Masa zaman saya lepas SPM dahulu, saya tak sure saya nak ambik bidang apa. Saya tak banyak exposure tentang bidang2 kerjaya walaupun sudah berkali2 saya keluar masuk bilik conselling kerjaya di sekolah (MRSM). Bidang2 kerjaya yg saya fahami kebanyakannya towards more traditional courses seperti kedoktoran, kejuruteraan etc tanpa banyak cabang yg luas. Bila tengok tentang subjek pelajaran apa yg menjadi minat saya semasa SPM, saya meminati subjek fizik (dan menjadi pelajar terbaik maktab subjek fizik pada ketika itu). Ketika saya cuba nak apply courses utk belajar di uni, pada ketika itu tiada subjek tunggal fizik yg diiklankan. Tiadalah saya aware ketika itu tentang betapa luasnya cabang yg boleh diterokai oleh bidang ini dan tentang possibilities combining subjek ini dgn subjek yg lain.
Bila saya meminta nasihat dari seorang jurutera yg saya kenali, dia telah mematahkan semangat dan kemahuan saya dgn nasihat,”nak ke deal dgn pekerja2 lelaki indonesia di site dan berpanas2? Tak sesuai betul dgn orang perempuan” Tidak dia terangkan kepada saya yg bidangnya adalah civil engineering (sebab tu dia kena pergi site) dan tanpa diterangkan tentang bidang2 engineering yg lain (kalau civil pun, still boleh ada options yg tanpa pergi site, tapi saya tak tahu dan ignorant ketika itu). Bidang seperti medical engineering seperti yg saya ceburi sekarang adalah jauh sama sekali dalam fikiran saya. Zaman tu takder computer, google dan FB jauh sekali, so apa yg saya tahu hanyalah bersekitar dgn persekitaran saya dan apa yg saya terbaca.
Mak saya pula mencadangkan supaya saya mengambil jurusan kedoktoran pada ketika itu kerana ianya ‘glemer’. Saya ikut sahaja sebab saya sendiri tak sure dan dapat pula peluang melanjutkan pelajaran bidang tersebut pada ketika itu. (Istikharah saya nampak lain.. mmm nanti saya cerita ye?). Saya ‘menjumpai’ medical engineering setelah mengikuti jalan yg panjang dan jauh.
Saya terfikir untuk menulis tentang ini kerana baru2 ini saya banyak ditanyai oleh anak2 buah lepas SPM, adik2 yg saya temui semasa ceramah dan bengkel kerjaya etc. Saya ingin memberitahu mereka yg bidang2 kerjaya dalam dunia ini luas. Jangan sempitkan minda dgn hanya nampak satu jalan, padahal jalan itu banyak dan bercabang2. Saya juga ingin menasihati kepada orang yg menasihati seseorang tentang masa depan anak2 ini supaya berhati2 ketika memberi nasihat. Jangan sekali2 jatuhkan kepercayaan diri mereka. Cuba fahami mereka, cari info banyak2 sebelum menasihati. Tak salah sekiranya memberitahu mereka yg anda juga kurang faham dan mengajak mereka sama2 mencari more info, atau sekurang2nya direct mereka kepada yg lebih mengetahui.
Saya juga nak nasihatkan anak2 supaya berfikir dgn teliti tentang masa depan. Bertanyalah kepada yg tahu, google etc. Kemudahan sekarang banyak.. Jangan segan bertanya, nanti sesat jalan. Setelah yakin dengan pilihan, maka bertekadlah. Sabar dengan segala jalan yg bakal ditempuhi dan jangan lekas menyerah kalah. Hati2 dgn orang2 yg suka memperlekehkan kita. Actually, kalau selalu sangat ikut cakap orang tanpa kepercayaan kepada diri sendiri, kita tidak akan kemana. Saya juga merasakan jalan2 dalam menempuhi kehidupan ini seumpama memandu kereta. Ikutlah jalan yg mudah dan senang. Sekiranya ada lubang besar di hadapan, konarlah sedikit untuk mengelak, tapi jangan sekali2 berpatah balik. Tujuannya ada di depan, di satu destinasi di hadapan. Sekiranya kita pasti jalan di hadapan kita itu bukan jalan yg kita nak setelah setengah jalan (macam saya dgn jurusan medic dahulu), jangan takut untuk mengikut jalan yg lain, seharusnya menuju satu destinasi di hadapan. It’s a journey with obstacles and turning points. Paling penting, dalam journey ini pastikan yg kita tidak berseorangan. Minta doa dan berkat ibu ayah serta keluarga, InsyaAllah kita selamat. Yang paling pasti, minta selalu Allah menunjukkan dan memimpin kita ke jalan yg betul dan permudahkan urusan kita.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ
..Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain ,
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. Al Insyirah: 5-8
Saya tulis pendek kali ni.
Salam kenei Yong
Cerita berdasarkan pengalaman sendiri memang terkesan pabila membacanya. Ye la kan, zaman kita dulu mana ada pendedahan tentang kerjaya yang luas cabangnye. apa yang kita tahu adalah apa yang ada disekeliling kita.
salam kenal anonymous (camner nak kenal ek takder panggilan.. hehe.. saya panggil awak yong je lah… hehe). Betul.. zaman orang dulu2 lagi lah pulak, kalau bapak tok mudim, anak pun mesti. Sampai zaman pendidikan penjajah dulu pun, diorang cuma nak anak2 mewarisi pekerjaan bapak2 diorang cuma advance lebih sikit je.
