sambungan dari Hijrah (1)

 

Semasa di dalam gua, Abu Bakar sentiasa merasa risau. Tetapi Nabi mengingatkan Aku Bakar,

 

إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: “Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. At-Taubah:40.

 

Di dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan (لَا تَحْزَنْ) iaitu jangan bersedih, dan bukan jangan takut (لَا تَخَفْ). Allah menggunakan perkataan takut kepada Nabi Musa a.s

يَا مُوسَىٰ أَقْبِلْ وَلَا تَخَفْ

Hai Musa, datanglah kepada-Ku dan janganlah kamu takut. Al-Qasas:40

 

apabila seseorang bimbang akan keselamatan dirinya, dalam hal ini apabila Nabi Musa merasa takut ditelan ular, tetapi Allah menggunakan perkataan jangan sedih apabila seseorang itu bimbang akan keselematan orang lain, dalam hal ini Abu Bakar yg bimbang akan keselamatan Nabi saw. Betapa mulianya sikap yg ditunjukkan oleh Abu Bakar, sehingga Allah menyebut dan mengabadikannya di dalam al-Quran. Begitu besar kecintaan Abu Bakar kepada baginda Rasulullah melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri.

"Janganlah kamu takut, sesungguhnya Allah bersama-sama kita.."

Cerita saya macam lompat2 dari satu scene ke satu scene yg lain, dan mungkin berpatah kembali pada scene yg sama sebabnya saya ingin mengumpulkan points yg serupa dan saya kira para pembaca sudah tentu telah biasa mendengar cerita ini. Saya sedang cuba menghuraikan pengajaran sirah ini dari pelbagai sudut.. so please bear with me :).

 

Kisah kebimbangan Abu Bakar juga ada diceritakan dari pencerita yg lain. Di ceritakan bahawa ketika Nabi dan Abu Bakar berjalan menuju ke Madinah, Abu Bakar kejap2 duduk di hadapan Nabi, kejap2 di belakang Nabi dan kejap2 di sebelah kiri dan kanan Nabi. Apabila beliau ditanya, Abu Bakar menyatakan kebimbangannya sekiranya Nabi di serang dari hadapan, sebab itu dia ke hadapan, ketika itu pula dia terfikir bahawa sekiranya Nabi diserang dari belakang, maka cepat2 dia kebelakang, dan perkara yg sama ketika beliau beralih ke kiri dan kanan. Sekali lagi Nabi saw memujuk bu Bakar dgn La Tahzan, sesungguhnya Allah bersama kita. Suraqah bin Malek bercerita, ketika dia hendak menangkap Nabi, dia ternampak Nabi berjalan sambil menunduk ke tanah, manakala Abu Bakar liar matanya memandang sekeliling.. Saya terbayangkan betapa sweetnya Abu Bakar ini :).

 

 

Kembali ke dalam gua semula, ingatkah kita ketika mereka berdua di dalam gua, Allah memerintahkan labah2 membuat sarangnya di pintu gua? Kita biasa tengok cerita filem, yg mana bila seseorang menyorok di dalam lubang, dan ada kaki ‘watak orang jahat’ yg mencari sedang melihat2 ke kiri dan ke kanan, sekiranya dia melihat ke bawah nescaya org jahat tu nampak org yg dicari? Sebegitu jugalah dgn cerita org kafir Quraisy mencari Rasulullah saw, mereka hanya melihat sampai ke pintu gua dan membuat rumusan yg tidak mungkin ada orang ke dalam disebabkan sarang labah2, sekiranya mereka melihat ke dalam, nescaya mereka nampak kedua2 orang sahabat ini. Begitulah sekiranya Allah membantu, tiada siapa yg boleh menghalang. Sebab apa Allah menggunakan rumah labah2? Padahal dalam surah yg lain Allah menyebutkan bahawa ianya adalah selemah2 rumah?

 

مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا ۖ وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui. al-ankabut:41.

