Saya seorang ibu yg percaya yg ibu bapa kena actively involve dgn sekolah. Saya juga percaya yg orang Islam di barat especially tidak boleh segregate themselves dgn masyarakat, hanya bergaul dgn kepompong mereka, dan merasa selesa dgn zon2 selamat di sekeliling mereka. Saya juga percaya, di mana sahaja di dalam dunia ini kita dicampakkan oleh Allah, yg kita wajib berdakwah.. dan cara dakwah yg paling baik seperti yg diajarkan oleh nabi kita Muhammad saw adalah dengan qudwah hasanah, dengan akhlaq yg baik dan budi pekerti yg mulia.

copyright www.serikandiku.com
Lindersfern, Jan 2013

 

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. An-Nahl: 125

 

Di atas kepercayaan tersebut, saya berusaha sedaya upaya saya menjadi orang yg baik dan memberi kesenangan kepada orang2 di sekeliling saya, especially kawan2 sekerja saya dan jiran tetangga saya yg rata2nya bukan muslim. Islam ini adalah agama yg bermakna salam, peace, so hendaklah dimana2 ada orang Islam, situ ada peacefulness. Saya juga selalu terfikir, bagaimanakah pendekatan yg telah dibuat oleh sahabat rasulullah Sa’ad bin Abi Waqas yg dihantar ke negara China untuk berdakwah, berjaya berdakwah di tempat yg bahasa, rupa dan adatnya sungguh asing. Saya juga terfikir2 berapa orgkah yg telah saya berjaya bawa ke jalan Allah, samada mereka lahir muslim atau belum lagi. Ok, nanti kita cerita lagi bab tu InsyaAllah.

copyright www.serikandiku.com
Jadilah mereka yg dicampak ke laut menjadi pulau, bukan tenggelam.. Whitby, Jan 2013

 

 

Baru2 ini, saya seperti biasa telah bertemu dgn cikgu sekolah Adela dan Adnan, bertanyakan dan mengoffer diri akan apa2 khidmat yg boleh saya berikan. Dulu saya pernah cakap dalam status saya yg kita ibubapa muslim kalau boleh selalu2lah menghubungi pihak sekolah utk membantu apa2, supaya tidak hanya jumpa sekolah bila ada sesuatu yg kita tak puas hati dgn sekolah. Saya especially nak cakap kat budak2 tentang sains. Tapi cikgu suruh saya bercakap tentang Islam.  I know… hehe.. adake saya yg bagi ceramah pasal Islam? So, saya kena bercakap tentang Islam kepada budak2 berumur sekitar 7 ke 9 tahun. Sebelum itu saya mintak tengok silibus religious education dan tanya cikgu topik apa pasal islam yg dia nak saya cover. So, diorang mintak saya cover pasal basic Islam, kekeluargaan islam, tentang welcoming newborn, pakaian, perayaan termasuk ramadhan dan eid.

Dunia Islam

Dalam talk tersebut saya telah menekankan bahawa penduduk Islam ada di merata dunia, dan dari bahagian mana di dunia yg mereka datang ada kesan terhadap cara berpakaian dan adat mereka. Saya juga memberitahu mereka yg Islam merupakan agama kedua yg terbesar dunia dan di Britain. Islam juga berasal dari perkataan salam yg bermaksud peace.. (Demikian itu adalah kerana orang Islam sepatutnya menyebarkan peacefulness ke mana2. Bukankah Islam itu untuk rahmatan lil alamin.. rahmat untuk sekalian alam? Bukan hanya untuk orang Islam sahaja?) Saya memberi contoh yg apabila dua orang islam bertemu, mereka menyebarkan salam (sambil berseloroh yg maksudnya lebih kurang sama dgn yo brother! Peace man!) dan mereka ketawa. Kemudiannya saya go through dgn mereka tentang basic Islamic teaching, rukun iman dan menghighlightkan tentang banyak persamaan dgn agama kristian yg mereka percayai.

 

copyright www.serikandiku.com
"Bukan dari golongan kami, yg tidak menghormati yg tua, dan tidak menyangi yg muda.." maksud hadith. Adnan dan Atuk, Masjid Negara, August, 2012.

Bila tiba bab kekeluargaan, saya menekankan tentang betapa pentingnya sebuah institusi keluarga, ada ayah, mak dan anak2 yg semuanya merasa kasih dan sayang, berasa hormat dan menjaga each other. Bila tiba bab tentang newborn, saya telah mengambil kesempatan tersebut untuk menunjukkan gambar Lala semasa dia kecil. Sepanjang talk tersebut, saya banyak menyelitkan gambar2 yg ada kena mengena dgn apa yg saya cakap, sebab saya yakin kebanyakan pelajar adalah visual learner, lebih dapat banyak info dari gambar berbanding perkataan. Untuk kanak2 (dan orang2 tua juga) kadang2 perlu kita selitkan sedikit jenaka di dalam talk kita supaya mereka tidak merasa bosan, dan pentingnya seorang penceramah bercakap dengan bahasa yg mereka fahami, pada level dan pengaruh semasa.

 

Kepelbagaian dalam culture masing2 dalam memahami kehendak syariat.

