Salam, dah lama saya tak menulis.. baik dalam blog mahupun dalam facebook. Saya kena try buang sifat perfectionist saya dalam menulis benda yg sepatutnya menjadi leisure kepada saya ni. Dulu2 saya menulis blog, saya just tulis je apa yg ada dalam hati saya tanpa fikir panjang.. sekarang ni, saya nak tulis satu post pun 2, 3 biji buku saya nak baca dulu.. tapi its nearly impossible now dgn kekangan masa yg ada.. so.. saya perlu rasional.. org baca blog saya utk suka2 (agaknya la..) bukan untuk buat kajian untuk thesis.. oleh itu.. saya nak legakan diri saya semula.
Buat pengetahuan, saya menjadi lembab sebulan dua kebelakangan ini dalam menulis sebab kononnya saya sedang mentelaah beberapa buah buku untuk saya jadikan background bacaan saya untuk menulis sesuatu tentang masyarakat Melayu kita… especially lepas saya pulang dari Malaysia. Ada beberapa perkara yg saya rasa… hmmm tak tahu apa perkataan untuk best described apa yg saya fikir ni.. macam tak setuju pun ada, atau geram? Sebab saya rasa org Melayu tak begitu, tak sepatutnya begitu, tapi dah jadi begitu zaman kebelakangan ini. Saya paling tak suka bila org suka highlightkan benda2 yg buruk2 pasal org melayu bilamana untuk mengubah sikap orang Melayu.. sebab saya rasa atuk nenek kita dulu tak sebegitu. Atuk nenek kita dulu orang yg berani dan kuat, ahli perkapalan yg terbilang dan very skilled craftsperson (err…. Ni antara masalah saya tau.. saya lupa apa perkataan tu dalam melayu walaupun saya dapat A1 subject BM masa SPM). Saya paling tak suka bila org highlight yg Melayu pemalas.. saya rasa, bukan sikap yg baik dalam kaedah mendidik utk highlight yg negative. Tak semua Melayu begitu… saya melayu, tapi saya tak pemalas (hehe..) mak bapak saya pun tak begitu.
So.. saya bacalah punya panjang satu kitab ni sambil2 berfikir untuk mendapatkan rumusan. Saya banyak termenung dan berfikir, serta berbincang2 dgn beberapa org. Saya tak tahulah juga, kenapa semenjak saya jadi tua macam ni, tak semua org saya suka bertukar2 fikiran dengan.. dah tua macam ni, saya lebih banyak diam daripada byk cakap (yeah right!).. agaknya saya dah jama’ taqdim kot..
Well anyway.. saya masih belum habiskan buku tersebut. Just nak report apa dah jadi dgn hidup saya recently.. Adnan dah masuk sekolah.. I know.. kejap je kan? Macam baru je haritu saya beranakkan dia. Saya pula sambil kerja2 research saya, sudah mula belajar untuk mengajar. Saya sedang ambik teaching course, dan sudah mula mengajar budak2 medic kat uni. Tu pasal bertambah sibuk tu. Benda teaching course ni pun sangat menarik hati saya, sebab banyak falsafah pendidikan yg saya belajar, dan banyak kaedah2 pendidikan cara barat yg saya rasa sangat menarik yg saya hope cikgu2 zaman saya sekolah dulu buat. Contohnya, jangan cuba aibkan seseorang pelajar di hadapan pelajar yg lain, dan banyak lagi kaedah2 psychology dalam mendidik.. InsyaAllah, nanti satu hari yg berbahagia nanti saya tulis.. bila tu tak tahu la…
Selain daripada itu, saya rasa saya pun tgh alami krisis social.. hehehe macam zaman remaja la pulak kan? Masa zaman remaja, selalunya jugak budak2 ada identity krisis.. tapi saya rasa saya ni macam yg orang panggil midlife krisis. Agaknya la… tapi tak la.. memang dari zaman muda, kadang2 saya ada macam ada angin pus-pus at certain time of the month, ikut peredaran bulan.. so bila nak dekat2 period tu, saya rasa menyampah dgn semua orang seluruh dunia.. tapi kebelakangan ni, angin pus-pus saya tu macam lama sikit.. agaknya nak menopos kot.. waaa… So, saya jadi macam malas nak berjumpa dan bersosial dgn orang2.. Tapi nak buat camner kan? Hidup mana boleh sensorang.. mana boleh tanam padi sendiri, tangkap ikan sendiri, bela kambing sendiri.. tu tak termasuk tanam kapas tenun dan buat baju..