 

Ini adalah kerana sebagai penghinaan kepada org2 kafir, yg Allah boleh melindungi kekasihNya walaupun dari selemah2 perlindungan, dan untuk menyedarkan kekurangan kita manusia.

 

Allah menjadikan perumpamaan, agar manusia mempelajari daripadanya...

 

Berbalik kepada cerita Suraqah, beliau adalah Suraqah bin Malek bin Jash’am dari Banu Mudlaj. Beliau telah pergi menjejaki Nabi kerana habuan 100 unta merah (100 ferrari). Apabila beliau telah ternampak Nabi dan Abu Bakar dari jauh, setiap kali beliau mendekat, kaki kudanya tersangkut di dalam pasir tetapi tidak tersangkut sekiranya beliau hendak berpatah balik. Dan perkara ini terjadi beberapa kali sehingga dia merasa hairan. Kemudian dia turun dari kudanya dan ingin mengeluarkan anak2 panah dari kelonsongnya. Setiap kali yg dia keluarkan, dia dapati anak panah yg tak elok. Semua perkara pelik dan ajaib yg berlaku tersebut membuatkan beliau yakin yg Rasulullah dilindungi oleh Allah dan berjanji tidak akan mengapa2kan Baginda. Suraqah kemudiannya meminta Rasulullah membuat sewarkah surat jaminan untuknya. Lalu Rasulullah saw bersabda kepadanya,”Hendakkah kamu memakai gelang Kisra (Raja Parsi)? Maka, jgnlah diberitahu kepada orang dimana kami”. Setelah Suraqah dilepaskan, setiap kali dia bertembung dgn org2 yg ingin mencari Rasulullah saw, dia mengatakan “patah balik, dia takde di situ, aku dah tengok” dan dengan demikian telah menghalang orang mencari Baginda. Semasa pembukaan kota Mekah, Suraqah menunjukkan surat jaminan tersebut kepada Rasulullah saw dan nabi bersabda, “Hari ini adalah hari kemenangan dan penyerahan, Kemarilah Suraqah, sesungguhnya sesiapa yg tidak jujur tidak mempunyai kepercayaan, dan sesiapa yg tidak mempunyai kepercayaan kepada janjinya tidak beriman kepada agamanya.” Ketika itulah baru Suraqah menjadi Islam. Ketika Khalifah Omar al-Khattab membuka kota Parsi, Suraqah ketika itu telah tua, dan dipakaikan kepadanya gelang Kisra dalam majlis besar2an, seperti yg telah dijanjikan oleh Baginda, semasa Baginda tidak punya harta dan sedang diburu, long long time ago. Begitulah janji Rasulullah saw.

 

Penduduk2 Madinah yg didakwahkan oleh sahabat2 yg telah berpindah, apabila mendengar yg nabi akan sampai ke Madinah, hari2  dari pagi menunggu2 di harrah (lorong berbatu yg terjadi dari lava, seperti yg nabi nampak di dalam mimpi). Apabila sampai petang dan nabi masih belum sampai, mereka kembali dgn perasaan hampa. Sehinggalah sampai di suatu hari apabila hari sudah petang dan mereka hampir pulang. Seorang Yahudi yg telah memanjat ke atas atap rumahnya untuk mencari sesuatu, tiba2 ternampak Rasulullah saw dan bu Bakar yg berjubah putih seolah2 miraj di padang pasir. Dia kemudiannya menjerit memanggil kepada org2 yg hampa dan dalam perjalanan pulang, “Wahai orang Arab, itu dia lelaki yg kamu tunggu!” Orang2 Islam berpusu2 mendapatkan mereka berdua dgn perasaan sungguh gembira. Abu Bakar menyambut salaman mereka dan Rasulullah saw hanya diam. Sesetengah mereka tidak mengenali Rasulullah dan menyangka bahawa Abu Bakar tersebut adalah Rasulullah saw sehinggalah datang cahaya matahari memancar dan Abu Bakar cepat2 melindungi Rasulullah saw dgn jubahnya, barulah mereka tahu yg itu Rasulullah saw. Begitu tawadhuknya Rasulullah dan begitu sweetnya Abu Bakar (again).

