Ramai orang yg suka komplen dan berkeluh kesah bila mereka merasa sunyi. “boringlah!”. To be honest, saya suka keadaan sunyi.. mungkin kerana rumah saya bising.. bisng dgn bunyi anak2. Dalam kereta saya, sepanjang perjalanan ke tempat kerja yg mengambil masa sejam setengah, saya tak buka apa2 bunyi dari radio etc. Dalam kereta saya memang sunyi. Saya gunakan masa tersebut untuk melayan perasaan dan otak saya sepenuhnya. Tanpa apa2 bunyi, saya rasa lebih ‘khusyu’ untuk berfikir.
Nabi saw pada zaman remaja baginda, menggembala kambing. Saya selalu terbayang, kalau saya penggembala kambing apa yg saya buat. Saya bayangkan, selain dari bunyi2 kambing, yg saya berada di padang yg luas tanpa ada sesiapa di sisi. Zaman tersebut tiada radio, tiada internet, tiada smartphone. Orang2 zaman sekarang, sgt2 terbiasa dgn technology sehinggakan apabila tiada benda2 tersebut, tak tahu nak buat apa dgn diri mereka. Hanya ada anda dengan alam, anda dgn persekitaran. Tak termasuk lagi tentang nabi selalu pergi berkhalwat di gua Hira’ kerana merasa risau dgn masyarakat sekeliling baginda.
Semua yg berlaku terhadap diri kita telah di atur oleh Allah. Samada kita akan bernafas pada saat yg berikutnya pun telah di atur olehNya. Semuanya ada hikmah, hikmah yg pada kita manusia biasa kadangkala sukar memahaminya. Siapa sangka seorang anak kecil yg menggembala kambing satu hari nanti akan menggembala dunia. Siapa sangka seorang anak kecil yg bekerja dgn pekerjaan yg rendah pada mata manusia akan menjadi satu raja yg sangat tinggi dan mulia.
Adakalanya kita perlu untuk berasa berseorangan. Kita perlu merasa sunyi. Kadangkala kita perlu menjauhkan diri dari kebisingan dan hiruk pikuk kawan2. Solat (sunat, sebab fardhu jemaah terbaik) adalah masa terbaik utk itu. Bercakap dan melayani diri sendiri kadang kala perlu lebih2 lagi bila sedang bermuhasabah diri.
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Ali-Imran: 190)
Bersabarlah dgn apa yg berlaku terhadap diri kita, pasti ada hikmah di sebaliknya. Jalanilah hari2 kehidupanmu dgn tenang dan sabar, dan jadilah sebaik2 hambaNya. Belajarlah menjadi seorang hamba, bukan tuan. Wallahu’alam.
Rezeki ada di mana2 kan sis?
Semua atas izin Allah.
Rezeki hari ini baca entri sis.
Ketika diri perlukan sokongan
Terima kasih atas penulisan.
Teruskan!
Jazakallah untuk sis 😉
No problem. Terima kasih kembali kepada aslynda atas sokongan
saya jua sukakan kesunyiaan. tatkala suami dna anak2 keluar dari rumah, saya bersunyian sebentar sebelum keluar meneruskan urusan saya pada hari itu. di dalam kereta jua saya sukakan kesunyian…ayat 190 itulah yang selalu saya baca pada anak sulung saya. sekarang anak sulung saya sedang berjihad untuk menjadi ulul albab, hamba yang zikir dan fikir, insya-ALLAH. terima kasih di atas perkongsian. moga ALLAH merahmati akak.
Terima kasih alhan.. MasyaAllah, sejuk perut ibu mengandung dapat anak yg berjihad sedemikian..