia, cuma persoalannya adakah perubahan kepada yg baik atau yg salah. Orang yg tidak berbuat apa2 juga akan berubah, paling tidak umur semakin meningkat, tubuh badan berubah mahu tidak mahu. Saya sendiri banyak berubah, saya melihat ramai sahabat2 saya berubah.

Masih tergiang2 lakonan yg dimainkan oleh kawan2 di sekolah dari sketsa, ’Sakaratul maut’. “sakara… sakara… sakaratul maut….. manusia2 berjubah hitam datang.. mari ikut kami dalam agama majusi..” Saya juga masih teringat dgn cerita benar yg diceritakan oleh seorang brother semasa saya belajar di sebuah universiti di London, tentang seorang sahabatnya yg sangat2 gemar mendengar music, mulutnya sentiasa ‘berzikir’ lagu. Tiba2 beliau ditimpa kemalangan. Sahabat saya ini cuba mengajarnya mengucap, tetapi yg keluar dari mulutnya hanyalah lagu2 dia beliau sentiasa nyanyikan. Sahabat saya juga menceritakan tentang salah seorang pakciknya yg meninggal dalam keadaan beliau sedang sujud. Apakah sebaik2 cara untuk menemui pencipta pada akhir hidupnya? Mungkin pada kita yg masih ‘sedar’ ini kita fikir, mengucap sahajalah kalau dah tahu nak mati tu, tapi ianya bukan semudah yg kita sangka. Time kita nazak, tidak semestinya sama dgn time kita sedar. Mulut kita tidak lagi mengucapkan apa yg otak kita suruh, kita hilang kawalan. Contoh paling mudah, apakah yg kita ucapkan bila kita terperanjat? Opocot? Oh mak engkau? Atau Allah?

Berbalik kepada cerita2 yg saya kongsikan awal2 tadi. Saya sering tertanya2 mengapakah boleh terjadinya sedemikian. Apakah yg membuatkan seseorang berubah? Apakah yg ada pada hati dan sanubarinya? Apakah mereka sedar atau tidak. OK, forget about them. What about me? Will I be still the same tomorrow as I am today? Saya teringat tentang hadith yg kita selalu dengar:

”]copyright serikandiku.com

Dari Abu ‘Abdirrahman Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anh, dia berkata: bahwa Rasulullah telah bersabda, “Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan penciptaannya dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nutfah, kemudian menjadi ‘Alaqoh (segumpal darah) selama itu juga lalu menjadi Mudhghoh (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuslah Malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya lalu diperintahkan untuk menuliskan 4 perkara : Rizki, Ajal, Amal dan Celaka/bahagianya. maka demi Allah yang tiada Tuhan selainnya, ada seseorang diantara kalian yang mengerjakan amalan ahli surga sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan surga kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Allah lalu ia melakukan perbuatan ahli neraka dan ia masuk neraka. Ada diantara kalian yang mengerjakan amalan ahli neraka sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Allah lalu ia melakukan perbuatan ahli syurga dan ia masuk syurga.

[Bukhari no. 3208, Muslim no. 2643]

Perkara2 sebegini membuatkan saya merasa sungguh humble. Segala2 amalan kita sebenar2nya bukanlah milik kita. Seseorang masuk ke syurga bukanlah di sebabkan amalan2nya sebab Allah juga yg memberinya kekuatan utk berbuat kebaikan, bahkan seseorang ke syurga adalah melalui rahmatNya. Lantas, kita bertanya, bagaimana kita nak tahu apakah yg telah Allah taqdirkan untuk kita. Apa guna berbuat baik kalau ditaqdirkan neraka? Persoalan taqdir, qada’ dan qadar adalah persoalan yg berat. Di dalam satu hadith yg di riwayatkan oleh Ali r.a, ia telah berkata:

 “Kami sedang mengiringi sebuah jenazah di Baqi Gharqad (sebuah tempat pemakaman di Madinah), lalu datanglah Rasulullah saw. menghampiri kami. Beliau segera duduk dan kami pun ikut duduk di sekeliling beliau yang ketika itu memegang sebatang tongkat kecil.