Anyway.. saya dah sangat2 merepek dah ni.. tu la pasal elok tutup mulut je.. kan dah melalut2 camni. Sebelum saya cakap byk bebenda yg merepek lagi, baiklah saya stop. Saya stop la.. korang kalau nak saya cerita pasal apa2 cakap la.. lagi senang, kadang2 saya tak sure nak tulis pasal apa.. tak semua orang nak baca kalau saya tulis review pasal iPhone 5 kan? Hehe..
Assalamu’alaikum.
saya suka cara writing yang sempoi….very skilled craftsperson = ahli pelayaran dan perkapalan yang sangat mahir/ hebat…. actually, semua bangsa adalah sama tidak kira Melayu, Cina, Caucasians etc.. masalah utama adalah ‘attitude’/perilaku… Hakikatnya, umat Islam adalah umat yang terbaik dan mesti lakukan yang terbaik! Just a kind remember for us ‘we cannot change other peoples, but we can change our mind’… Only diamond can cuts diamond, only the best will serve the best…. Wallahua’lam…
craftsperson tu ahli kraftangan.. hehe. Saya ada sedikit perlainan pendapat tentang semua bangsa sama tu.. I’ll explain later InsyaAllah. only diamond cut diamonds tu, err rasanya boron nitrate pun boleh cut jugak.. hehe melalut lagi saya..
sorry… ‘just a kind reminder’… kebengongan telah melanda…oleh itu perlu rawatan kebengongan itu…. dengan mencari member sakai dept..(psy)…hahaha
..yeah !.. tulis je whats in your mind.. hmm free your mind the rest will follow..
Agak bahaya kalau saya just post apa dlm mind saya at certain times.. Hehe thank you anyway..
..itu la masalahnya dgn melayu ni.. terlalu nak jaga perasaan org lain.. terlalu berlemah lembut sbb nak ambil hati org lain.. nyatakan kebenaran walau pun pahit.. tulus walau pun menyinggung.. melayu yg mudah tersentap generally economically mundur.. melayu kaya peri bahasa.. tajam pemerhatian..
..kera di hutan disusukan anak sendiri kelaparan.. kalau takut dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai.. hmm simply wonderin what sort of melayu yg came up with all these idioms..
Anonymous, tapi orang2 melayu juga yg come up dgn peribahasa, berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian…, dan alang2 menyeluk pekasam, dan kalau tak pecah ruyung manakan dapat sagunya.., juga belakang parang diasah lagikan tajam… dan banyak lagi yg kalau kita kaji dan selami sangat tajam dan halus maksudnya. Dari pembacaan saya (and pardon me sebab saya bukan ahli bahasa, saya saintis), ada beberapa peribahasa yg datang nya kemudian, yg diperkenalkan oleh penjajah.. contohnya angan2 mat jenin etc. Ini adalah antara yg dikatakan sebagai colonial capitalism, untuk control economic power and labour etc. Mungkin mereka yg ahlinya boleh kaji dgn lebih mendalam, ahli dalam sosio-politik dan sejarah.. saya tak akan dapat selami dgn sebaik mereka yg faham.
and.. saya tak imply apa yg bahaya saya nak post whats in my mind adalah pasal nak jaga perasaan org lain. Some things are not for sharing anyway 🙂
..typical hehe salahkan penjajah.. mat jenin.. hmm angan2 tinggi melambung.. menang sorak kampung tergadai.. bkn tak pernah terjadi.. in fact sejarah akan berulang kembali.. for evry action theres a reaction and melayu generally are too predictable both in action n reaction..
penjajah tak semestinya bangsa lain.. bangsa sendiri juga boleh menjajah. Dan yg menjajah pun tak semestinya yg memerintah sahaja. Lagu, filem, bacaan, cara perbincangan juga mencorakkan cara sesuatu bangsa itu berfikir. Relax dude.. saya nak bincang bebenda ni. Saya nak tengok bagaimana bangsa Melayu sekarang berubah (atau tidak) dengan Melayu zaman dahulu. Mahu tidak mahu, percaya atau tidak, 400 tahun penjajahan ada sedikit sebanyak mempengaruhi cara sesebuah masyarakat tersebut berfikir.
oh… that is not very kind is it? mmm 🙁
sayala yg bengong..bkn akak…tu yang tersilap taip…jangan salah faham…….alamak ada org sudah nangis..camne nak pujuk..tolongggggggggg!!!!
Habis!!… Saya kalau dah nangis, habis banjir satu england! Senang je nak pujuk.. Post sebakul durian ke sini.. Hehe
..relaxing indeed.. hmm simply living up to this melalut punya enrty aje.. thats all. pijam celik dah hampir 60 tahun duk canang dari robohan kota melaka kita bina jiwa merdeka.. too many labahaus and hawaus la kot..