 

 

Kemudian sampai kepada bab pakaian. Saya menunjukkan tentang pelbagai jenis pakaian lelaki dan wanita muslim dari serata tempat di dunia, dari orang arab hingga ke orang china. Dalam bab pakaian saya bercerita tentang berpakaian dgn secara modest dan supaya orang berkawan dgn kita bukan sebab rupa kita, tapi sebab personality dan diri kita. Bab ramadhan, saya cerita tentang melatih diri menahan makan, minum, berfikir dan melakukan perkara2 jahat. Saya memberi analogy kepada mereka tentang sekiranya mereka ingin bagus dalam sesuatu game, sudah tentukan mereka akan praktis sehingga menjadi bagus. Begitulah kata saya, ramadhan ini merupakan satu masa kita practise secara intensif untuk mendisiplinkan diri kita. Saya juga bertanya, kalau mereka pernah terdengar ibu mereka berkata, “that’s it! I’m on a diet! Im starting my detox!” Semua anak2 angkat tangan.. hehe. So, saya cakap, ramadhan memberi rehat kepada perut yg telah bekerja sepanjang tahun dan sebagai detox untuk tubuh badan. Mereka juga diberitahu tentang, bagaimana bila kita merasa betapa laparnya kita, kita boleh imagine bagaimana laparnya mereka yg miskin dan kebuluran, dan oleh itu at the end of ramadhan kita memberi sedekah untuk mereka yg miskin.

 

 

copyright www.serikandiku.com
Di hadapan Allah, semua manusia sama rata, tak kira kaya atau miskin.. Masjid Negara, August 2012.

 

Kadang2, semasa kita berceramah, kita boleh nampak riak muka pendengar kita, mana satu yg diorang boring atau mana satu yg sangat menyentuh perasaan mereka. Dalam bab ni saya nampak mereka tersangat amazed tentang perihal haji. Diorang rasa kagum dgn lautan manusia yg mengelilingi kaabah, semuanya berpakaian putih (ihram) tidak kira samada dia raja atau pemnta sedekah, tidak kira berkulit putih atau hitam, semuanya sama beribadah kepada Allah. Mereka juga merasa amazed bila saya menunjukkan gambar2 di dalam masjid, dan keluar banyak soalan mengenai masjid. Antara soalan yg ditanya, macam mana rasa dalam masjid (lepas saya tunjuk pic dalam masjid). Jawapan saya, depends kat mana masjid tu, contoh kalau masjid tu kat negara panas, rasa dalam masjid tu cool and airy, sebab tinggi ruangnya dan ada banyak tingkap. Kalau negara sejuk, masjid dia pasang heater merata2 sebab sejuk. Tapi semua persamaan masjid adalah takde kerusi, takde meja, semua orang atas lantai praying together tak kira kita kaya atau miskin, cantik atau tidak. Dan semestinya di dalam masjid keadaannya senyap dan tenang, supaya orang boleh concentrate dalam doa dan thinking mereka.

 

Tiba2, seorang pembantu cikgu yg saya kira berbangsa India atau Pakistan menyampuk, dia kata dalam masjid orang perempuan tak boleh masuk. Saya tahu benda itu lebih kepada adat dia, dan mungkin dia jenis jarang ke masjid sebab masjid di bandar tak jauh dari kami ada je ruang yg besar untuk wanita. So saya terpaksa betulkan kembali dengan mengatakan seperti yg saya kata awal tadi, ada banyak budaya dalam dunia ni dan tak semua tempat tak sama. Tapi kata saya, ada dewan separate untuk lelaki dan wanita, sebab kata saya kadang2 kita susah nak focus kalau ada boys kan? So budak2 pompuan dalam kelas tu beriya2 mengiyakan..

 

 كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah serta kamu pula beriman kepada Allah dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman , tentulah itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. Ali-Imran: 110

 

So kemudiannya saya tunjuk gambar dan cerita bagaimana kami meraikan eid di Malaysia etc. Ok, panjang dah.. penat type. Sebab cikgu suruh cakap setengah jam je, dan bab2 yg dia minta sahaja, so itulah yg sempat saya beritahu kepada mereka. Anak2 tersebut sangat polite, lepas saya habis, sorang demi sorang datang dan mengucapkan kepada saya, “thank you Mrs. E, that was so good, I’ve really enjoyed your talk, ..” “I’ve learnt a lot today,” kata seorang lagi. “My dad is a muslim’” kata seorang lagi yg meng’confirm’kan suspicion saya kepada rupa ayah dia (mak dia omputeh).

Ini bukan kali pertama saya bagi talk pasal Islam di sekolah tersebut, saya pernah bagi talk 2 tahun yg sudah. Bad tanya kat saya kenapa agaknya dia sekolah suruh saya yg talk pasal Islam, boleh saja tanya/panggil tok Imam etc. Saya cakap, agaknya saya free takyah bayar, tapi saya yakin sebab saya baik dgn guru besar dan guru2 di sekolah tersebut. Itulah yg saya selalu sebut, perkara penting dalam dakwah adalah trust, kepercayaan orang kepada kita, dan itulah yg ditunjukkan oleh rasulullah saw. Semoga usaha saya yg amat sedikit ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan semoga terbitlah sedikit rasa ingin tahu anak2 ini dan memberi nilai2 positif kepada Islam yg telah teruk di potray oleh media.

2 Replies to “Ceramah”

  1. well done kak elies!.. saya selalu suka pandangan kak elies…biar mereka kenal islam dan muslim sebegini dan mereka boleh judge sendiri bila dah besar nanti (omputeh kan bagi kebebasan beragama kat anak-anak…)paling tidak pun mereka tahu islam adalah agama ‘peace’ 🙂

    1. Tima kasih CB.. ada banyak lagi benda yg sedang saya fikirkan tapi masih belum keluar.. Yer, semoga mereka (anak2) ini dapat berjuang untuk Islam satu masa nanti, amin.. (teringat kisah nabi dgn anak2 orang Thoif yg campak batu kepada Baginda).

Leave a Reply

Your email address will not be published.