 Beliau menundukkan kepalanya dan mulailah membuat goresan-goresan kecil di tanah dengan tongkatnya itu kemudian beliau bersabda: Tidak ada seorang pun dari kamu sekalian atau tidak ada satu jiwa pun yang hidup kecuali telah Allah tentukan kedudukannya di dalam surga ataukah di dalam neraka serta apakah ia sebagai seorang yang sengsara ataukah sebagai seorang yang bahagia. Lalu seorang lelaki tiba-tiba bertanya: Wahai Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak sebaiknya kita berserah diri kepada takdir kita dan meninggalkan amal-usaha? Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang berbahagia, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang berbahagia. Dan barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang sengsara, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang sengsara. Kemudian beliau melanjutkan sabdanya: Beramallah! Karena setiap orang akan dipermudah! Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang berbahagia, maka mereka akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang bahagia. Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang sengsara, maka mereka juga akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang sengsara. Kemudian beliau membacakan ayat berikut ini: Adapun orang yang memberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya jalan yang sukar.“

[Shahih Muslim No.4786]

Hadis riwayat Imran bin Hushain ra., ia berkata:

“Rasulullah saw. ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui orang yang akan menjadi penghuni surga dan orang yang akan menjadi penghuni neraka? Rasulullah saw. menjawab: Ya. Kemudian beliau ditanya lagi: Jadi untuk apa orang-orang harus beramal? Rasulullah saw. menjawab: Setiap orang akan dimudahkan untuk melakukan apa yang telah menjadi takdirnya.”

[Shahih Muslim No.4789]

Seterusnya, Allah telah befirman di dalam al-Quran:

 فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَىٰ

“Maka Kami akan mudahkan dia untuk memperoleh keberuntungan”.

(QS. Al Lail :7)

 فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرَىٰ

“Kemudian Kami akan mudahkan dia untuk memperoleh kesusahan”.

(QS.Al Lail :10)

Daripada hadith di atas dan keterangan tafseer mengenai ayat di atas, kita difahamkan bahawasanya, sekiranya seruan untuk berbuat kebaikan itu datang, maka org2 yg ditaqdirkan untuk mendapat kebaikan akan dipermudahkan untuk membuat kebaikan dan tidak lagi memberikan alasan2, manakala org2 yg ditaqdirkan utk berbuat kejahatan, akan dipermudahkannya kepada jalan itu dan tidak teragak2 untuk melakukannya.

Sahabat2 yg dikasihi sekalian, menyedari hakikat ini, janganlah ada yg di antara kita yg suka menghina orang lain, barangkali pengakhiran hidupnya adalah lebih baik dari kita. Begitu juga janganlah kita merasa aman dgn amalan2 kita, kita never know how we ended up. Kita hanyalah hamba, tiada berkuasa atas apa yg terjadi pada diri kita. Kita perlu berusaha sedaya mungkin utk menjadi hamba yg terbaik, dan memohon dari Tuannya supaya mengasihani dirinya dan menyelamatkannya dari azab api neraka. Sempena ramadhan yg bakal menjelma, marilah kita berazam untuk menjadi yg terbaik, berusaha ke arahnya, dan membuang segala alasan untuk mengapai redhaNya.

copyright serikandiku.com
Apabila melihat ke dalam cermin, apakah yg diperhatikan? Morocco June 2012.

10 Replies to “Berubah”

  1. Salam K.Elies,

    Terima kasih atas perkongsian ini. Apa yg K.Elies catatkan pada hari ini adalah apa yang sejak akhir2 ini bergumam tidak saja di hati malah difikiran. Saya juga banyak membuat kesimpulan tentang apa yg bergaung dalam hati dan fikiran itu. Tersangatlah benar K.Elies sebagai hamba siapalah kita untuk menghukum orang kerana penilaian kita adalah berdasarkan yg terzahir semata-mata sedangkan Allah itu Maha Tahu tidak saja yg zahir malah segala yg rahsia itu milikNya jua. Apa yg tinggal pada kita hanyalah DOA + DOA + DOA dan usaha untuk membaikkan diri….

    wallahu ‘alam

    :: kudat , sabah ::

    1. Betul kata Hana tu.. kadang2 kita ni hamba yg lupa kita hamba dan berlagak sebagai tuan, malah lebih tuan daripada tuan.

  2. The best kak elies.. Saya juga terpana… Subhanallah. Tapi saya ada beberapa soalan personal saya nak tanya kak elies kerana saya kurang mengerti… Nanti saya telefon kak elies untuk meminta penerangan lanjut. Saya kurang berilmu.. Saya akan buat sedikit bacaan sebelum tanya.

  3. Assalamualaikum wt. wb. Salam Sejahtera kak elies

    Semoga akak dan keluarga dalam keadaan sihat sihat saja , insyaalah ! Amin Yarabal alamin.