Salam Yong
Ish…ngape ler tak keluor name keme kat sini …minta maap ler Yong…
Ooo bestnya, byk mengembara. Salam perkenalan 🙂
Salam,
Teringat masa nak memikirkan jurusan apa nak apply lepas SPM..Sememangnya dulu kita tidak banyak pendedahan cabang2 jurusan. Mak n abah saya juga suruh saya ambik medic. Macam Elies kata, mmg ‘glemer’ tapi sy takut …lemah semangat dengan darah dan kalau tengok operation kat tv pun rasa tak tahan tengok. Kemudian abang saya yg sedang ambik jurusan electrical engineering banyak mempengaruhi pilihan saya…so, ketika itu, saya pun buat keputusan ambil electrical eng. Mestilah dia cerita yg best2 je kan.. Alhamdulillah, saya suka dgn pilihan saya..
ni siapa budak yg ambik EE ni.. alhamdulillah swak suka dgn pilihan. Baru2 ni saya buat rough survey dgn adik2 UG, ada dalam 30% buat course yg bukan pilihan diorang.. apa komen awak dalam hal ni.. (awak ni yg ex-Bristol ke yg ex-London?)
salam perkenalan elies..bukan budak lagi dah..mak budak dah..(3 hero..)heheh..Komen saya, personally sy simpati mereka yg terpaksa ikut course yg bukan pilihan mereka. Mungkin atas pilihan ibu bapa atau pilihan penaja.. Saya pernah jumpa sorang student ni, dia mmg student bermasalah dan serabut, bila ditanya kenapa, bergenang air mata dia dan bg tau saya, mak ayah yg suruh dia ambik jurusan ni..dia takmo. Tapi end up dia sampai juga final year.. So, apa yg nak dipilih tak semestinya akan dapat, tetapi peluang yg datang dia gunakan sebaik mungkin.Mungkin juga ada di sudut hati anak ini ingin membahagiakan hati org tuanya.. Inshaallah,selepas berjaya satu tahap, dia boleh cuba pula bidang yg lain..Bagi yg dapat apa yg dipilih, harus bersyukur dan usaha sebaik mungkin. Kadang2 jurusan tu mereka yg pilih sendiri..tanpa paksaan,tapi tak tau yg jurusan tu tak sesuai utk mereka kerana kurang info. Kalau yg ni..pandangan sy,kalau boleh ambil initiative untuk tukar jurusan. Ini hanya pandangan saya..org yg menanggung lebih tahu bebannya.. ( saya x-japan..)
perkongsian yang bermakna, cantik2 gambar…=)
Tima kasih hana.. sambil2 kita cerita sambil tengok gambar kan?
haah setuju la kak, tapi saya ni mmg terlatih menjadi akauntan dari kecil sebab ayah pun akauntan.
tapi masa tu, macam akak la.. semua benda tak tahu sgt, jadi rujukan pun kepada ayah
Untunglah Aida.. orang yg paling dipercayai untuk menjadi sumber rujukan.. Ayah saya dulu polis, saya join kadet polis masa zaman sekolah, tapi tak terfikir pulak nak jadikan kerjaya saya.. (sebab saya takmo berjemur dalam panas.. hehe)
salam kenal kak, dah lama baca blog akak, dan sgt terinspirasi dgn akak.
saya sampai sekarang taktau samada sy buat keputusan yg btul pilih bidang sy ni. hidup sy masih gelap, walaupun dh nmpk sikit cahayanye. sy bukan muda lg, dh umur 30 thn, dh kahwin, dh kerja 4 tahun di sebuah giant company, resign dan skang tgh smbung master di uk. nampak jalannya macam terlorong ke situ, tp sy doubt ability saya dan rasa sy not good enough as an engineer..sy masih struggle untuk cari titik kepuasan dan cari apa yg diri saya suka..
esp tgh exam macamni, lgla rasa tak mampu..
salam kenal Azie. kadang2 dalam timbunan buku2 dan kesibukan kehidupan sehari2, kita kena step back a bit and tengok segala2nya tentang hidup kita dari pandangan yg lebih besar… lebih2 besar. Macam seorang pelukis yg lukis a big masterpeice, sekali sekala kena berdiri jauh dari lukisan untuk nampak mana yg kurang. Sebab kadang2 bila sibuk dgn yg kecik2, kita ‘missing the woods for the trees’. Bila awak fikir dgn keadaan yg tenang dan sensible, azie akan nampak apa kelebihan yg azie ada. tak semua orang sama, dan masa tu azie akan nampak dgn terang dan nyata kat mana kekurangannya. You know yourself better than anyone else. semoga berjaya. Im sure you will. Be strong and stay positive. Doa byk2 pada Allah utk tunjukkan jalannya.
Hi Salam dear
saya baru pertama kali baca your blog, btw, its hard or not to get job in uk, where you living now, for phd holders in speech signals from malaysia. soon to phd finishes but have started to thinking job opportunity. thank you for reply. if you have come across with msian from msian degree working there. i’m thinking to migrate and find new life abroad.