 

Cuba kita bayangkan, bagaimana perasaan mereka? (ketakutan), bersembunyi, diburu oleh masyarakat di kampung halaman sendiri, menempuhi perjalanan yg jauh, tiba2 disambung dengan gembira dan gilang gemilang di Madinah! Bayangkan..

 

i do not own the copyrights for this pic
Masjid Quba

Perkara pertama yg dilakukan Rasulullah setelah sampai ke Madinah adalah mendirikan Masjid Quba’, so ianya masjid yg pertama didirikan. Allah menyebut tentang masjid ini dgn nama masjid at-Taqwa


لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ ۚ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا ۚ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih.{At-Taubah:108}.


Bayangkan, selama 10 tahun tinggal di Mekah terpaksa bersembahyang secara menyorok2, tatkala Nabi berhijrah ke Mekah sudah boleh mendirikan masjid dan menyampaikan khutbah Islam yg pertama di situ. Rasulullah saw tinggal selama 10 hari dirumah ‘Amr bin ‘Auf.  Nabi kemudiannya mendirikan masjid lagi di tapak yg unta baginda naiki berhenti. Unta tersebut berhenti di sebuah tanah yg dimiliki oleh sepasang anak yatim; Suhail dan Sahl, yg digunakan oleh orang2 untuk menjemur kurma. Nabi telah menawarkan untuk membeli tanah tersebut dari anak2 Yatim itu untuk dibina masjid (tapak masjid Nabawi sekarang). Anak2 tersebut tidak mahu menerima duit tersebut malahan ingin memberikan kepada Rasulullah saw secara percuma. Rasulullah tetap tidak mahu menerima tetapi telah membayar harganya.

 

Rasulullah sendiri telah mengangkat batu bata di atas tubuh baginda yg mulia untuk membina masjid Nabawi. So, sekiranya kita berpeluang mendirikan solat di Masjid Nabawi, ingatlah kisah ini. Seperti yg kita semua telah maklum, nabi saw telah mempersaudarakan gol. Aus & Khazraj, dan mengambil perjanjian dari beberapa golongan Yahudi yg mendominasi Madinah untuk sama2 melindungi Kota Madinah sekiranya diserang. Boleh baca lebih lanjut kisah2 seterusnya.

 

copyright www.serikandiku.com
Masjid Nabawi

Antara pelajaran yg boleh diambil disini adalah tentang bagaimana betapa pentingnya institusi masjid sebagai perkara yg utama dalam menyiapkan ummah. Masjid bukan sahaja tempat solat, tetapi tempat berkumpul org2 Islam ketika itu untuk segala2 aktiviti dan menjadi symbol terdirinya negara Islam pertama. Nabi mendirikan negara Islam untuk melindungi segala amalan2 lain seperti solat, zakat etc. Sekiranya tiada hijrah ini, tiadalah tertubuhnya negara Islam, maka tidak bolehlah terdiri peraturan2 lain dalam Islam seperti kenegaraan dsbg. Islam seperti yg kita maklum adalah cara hidup, cara dan peraturan dalam hidup merangkumi segala2nya dari masuk ke tandas sehinggalah hidup bermasyarakat, cara bernegara seperti ekonomi dan politik. Dia juga mengajar bagaimana hidup bermasyarakat dgn gol bukan Islam dan semangat persaudaraan.

 

Sebab kepentingan hijrah inilah ianya diambil sebagai peristiwa paling penting dalam ummah, sebagai permulaan baru untuk kehidupan yg lebih baik, dunia dan akhirat, permulaan yg memerlukan pengorbanan pada awalnya. Pengorbanan yg menguji keimanan seseorang, dan keyakinan yg tinggi dari seorang nabi dan sahabat baiknya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.