    Kak, saya sekadar ingin bertanyakan pendapat akak,itupun kalau akak sudi dan harap sangat dapat akak kongsi dan bantu dengan ilmu yang menafaat bagi kami meneruskan hubungan kekeluargaan ini. Baru baru ini keluarga kami mengada majlis iftar, namun saya kecewa kerana ada perselisihan fahaman diantara keluarga kami.Untuk pengetahuan akak ibu saya meninggal dunia pada ramadan yang lalu.Dan ini kali pertama majlis iftar diadakan di rumah abang sulong kami tahun 2012 ini dgn tujuan utk mengeratkan silatur rahim setelah peninggalan ibu.kami 5 beradik sekeluarga berkumpul seperti yang ditetapkan mengikut jadual acara.
    Jadual acara telah diedarkan seperti berikut,Pertama ialah berbuka,solat jemaah maghrib,solat jemaah isyak/terawih,dan berihat serta mesyuarat keluarga. Persoalannya ialah mengenai akidah,Fardu Kifayah yang saya rasa tak patut berlaku kerana berkaitan dengan masalah social dan masyarakat yg ada hubung kait dengan (siratul rahim). Begini ceritanya… selesai berbuka kami semua bersiap2 untuk mengerjakan kewajipan solat maghrib berjemaah diimamkan abang sulong kami, namun abang ngah kami perasaan yang masing2 telah mula ingin bersolat sendirian, lalu ditegur olehnya.Setelah selesai solat maghrib berjemaah yang berimam abg ngah, kerana abg sulong telah menolak utk jadi imam.Dipendekkan cerita selesai saja solat mahgrib dan seterusnya untuk bersolat isyak dan terawih, abg sulong telah mengarahkan anaknya utk simpan seluruh sejadah.Sedar dgn keadaan ini, abg ngah merasa kurang senang dan masing menunaikan solat bersendirian dan solat terawih dirumah seperti yang dianjurkan oleh abg sulong sebelumnya dengan alasan Solat terawih sensitif untuk menjaga hati orang yang tak solat disekeliling kami.Untuk mengelakkan dari pertengkaran, kami akur kecuali abg ngah. Masaalah yang kedua setelah bermaafan pada hari raya, kami telah berziarah kekubur ibu kami, abang ngah mula membaca surah yasin dan doa dan setelah selesai kami menziarahi kubur bapa.kali ini abg ngah meminta abg sulong utk bacakan surah yasin namun ditolak dengan alasan dia tidak tahu membaca yasin sedangkan abg ngh tahu abg sulong boleh baca yasin kerana sama sama menghadiri kelas yasin dan tahlil setiap minggu.Setelah 2 minggu berlalu, hubungan tetap baik sehingga hari ini, saya selaku anak perempuan yang bongsu merasakan bertanggung jawab untuk baiki dan jaga hubungan baik ini lalu ingin menganjurkan Majlis tahlil arwah untuk ibu setelah setahun peninggalan ibu, akan tetapi ditolak oleh abang ngah dgn alasan sekiranya mereka tidak bermuafakat dan bincang memperbetulkan masaalah akidah diatas ini maka katanya sia sia saja majlis tahlil ini.adalah menjadi taggung jawabnya untuk menasihati keluarganya.Dia tidak mahu sama2 bersikap munafik dan cuba bersungguh utk yang terbaik melakukan ibadah kerana takut dengan perintah allah…katanya.Dia telah melakukan sebaik mungkin akan tetapi mereka masih berdiam, Wallahu alam!

    Dapat kiranya akak sumbangkan buah fikiran, bagaimana saya selaku adik yang bongsu
    dapat saya bantu atau lakukan,untuk menjaga silatur rahim diantara kami sekeluarga.
    Sedangkan majlis tahlil arwah ibu telah tertangguh dan masing berdiam diri dgn ego mereka sehingga hari ini, Saya tidak mahu sampai kerana masaalah silaturahim ini, ibadah kita yang lain akan tertolak. Saya tidak mahu menyebelahi mana2 pihak kerana hormat mereka lebih tua daripada saya, Sekian,

    Wabillahi taufiq wal hidayah.Assalmualaikum wt.wb.

    Terima kasih,

    Adik Nur Anisah.

    1. Allahu akbar. Rumit juga masalah adik ni. Mungkin adik boleh refer ke saudara-mara yg terdekat yg lebih mengenali keluarga adik. Agal susah untuk saya menolong tanpa mengenali dgn sebenar dan tanpa berdepan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.